6 Tips Untuk Cegah Munculnya Plak Gigi

Rasanya kita pasti berasa tidak selesa sekiranya mempunyai masalah mulut.Lebih-labih lagi , jika masalah yang timbul berpunca daripada plak gigi.

Plak merupakan lapisan melekit yang terdiri dari sejumlah baktera yang akan terus terbentuk dan menempel pada permukaan gigi dan gusi sekiranya kita mengabaikan penjagaan gigi.  

Umumnya, bakteria ini berasal daripada sisa-sisa makanan yang tertinggal kerana tidak dibersihkan secara betul. 

Untuk waktu tertentu, sisa makanan tersebut akan merosakkan lapisan enamel dan menyebabkan kerosakan pada gigi, seperti gigi berlubang dan radang gusi.

Oleh itu, jika tidak segera dibersihkan, lama-kelamaan plak akan mengeras dan menjadi karang gigi. Apabila karang gigi ini sudah terbentuk, maka akan sukar untuk dibersihkan hanya dengan memberus gigi dan anda perlu bantuan doktor gigi untuk mengatasi masalah ini.  

Namun jangan risau . Ada beberapa  cara bagi mencegah plak gigi yang boleh anda terapkan, seperti: 


1. Gosok Gigi secara Teratur

Gosok gigi sebanyak dua kali sehari selama dua minit. Terutama sekali pada waktu pagi selepas sarapan dan sebelum tidur. 

Menggosok gigi selepas makan juga boleh memberikan kesan yang baik kerana . pertumbuhan plak selepas makan akan dihalangi oleh pembersihan gigi. Tetapi, sebaiknya tunggu 30 minit setelah makan.

Pilihlah berus gigi dengan bulu yang lembut dan gunakan ubat gigi yang mengandungi fluoride untuk memastikan gigi tetap kuat dan mencegah gigi berlubang. 


2. Bersihkan Sisa-Sisa Gigi

Membersihkan sisa-sisa gigi merupakan cara yang penting untuk mencegah plak gigi. Hal ini kerana , plak akan tetap muncul apabila anda membersihkan sisa-sisa gigi.  

Oleh karena itu, lakukan pembersihan pada sisa-sisa gigi (flossing) minimal sekali sehari. Gunakan benang khusus atau dental floss


3. Gunakan Ubat Kumur

Penggunaan ubat kumur boleh membantu menghilangkan plak yang tidak dapat terjangkau dengan memberus gigi.  

Untuk itu, bersihkanlah gigi dan mulut anda dengan cara berkumur menggunakan ubat kumur antibakteria. 

Namun, jangan terlalu sering menggunakan ubat kumur antibakteria yang mengandungi alkohol kerana kesannya , mulutmu anda akan terasa kering dan kekurangan air liur. 


4. Kunyah Gula-Gula Bebas Gula

Untuk membantu mencegah plak gigi, cara ini boleh anda praktikkan. Lebih-lebih lagi mengunyah gula-gula yang bebas gula dapat meningkatkan produksi air liur di rongga mulut.

Air liur ini berfungsi untuk membersihkan bakteria dan sisa-sisa makanan yang tertinggal di rongga mulut. Namun, perlu diingatkan untuk memilih gula-gula tanpa pemanis buatan.


5. Makan Makanan Sehat

Sisa-sisa makanan yang tertinggal pada gigi akan meningkatkan bakteria yang mengakibatkan plak. 

Tidak hanya gula saja, jika anda terlalu banyak mengambil makanan yang mengandung pati atau tepung, seperti kerepek dan roti, juga boleh menyebabkan munculnya plak. 

Jadi, anda perlu mengawal makanan dan minuman yang mengandungi gula yang tinggi. Mulakan dengan mengambil makanan dan bergizi, seperti yogurt, keju, sayur-sayuran dan buah yang mengandungi banyak air serta kaya dengan vitamin. 

6. Kunjungi Doktor Gigi secara Rutin

Sudah terhantuk baru tergadah. Biasanya , seseorang akan melakukan pemeriksaan ke doktor gigi ketika gigi sudah berlubang dan terasa sakit. 

Untuk pengetahuan anda, dengan melakukan pemeriksaan gigi secara teratur dapat mencegah timbulnya masalah-masalah yang tidak diingini di kemudian hari.

Oleh itu, sebagai pencegahan plak gigi, ada baiknya anda pergi pemeriksaan ke doktor gigi sebelum timbulnya permasalahan gigi yang lain.. Lakukan pemeriksaan gigi  ke doktor gigi setiap 6 bulan sekali.

Tips di atas merupakan cara untuk mencegah plak gigi yang boleh anda praktikkan. Untuk mendapatkan gigi yang bersih dan sihat, Jangan culas untuk melakukan pemeriksaan di klinik gigi untuk mengetahui tahap kesihatan gigi anda.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: