7 Khasiat Daun Ketumbar Terhadap Kesihatan Badan

Ketumbar merupakan sejenis herba yang banyak digunakan dalam masakan kita. 

Ia berasal dari tumbuhan yang dikenali sebagai Coriandrum sativum. Siapa sangka, herba ini sebenarnya merupakan adik beradik lobak merah dan parsli!

Ramai orang menggunakan ketumbar sebagai penaik bau di dalam sup. Malah, ada juga yang meletakkannya ke dalam sos dan kari sebagai penambah rasa.

Di Amerika Syarikat, biji benih ketumbar dipanggil coriander manakala daunnya pula digelar cilantro.

Herba ini kaya dengan pelbagai jenis nutrient seperti fosforus, kalsium, magnesium, potasium, sodium dan juga vitamin serta mineral.

Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan apa-apa sahaja makanan rasa lebih sedap dan menyelerakan.

Nak tahu apa lagi kelebihan ketumbar? Jom ikuti 7 khasiatnya di bawah!

7 Khasiat ketumbar terhadap kesihatan

Selain digunakan sebagai bahan penting dalam masakan, ketumbar juga mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Antaranya ialah:

1. Dapat mengawal kadar gula dalam darah

ketumbar

Jika anda berisiko untuk menghidap kencing manis, penggunaan ketumbar dalam masakan dapat memastikan kadar gula dalam darah anda terkawal.

Malah, kajian juga membuktikan herba ini mempunyai banyak enzim yang dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Dengan penggunaan ketumbar dalam masakan, anda mungkin dapat mengawal diabetes yang dialami.

2. Ketumbar mengandungi pelbagai jenis antioksidan

Ketumbar mengandungi banyak antioksidan yang dapat menghalang kerosakan sel yang berlaku disebabkan radikal bebas.

Malah, antioksidan ini juga didapati dapat melawan inflamasi pada badan.

Antara antioksidan yang boleh ditemui di dalam herba ini ialah terpinene, quercetin dan tocopherols yang mempunyai sifat anti kanser serta mampu meningkatkan daya tahan badan.

Malah, ia juga kaya dengan vitamin C dan vitamin E yang dapat meningkatkan kekuatan sistem imun badan.

Vitamin C juga amat penting untuk memastikan sel darah berfungsi dengan baik dan membantu dalam penyerapan zat besi.

3. Mungkin membantu kesihatan jantung

Ada beberapa kajian yang mencadangkan pengambilan ketumbar mungkin dapat mengurangkan faktor risiko penyakit jantung seperti tekanan darah dan tahap kolesterol tinggi.

Malah, herba ini juga boleh bertindak sebagai diuretik yang membantu badan membuang lebihan garam dan air dari sistem badan. Secara tidak langsung, ini dapat merendahkan tekanan darah.

Tambah lagi, kandungan antioksidan dan seratnya yang tinggi juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kadar penyakit jantung juga selalunya lebih rendah dalam kalangan populasi yang mengambil ketumbar dan menggabungkannya dengan herba serta masakan harian.

4. Bagus untuk kesihatan otak

ketumbar

Banyak penyakit yang berkaitan dengan otak seperti Parkinson, Alzhemier dan sklerosis berbilang berlaku disebabkan inflamasi.

Ketumbar bukan sahaja mempunyai sifat anti inflamasi, ia juga dapat melindungi badan daripada kerosakan saraf, mungkin disebabkan kandungan antioksidannya yang tinggi.

Lebih memeranjatkan, herba ini juga dapat mengurangkan simptom keresahan. Jika anda sering stres dan mengalami anxiety, cuba tambahkan ketumbar dalam masakan!

5. Dapat membuatkan kulit lebih cantik

Disebabkan herba ini mengandungi banyak zat besi, vitamin E dan vitamin A, ia dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada kulit.

Malah, ketumbar juga boleh bertindak sebagai penawar masalah kulit berminyak disebabkan kemampuannya untuk menyerap lebihan minyak pada wajah.

Dalam masa yang sama, ia juga mempunyai sifat anti mikrob, anti radang dan anti kulat yang dapat membantu memelihara kulit supaya sentiasa sihat dan bebas penyakit.

6. Ketumbar bagus untuk mata

Ketumbar mengandungi vitamin A, vitamin C, vitamin E dan karotena yang memainkan peranan yang besar dalam penglihatan kita.

Malah, vitamin dan mineral yang sama juga bertanggungjawab memperlahankan sebarang kerosakan yang berlaku disebabkan usia.

Malah, ada kajian yang mendapati pengambilan ketumbar dengan kerap boleh mengurangkan risiko degenerasi makula dan memulihkan konjuntivitis.

7. Bagus untuk kesihatan perut

Daun ketumbar mengandungi banyak serat yang boleh melegakan masalah pencernaan. Malah, ia juga sedang dikaji untuk melihat keberkesannya dalam melawan masalah perut seperti cirit-birit, gas dan loya.

Kesimpulan

ketumbar

Tidak dinafikan, daun ketumbar mempunyai pelbagai khasiat terhadap badan.

Malah, ia merupakan bahan perasa dan pemberi aroma utama dalam kebanyakan masakan di negara kita.

Di samping rasanya yang sedap, herba ini juga dapat meningkatkan imuniti badan, melembutkan kulit, mengawal kadar gula dalam darah serta melegakan sakit perut.

Jadi, apa tunggu lagi! Tambah sahajalah daun ketumbar di dalam masakan anda. Banyak faedahnya dari segi kesihatan.

Rujukan

  1. Cilantro (coriander): Benefits, nutrition, and preparation tips. (n.d.). Medical News Today. Retrieved January 26, 2022, from https://www.medicalnewstoday.com/articles/277627#preparation-and-uses
  2. Cilantro (coriander): Benefits, nutrition, and preparation tips. (n.d.). Medical News Today. Retrieved January 26, 2022, from https://www.medicalnewstoday.com/articles/277627#preparation-and-uses
  3. Coriander Health Benefits | Health benefits of Eating Coriander | Health Benefits of Coriander Leaves & Seeds. (2020, September 5). Times of India. Retrieved January 26, 2022, from https://timesofindia.indiatimes.com/life-style/health-fitness/health-news/coriander-has-multiple-health-benefits/articleshow/30452697.cms
  4. 8 Surprising Health Benefits of Coriander. (2019, September 17). Healthline. Retrieved January 26, 2022, from https://www.healthline.com/nutrition/coriander-benefits#3.-May-benefit-heart-health
  5. 11 Surprising Health Benefits of Coriander. Organic Facts. Retrieved January 26, 2022, from https://www.organicfacts.net/health-benefits/herbs-and-spices/health-benefits-of-coriander.html
  6. 9 Surprising Health Benefits Of Coriander Leaves You Should Know. PharmEasy. Retrieved January 26, 2022, from https://pharmeasy.in/blog/9-surprising-health-benefits-of-coriander-leaves-you-should-know/
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: