5 Resepi Masker Muka DIY Yang Sesuai Untuk Semua Kulit Wajah!

Cuba cakap, wanita mana yang tidak sukakan masker muka? Selepas bekerja seharian, pasti ramai yang menghabiskan waktu malam dengan memanjakan diri dan membelai kulit wajah.

Ada tiga jenis masker muka yang menjadi pilihan kaum Hawa – (1) dalam bentuk sheet, (2) bentuk cecair dan (3) bentuk tanah liat.

Tetapi, kini lebih ramai wanita yang memilih untuk DIY masker muka sendiri kerana ia lebih murah berbanding masker yang dijual di farmasi.

Kadangkala, bahan yang simple seperti yogurt, avokado dan madu mempunyai kebaikan dan khasiat yang setanding dengan produk yang dijual di kedai. 

Selain itu, anda juga boleh sesuaikan bahan dengan jenis kulit anda!

Nak tahu bahan mana yang sesuai untuk dijadikan masker muka? Jom ikuti artikel kami di bawah!

5 Resepi masker muka DIY yang anda perlu cuba!

1. Masker muka untuk kulit kering

masker muka

Bahan-bahan

  1. Beberapa sudu tanah liat
  2. 2 sudu teh jus aloe vera
  3. 1 sudu teh madu
  4. Sedikit air kosong

Masker ini akan memberikan apa yang paling diperlukan oleh kulit kering – kelembapan!

Campurkan sahaja semua bahan ini dan sapukannya pada kulit wajah. Biarkan ia selama 15 hingga 20 sebelum membilas masker ini dengan air suam.

Bahan-bahan seperti aloe vera dan madu amat baik untuk mengekalkan kelembapan pada kulit wajah.

Jika anda sering rasa tertekan dan stres, cuba tambahkan setitik minyak lavender ke dalam larutan masker tersebut.

Bau lavender yang lembut boleh membuatkan anda rasa lebih relaks. Ia juga amat bermanfaat untuk mengurangkan rasa penat dan memudahkan anda tidur malam dengan lebih lena!

2. Mask untuk muka yang alami hiperpigmentasi

Bahan-bahan

  1. 1 sudu serbuk kunyit
  2. 1 sudu jus lemon
  3. Air
  4. 1 sudu madu atau ½ buah avokado yang dilenyek

Hiperpigmentasi, apa tu? Cuba belek muka anda dan lihat sama ada anda mempunyai kawasan kulit atau bintik yang lebih gelap daripada kawasan kulit yang lain. Ha, itulah maksud hiperpigmentasi!

Jika anda mempunyai masalah ini, masker kunyit ini mungkin dapat menyelamatkan keadaan!

Kunyit merupakan satu bahan yang sudah terbukti dapat menyelesaikan masalah hiperpigmentasi.

Malah, digabungkan pula dengan jus lemon, masker muka ini boleh mengurangkan iritasi pada kawasan kulit serta kedutan pada kulit wajah.

Campurkan sahaja semua bahan di atas dan sapu pada kawasan yang mengalami hiperpigmentasi. Biarkan di kawasan tersebut selama 5 minit sebelum bilas muka dengan air suam.

Gunakan masker yang sama 2 kali seminggu selama 5 minggu berturut-turut untuk melihat kesan yang positif. Cubalah!

3. Masker muka untuk segarkan kulit wajah

masker muka

Bahan-bahan

  1. 1 sudu madu
  2. 1 sudu minyak kelapa
  3. ¼ avokado yang dilenyek
  4. 2 titis minyak lavender

Nampak sedap bukan? Tapi masker muka ini bukan untuk dimakan! Ia amat bermanfaat untuk menyegarkan kulit wajah setelah letih bekerja seharian.

Gabungan madu, minyak kelapa, avokado dan lavender dapat melembapkan kulit wajah anda.

Malah, antioksidan yang ada di dalam bahan-bahan ini juga boleh mengurangkan kesan kemerah-merahan pada kawasan muka anda.

Penggunaan minyak kelapa dan avokado juga amat baik untuk mengekalkan keanjalan kulit wajah.

Untuk kulit muka yang sihat dan sentiasa segar, cubalah resepi masker muka DIY ini!

4. Resepi masker DIY untuk melembapkan kulit wajah

Bahan-bahan

  1. ½ Avokado
  2. 1 sudu madu
  3. Segenggam oat

Masker muka yang seakan-akan skrub ini amat baik untuk kulit wajah anda.

Menurut Elle.com, madu dapat mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. Mana tidaknya, madu merupakan bahan yang mempunyai 1001 kebaikan kepada kesihatan.

Cuba urutkan masker muka ini pada kawasan yang terjejas. Ia akan membuatkan kulit wajah nampak lebih muda. Malah, parut-parut di wajah juga akan menjadi semakin pudar!

5. Masker muka untuk memastikan tona wajah sekata

Bahan-bahan

  1. 1 Sudu yogurt
  2. 1 sudu madu
  3. 1 sudu kunyit

Sama seperti susu, yogurt mengandungi asid laktik yang amat baik sebagai exfoliator.

Oleh sebab itu, masker yang mengandungi yogurt amat baik untuk membuang sel-sel kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit muka nampak lebih cerah dan berseri!

Untuk gadis yang sering terdedah kepada cahaya matahari, masker muka ini juga bagus untuk kegunaan anda.

Kunyit boleh mengelakkan hiperpigmentasi dan mengelakkan wajah anda daripada terbakar dek mentari.

Ia juga boleh membuatkan wajah anda lebih lembut dan elastik!

Kesimpulan

masker muka

Walaupun penggunaan bahan-bahan semula jadi boleh membawa banyak kebaikan terhadap kulit wajah kita, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira:

1.  Lakukan ujian pada kulit anda terlebih dahulu. Kadangkala, bahan-bahan ini boleh menyebabkan kulit wajah jadi gatal dan memerah. Jadi untuk elakkan reaksi yang teruk, cuba calitkan sedikit pada kulit tangan dan tunggu beberapa minit. Jika semuanya okay, barulah anda sapu pada wajah!

2.  Jangan letak bahan terus pada wajah. Walaupun masker DIY ini selamat, ada beberapa bahan yang anda tidak patut letakkan terus pada kulit wajah. Contohnya, buah lemon dan cuka.

3.  Pakai masker pada hari yang sama. Jangan peram lama-lama. Nanti gatal-gatal pula kulit wajah ketika memakainya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: