5 Serum Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Watson & Guardian 2022

Serum adalah merupakan salah satu langkah dalam penjagaan wajah yang penting. Secara amnya, serum adalah merupakan booster untuk merawat kulit wajah yang mempunyai masalah tertentu. Contoh seperti parut jerawat, kedutan dan lain-lain. 

Biasanya, harga serum agak mahal berbanding produk penjagaan wajah yang lain. Tetapi anda tidak perlu susah hati.

Pada masa kini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis serum mengikut keperluan kulit anda dengan harga yang berpatutan di drugstore berhampiran anda sama ada di Watson ataupun Guardian. 

Berikut kami kongsikan senarai serum terbaik dan popular yang anda boleh dapatkan di Watson atau pun Guardian. 

serum terbaik

5 Serum Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Watson & Guardian 2022

  1. L’oreal Hyaluronic Acid Serum 30ml

Mengandungi 1.5% hyaluronic acid, serum keluaran L’oreal ini berjaya menambat hati ramai pengunjung drugstore. Hal ini kerana, keberkesanannya yang terbukti dapat melembutkan wajah, meratakan tekstur wajah dan mengurangkan kedutan halus pada wajah terutamanya kepada pengguna yang telah berumur 30an. 

Bukan itu sahaja, serum ini juga berfungsi untuk menggantikan asid hyaluronik semulajadi yang semakin berkurangan di kulit wajah kita seiring meningkatnya usia. 

  1. Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30ml 

Serum ini mempunyai tekstur dalam bentuk gel dan berasaskan air. Ia mengandungi ekstrak buah, AHA, Lemon, Aloe Vera, dan Tea Tree Oil yang membantu mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah terutamanya di kawasan T-Zone (dahi, hidung, dagu).

Jangan risau sekiranya penggunaan serum ini menyebabkan kulit anda menggelupas kerana ia merupakan proses membuang sel mati pada wajah untuk mengelakkan pori-pori tersumbat yang boleh menyebabkan pembentukan jerawat. 

Anda dinasihatkan untuk menggunakan sunblock ketika menggunakan serum ini kerana kandungan AHA menyebabkan kulit anda menjadi mudah sensitif. 

Apapun, berhenti penggunaan sekiranya berlakunya keradangan dan berlanjutan. 

  1. Safi Rania Gold Serum Konsentrasi 50x (20ml)

Safi Rania Gold Serum adalah merupakan produk keluaran Safi yang mengandungi Nano Gold, antioksida dan anti-radang untuk memastikan sel-sel kulit dalam keadaan sihat seperti awet muda.

Ia tidak mengandungi alkohol, tekstur tidak berminyak, bersifat non-comedogenic dan dapat membantu meningkatkan penghasilan kolagen di wajah. 

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi Beetox (hasil campuran madu asli, propolis dan bisa dari lebah) yang dapat mengurangkan kedutan, meningkatkan kadar pengeluaran kolagen, menyegarkan kulit, memperbaiki struktur kulit, mencerah dan meratakan tona kulit.

Sesuai untuk kulit jenis kombinasi. 

  1. Eucerin ProAcne Solution Super Serum (30ml)

Sekiranya anda tercari-cari serum yang sesuai untuk kulit berjerawat, Eucerin ProAcne Solution Super Serum adalah antara solusi yang anda boleh cuba. 

Serum ini dipercayai mampu mengatasi masalah jerawat dalam masa 2 minggu serta membantu mengurangkan iritasi di wajah yang disebabkan oleh jerawat. 

Walaupun harganya agak mahal berbanding serum yang lain, ia menggunakan teknologi ‘super serum’,  mengandungi 100% Natural Acid, diperkaya dengan asid laktik dan mengandungi Decandiol yang mempunyai kesan anti-bakteria untuk membantu mencegah jerawat daripada tumbuh. 

Apa yang menariknya, serum ini tidak mengeringkan kulit dan membantu memperbaiki kulit dari dalam sel kulit serta memberi kelembapan yang berterusan.

Serum ini hanya untuk kulit berminyak & sensitif okay. 

  1. Garnier Light Complete Booster Serum dengan Vitamin C

Serum ini mengandungi kombinasi 30x kandungan Vitamin C* dan Lemon Japanese Yuzu. Ia diformulasikan untuk membantu  mencerahkan parut jerawat dan juga bintik hitam dalam tempoh 3 hari.

Bukan itu sahaja ia juga membantu untuk membuatkan kulit anda kelihatan bermaya dan lebih cerah dari kebiasaannya.Teksturnya yang agak ringan dan cepat menyerap serta tidak berminyak menyebabkan ia disukai ramai. Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Kredit: cosderm.com, productnation.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161