Apakah Maksud Tekanan Darah Normal? Ketahui Penjelasannya Di Sini!

Tahukah anda, apakah julat untuk tekanan darah normal? Satu-satunya cara untuk mengesan sama ada anda menghidap tekanan darah tinggi ataupun tidak adalah dengan cara memeriksanya di klinik atau farmasi berdekatan.

Secara purata, 1 daripada 3 individu di dunia mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Menurut statistik pula, hampir 30.3% rakyat Malaysia mempunyai masalah ini.

Ramai orang mula mengalami masalah tekanan darah apabila umur mereka menghampiri 40 tahun. Malah, kondisi ini juga menjadi semakin lazim seiring dengan umur.

Tetapi, apakah maksud tekanan darah dan bagaimanakah caranya untuk mengetahui sama ada tekanan darah normal atau tidak?

Apakah maksud tekanan darah?

tekanan darah normal

Tekanan darah merupakan tekanan yang dikenakan oleh darah kita ke atas dinding arteri ketika badan mengepam darah.

Tekanan darah tinggi, atau hipertensi pula merupakan sejenis penyakit yang menandakan darah mengalir melalui saluran darah dengan tekanan yang lebih tinggi.

Tekanan darah diukur dengan dua nombor.

Nombor yang pertama ialah tekanan darah ketika jantung sedang mengepam, juga dikenali sebagai sistolik. Nombor sistolik selalunya lebih tinggi berbanding nombor diastolik.

Nombor kedua atau nombor diastolik pula mengukur tekanan darah di dalam arteri ketika jantung sedang relaks.

Tekanan darah normal adalah di sekitar 120/80. 129/89 pula menandakan anda menghidap pra-hipertensi.

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom.

Tambahan lagi, masalah ini boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap penyakit jantung, kegagalan jantung dan juga strok.

Menurut CDC, hampir 360,000 kematian di Amerika Syarikat berlaku disebabkan masakan tekanan darah tinggi.

Bacaan tekanan darah

Bacaan tekanan darah boleh dirujuk di bawah:

Kategori tekanan darahBacaan sistolik (mmHg)Bacaan diastolik (mmHg)
Optimal< 120Dan < 80
Normal< 130< 85
Normal tinggi130 – 13985 – 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1140 – 159Atau 90 – 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2160 – 179Atau 100 – 109
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3Lebih tinggi daripada 180Lebih tinggi daripada 110

Mengapa tekanan darah saya tinggi?

tekanan darah normal

Tekanan darah tinggi selalunya berkait rapat dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum terlalu banyak alkohol, mempunyai berat badan berlebihan dan tidak bersenam.

Jika ia tidak dirawat, tekanan darah tinggi boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan penyakit buah pinggang.

Menurut kajian, risiko kematian disebabkan penyakit jantung akan meningkat sebanyak dua kali ganda dengan setiap kenaikan sebanyak 20 mg Hg sistolik atau 10 mm Hg diastolik dalam kalangan individu berusia 40 hingga 89 tahun.

Antara masalah kesihatan yang boleh berlaku disebabkan tekanan darah tinggi ialah:

1.  Serangan jantung dan penyakit jantung. Tekanan darah tinggi boleh merosakkan arteri dan menyebabkan ia kurang elastik. Akibatnya, pengaliran darah dan oksigen ke jantung akan berkurang dan menyebabkan penyakit.

2.  Strok dan masalah otak. Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak pecah atau tersumbat dan menyebabkan strok. Strok boleh menyebabkan kecacatan kekal dan juga kematian.

3.  Penyakit buah pinggang. Individu yang mempunyai penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi lebih berisiko untuk mengalami penyakit buah pinggang kronik.

Mengapa tekanan darah saya rendah?

Tekanan darah rendah jarang berlaku. Selalunya, puncanya adalah disebabkan oleh ubat-ubatan yang diambil.

Namun, kondisi ini boleh juga berlaku disebabkan beberapa penyakit seperti kegagalan jantung dah dehidrasi.

Bagaimana untuk tahu tekanan darah normal atau tidak?

tekanan darah normal

Hanya ada satu cara untuk pastikan tekanan darah normal ataupun tidak iaitu dengan memeriksanya di hospital atau farmasi dengan doktor atau individu yang bertauliah.

Anda juga boleh membeli alat mengukur tekanan darah untuk kegunaan sendiri. Dapatkan nasihat daripada penjual dan elakkan membeli alat pengukur tekanan darah dengan harga yang terlalu murah.

Cegah masalah hipertensi

Kebanyakan orang boleh menurukan tekanan darah tinggi masing-masing ke paras yang normal dengan cara melakukan perubahan dari segi gaya hidup.

Antaranya ialah:

  1. Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.
  2. Jangan merokok.
  3. Makan makanan yang sihat.
  4. Kurangkan pengambilan garam.
  5. Pastikan berat badan dalam julat yang sihat.
  6. Kawal stres.

Selain perubahan dari segi gaya hidup, pesakit juga boleh mengambil ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah. 

Berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor boleh memberikan ubat mengikut kondisi anda.

Di negara kita, hampir 1 daripada 5 mempunyai tekanan darah tinggi. Malah, daripada 30.3% orang dewasa yang mempunyai masalah ini, 3 daripada 5 tidak tahu mengenai kondisi ini.

Oleh sebab itu, dapatkan pemeriksaan tekanan darah secara berkala di hospital, klinik atau farmasi berdekatan. Dapatkan rawatan secepat mungkin jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Ingatlah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Rujukan

  1. American Heart Association. n.d. Understanding Blood Pressure Readings. Accessed December 8, 2021. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings.
  2. CDC. 2021. High Blood Pressure. May 18. Accessed December 9, 2021. https://www.cdc.gov/bloodpressure/about.htm.
  3. Mayo Clinic. 2021. Blood pressure chart: What your reading means. February 3. Accessed December 8, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/blood-pressure/art-20050982.
  4. MyHEALTH. 2012. Tekanan Darah Tinggi. April 27. Accessed December 9, 2021. http://www.myhealth.gov.my/tekanan-darah-tinggi-hipertensi/.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: