Baik Untuk Pesakit Diabetes, Ini 5 Khasiat Halba Untuk Kesihatan!

Halba merupakan sejenis herba yang berasal daripada negara Mediterranean, Eropah selatan dan Asia barat.

Herba ini juga sudah lama digunakan sebagai ubat-ubatan alternatif. Ia amat lazim dijadikan bahan dalam masakan India dan sering diambil sebagai suplemen untuk menyihatkan badan.

Selain itu, herba ini juga dimakan dengan tujuan untuk merawat diabetes, senggugut, masalah kolesterol dan juga pelbagai lagi kondisi lain.

Walau bagaimanapun, belum ada lagi sebarang bukti yang dapat menyokong penggunaannya sebagai kaedah rawatan yang berkesan.

Bukan itu sahaja, disebabkan rasanya yang unik, halba sering dijadikan bahan perasa di dalam makanan, minuman dan juga produk tembakau.

Ia juga digunakan dalam sabun dan bahan-bahan kosmetik.

Sejak berkurun lamanya, halba didapati mempunyai pelbagai kebaikan dari segi kesihatan. Di pasaran, herba ini boleh didapati dalam bentuk serbuk, kapsul dan juga minyak.

Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat pakar sebelum mengambil suplemen ini.

Walaupun ia mempunyai pelbagai khasiat terhadap kesihatan, pengambilannya mungkin boleh membawa mudarat jika tidak dipantau oleh doktor.

Apakah halba?

halba

Halba merupakan sejenis herba yang datang daripada sebuah pohon yang tingginya dua hingga tiga kaki.

Pokok ini mempunyai daun yang berwarna hijau, bunga putih dan pod kecil yang mengandungi biji benih yang berwarna coklat keperangan.

Baru-baru ini, penggunaan halba dalam kesihatan telah menjadi semakin popular. Ia juga banyak digunakan sebagai bahan tambahan di dalam pencuci rambut dan juga sabun.

Herba ini ada juga digunakan di dalam masakan untuk menambah rasa manis dan rasa kekacang ke dalam masakan.

Bukan itu sahaja, makanan tersebut juga akan mempunyai nilai tambah nutrisinya yang tersendiri disebabkan herba ini. 

Kebaikan halba terhadap kesihatan

Herba ini mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri. Antara kebaikannya terhadap kesihatan ialah:

1. Dapat membantu mengawal diabetes

halba

Berita baik untuk mereka yang menghidap kencing manis atau diabetes!

Kajian menunjukkan, pengambilan herba ini dengan makanan boleh mengurangkan kadar gula dalam darah.

Malah, ada juga kajian yang menunjukkan pengambilan serbuk halba sebanyak 50 gram dua kali sekali dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah dalam kalangan individu dengan diabetes jenis 1.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali mengambil suplemen halba untuk merawat kencing manis tanpa mendapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu.

Selain itu, jangan juga mengambil herba ini sebagai ganti kepada ubat-ubatan diabetes.

Untuk mengawal diabetes, ubat yang diberikan oleh doktor perlu dimakan seperti yang dijadualkan ya!

2. Boleh meningkatkan penghasilan susu ibu

halba

Halba digunakan secara turun-temurun sebagai satu petua untuk memperbanyak susu ibu.

Namun, tidak ada sebarang bukti yang menyokong kenyataan ini.

Walau bagaimanapun, herba ini selalunya dicampurkan bersama teh sebagai makanan yang dikatakan dapat membantu ibu yang menyusu.

Kajian menunjukkan, penggunaan halba merupakan satu alternatif semula jadi yang selamat selain ubat-ubatan preskripsi.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan dalam kalangan 77 orang ibu, pengambilan teh herba yang dicampurkan dengan halba boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.

Dalam masa yang sama, ia dapat membantu meningkatkan berat badan bayi.

3. Dapat meningkatkan ‘prestasi’ di ranjang

Ha, jangan terkejut! Pengambilan suplemen halba dikatakan dapat meningkatkan prestasi seksual kaum lelaki di ranjang.

Malah, herba ini juga boleh meningkatkan keinginan seks dalam kalangan wanita yang mempunyai libido rendah.

Menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Phytotherapy Research,  kebanyakan peserta kajian dapat melihat perbezaan dari segi libido setelah 6 minggu mengambil suplemen berasaskan herba ini.

Mereka juga melaporkan peningkatan kekuatan batin serta fungsi seksual ketika di ranjang.

4. Halba dapat membantu pencernaan

Halba juga selalu digunakan untuk merawat masalah pencernaan.

Herba ini dipercayai dapat merawat masalah ketidakhadaman dan merawat masalah perut kembung.

5. Boleh merawat masalah senggugut

halba

Teh halba didapati dapat melegakan masalah sakit perut dan senggugut ketika datang bulan.

Malah kajian menunjukkan, pengambilan serbuknya 3 kali sehari dalam dos 1800 hingga 2700 mg dalam masa 3 hari boleh mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh senggugut.

Oleh sebab itu, jika anda ada masalah senggugut selepas ini, cuba minum teh halba untuk melegakannya.

6. Halba boleh menurunkan berat badan

Walaupun belum ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan ini, ada kajian yang menunjukkan herba ini dapat membantu mengurangkan berat badan.

Malah, ia juga boleh membuatkan pengamalnya rasa mudah kenyang dah sukar untuk lapar.

Kesimpulan

Ternyata, terlalu banyak kebaikan yang boleh didapati daripada herba yang kecil ini. Walau bagaimanapun, haruslah diingat bahawa pengambilannya perlulah di bawah pemantauan doktor.

Tidak mengapa jika anda ingin menambah halba dalam minuman atau makanan. Namun, pengambilan serbuk halba mungkin akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap kesihatan.

Oleh sebab itu, dapatkan pendapat pakar sebelum mengambil apa-apa suplemen atau makanan tambahan berasaskan halba. Berhati-hatilah kerana ia juga mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: