5 Faktor Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Katil Queen

Pemilihan katil adalah merupakan salah satu elemen penting untuk membuatkan ruangan bilik anda kelihatan lebih menarik.

Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan jenama, jenis dan saiz katil mengikut keperluan dan citarasa anda, sebut sahaja nak yang macam mana semuanya pasti ada!

Antara pilihan katil yang popular ialah katil queen. Hal ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti saiznya yang standard, ideal untuk ruangan bilik agar tidak nampak terlalu kosong atau terlalu sempit, dan sebagainya.

Saiz Katil Queen

Katil queen biasanya boleh memuatkan sekurang-kurangnya dua orang. Manakala ukurannya pula adalah satu ukuran lebih besar daripada tilam bersaiz penuh (single) dan satu saiz lebih kecil daripada tilam bersaiz king.

Di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain, saiz katil jenis ini yang standard adalah lebih kurang 60 – 80 inci. Saiznya yang ideal (tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil) ini membuatkannya menjadi pilihan ramai tidak kira mereka yang tidur sendiri ataupun bersama pasangan.

Mari kita baca faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan muktamad untuk membeli katil queen!

katil queen

5 Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Katil Queen

Berbaloi ke tak beli katil queen?

Sekiranya anda memerlukan katil baru dan tidak pasti sama ada tilam bersaiz queen sesuai untuk anda, anda boleh cuba pertimbangkan 5 faktor berikut sebelum membuat pembelian.

  • Kegunaan

Anda perlu tahu kegunaan katil yang anda beli kelak anda untuk kegunaan apa dan siapa. Sekiranya untuk kegunaan anda sendiri dan anda pun tidur bersendirian, maka katil queen bukanlah pilihan yang tepat. Anda boleh memilih saiz katil yang lebih kecil iaitu katil single.

Tetapi, walaupun tidur bersendirian dan anda mahukan keselesaan dan tempat tidur yang luas, anda boleh masukkan katil queen dalam senarai pilihan anda!

Namun, jika anda tidur bersama pasangan, anak, atau haiwan kesayangan, membeli katil queen adalah pilihan yang terbaik.

  • Gaya tidur

Setiap individu mempunyai gaya tidur kesukaan masing-masing. Sekiranya anda tidur dengan gaya bebas, katil queen memang pilihan yang tepat.

Katil queen (atau lebih besar) sesuai untuk orang yang lebih tinggi dari enam kaki, tinggi dua inci, dan orang-orang yang sukakan ruang lebih besar untuk meregangkan atau bergerak ketika tidur.

  • Saiz bilik

Saiz bilik juga mempengaruhi pemilihan katil. Hal ini kerana, katil yang terlalu besar akan memakan ruang yang banyak dan membuat bilik anda sempit sekiranya saiz bilik anda tidak luas dan sebaliknya.

Katil ini biasanya disyorkan untuk bilik tidur yang sekurang-kurangnya 10 kaki x 10 kaki.

Sekiranya bilik tidur utama anda jauh lebih besar dari 10 kaki dengan 10 kaki (misalnya, lebih panjang atau lebih lebar daripada 14 kaki), anda boleh jadikan katil bersaiz king pula sebagai pilihan utama.

  • Saiz bingkai katil

Bingkai atau rangka untuk katil jeni ini biasanya berukuran antara tiga hingga lima inci lebih lebar daripada tilam untuk memberi sokongan yang mencukupi.

Anda disyorkan untuk memilih bingkai katil yang tidak terlalu besar kerana ia akan mengambil lebih banyak ruang atau menambah berat visual. Bilik tidur anda akan kelihatan lebih padat dan sempit.

Sekiranya anda mempunyai batasan ruang, beli bingkai logam yang bersaiz minimal, kerangka rel, atau bingkai slat kayu berprofil rendah yang biasanya hampir saiz dengan ukuran tilam.

  • Bilik Tetamu

Pemilihan katil jenis ini untuk bilik tetamu adalah amat disyorkan kerana fleksibel untuk pelbagai jenis umur tetamu sama ada bujang ataupun berkeluarga.

Kesimpulan

Lakukan pilihan yang bijak dan jangan terpengaruh dengan pandangan orang lain dalam membuat pilihan. Pastikan anda telah mempertimbangkan faktor-faktor yang dinyatakan diatas sebelum membeli katil idaman anda.

Sumber: https://ms.lightups.io/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161