Apa Itu Wifi Adapter, Jenis-Jenisnya Dan Bagaimana Ia Berfungsi

Seiring dengan perkembangan teknologi, internet bukan satu perkara yang asing lagi bahkan menjadi keperluan yang utama dalam kehidupan seharian.

Terdapat pelbagai pilihan untuk mendapatkan jaringan internet pada masa kini termasuklah dengan menggunakan wifi adapter sebagai medium penghubung. 

Biasanya, ia digunakan oleh komputer untuk membolehkannya berhubung dengan internet. Berbeza dengan laptop, anda tidak perlukan wifi adapter untuk berhubung dengan internet. Namun demikian, sebahagian besar komputer sudah tidak memerlukannya lagi untuk mendapatkan jaringan internet.

Tapi, apa sebenarnya wifi adapter ini? Apa fungsi-fungsinya? 

Ok, jom baca!

Apa Itu Wifi Adapter? 

wifi adapter

Wifi Adapter boleh didefinisikan sebagai sebuah peranti yang berfungsi untuk menerima dan menghantar isyarat (signal) melalui sambungan tanpa wayar (wireless) kepada komputer. Alat ini juga dikenali sebagai Wireless Local Area Network (WLAN). Biasanya ia dipasang bersama-sama dengan papan induk komputer (motherboard) atau komputer riba.

Secara amnya, ia boleh beroperasi dalam dua jeni mode (cara). Iaitu infrastruktur dan ad-hoc. Dalam mod infrastruktur, pemindahan rangkaian akan dijalankan oleh titik akses (access point). Access point ini akan bertindak sebagai pusat rangkaian.

Sementara itu, dalam mod ad-hoc, sambungan rangkaian tidak lagi memerlukan access point. Sebaliknya, ia akan terus tersambung ke semua peranti tanpa wayar (wireless).

Jenis-jenis 

Untuk makluman, ia mempunyai beberapa jenis dan boleh dibezakan antara satu sama lain berdasarkan dua faktor iaitu: frekuensi dan penggunaan.

Berdasarkan frekuensi, terdapat dua jenis: Wifi Adapter Single Band dan Wifi Adapter Dual Band.

Single Band: 

  • Hanya beroperasi pada satu jenis frekuensi dan mengirim satu jenis signal.
  • Jika menggunakan frekuensi 2.4 GHz maka kamu hanya boleh menerima dan mengirim signal dengan frekuensi 2.4 GHz sahaja. 

Dual Band:

  • Boleh menerima dua jenis frekuensi serta mengirim dua jenis signal. 
  • Berdasarkan penggunaan, ia boleh dibezakan mengikut komputer dan bukan komputer seperti PDA, komputer riba dan peranti lain. 
  • Untuk komputer, biasanya menggunakan slot PCI. Manakala, untuk gadget yang bukan PC, boleh menggunakan kad PCMCIA tanpa bantuan pemegang tambahan.

Fungsi / Kegunaan

Fungsi utamanya adalah untuk menerima dan memberikan signal sambungan wifi ke ke komputer.

Tanpa adanya, komputer anda tidak akan mampu menerima atau mengirim data melalui jaringan wifi ke komputer lain kerana tidak mempunyai sambungan internet. 

Selain itu, wifi adapter juga membolehkan sambungan ke jaringan hotspot wifi. Bahkan, membolehkan anda berbagi fail pada PC atau laptop lain.  Secara ringkasnya, kehadiraannya membolehkan anda mendapatkan jaringan internet untuk pelbagai kegunaan.

Bagaimana ia berfungsi?

Setelah mengetahui apa itu wifi adapter, jenis-jenisnya serta fungsinya, mari kita baca pula bagaimana ia berfungsi sebagai peranti yang menerima dan memberikan signal sambungan wifi ke ke komputer. Mungkin anda sudah dapat sedikit bayangan secara kasarnya bagaimana alat ini berfungsi. 

Secara umum, ia berfungsi dengan menangkap isyarat internet di sekeliling kita untuk disambung ke komputer. Jadi tanpanya, komputer tidak akan dapat menangkap isyarat wifi.

Dalam erti kata yang lain, sekiranya komputer anda tidak dilengkapi dengan wifi adapter, anda perlu menambahnya sendiri untuk membolehkannya mendapatkan sambungan internet. 

Untuk menambahkan pada komputer anda, letakkannya pada slot PCI express atau slot lain yang serupa.

Untuk makluman anda, selain menggunakan wifi adapter, anda sebenarnya boleh juga menggunakan USB wifi untuk menyambungkan komputer dengan internet. Tetapi biasanya harga USB wifi ini lebih mahal daripada wifi adapter. 

Apa yang penting, pastikan desktop anda memiliki slot PCI sebelum anda membeli wifi adapter kerana ia akan dipasang di slot tersebut.

Sumber: https://www.jurnalponsel.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161