Masalah mulut berbau sememangnya menjadi satu perkara yang memalukan. Tanpa kita sedari, bau mulut kita boleh mengganggu orang disekeliling kita dan membuatkan mereka berasa tidak selesa.

Sebenarnya apakah punca sebenar mulut kita berbau? Sebelum mengambil inisiatif bagi membendung perkara ini, mari kita kenali terlebih dahulu punca sebenar nafas kita mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan

Pengertian Bau Mulut atau Halitosis

Halitosis merupakan satu keadaan dimana seseorang memiliki bau nafas yang kurang menyenangkan. Dalam masyarakat, gangguan ini lebih dikenal idengan istilah bau mulut. Gangguan ini merupakan salah satu masalah yang sering dialami orang ramai.

Pada dasarnya bau mulut terbahagi kepada dua jenis , iaitu bau mulut kerana sebab yang wajar dan bau mulut kerana sebab yang tidak wajar. Bau mulut atas sebab yang wajar bau nafas pada waktu pagi atau ketika anda sedang berpuasa. Sedangkan bau mulut sebab yang tidak wajar biasanya berkaitan dengan gangguan kesihatan yang lebih serius.

Halitosis sering dianggap sebagai hal yang memalukan. Jika tidak segera ditangani, bau mulut dapat menurunkan kepercayaan diri anda.Bukan itu sahaja, jika dibiarkan berlarutan, halitosis ini juga mampu memberi impak kepada kehidupan seharian anda.

Diagnosis Bau Mulut atau Halitosis

Dianosis halitosis atau bau mulut dilakukan lewat dengan bertemu doktor dan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh pada rongga mulut dan gigi. Pemeriksaan juga dilakukan pada area hidung dan tekak kerana dikhuatiri sekiranya terdapat luka.

Jika anda berasa bimbang anda memiliki masalah gigi dan gusi, anda disarankan untuk berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan rawatan lanjut dan nasihat. Pemeriksaan yang boleh dilakukan adalah:

  • Endoskopi
  • Rontgen perut
  • Rontgen dada

Gejala Bau Mulut atau Halitosis

Gejala halitosis yang paling mudah dikenali adalah:

  • Sering terhidu bau nafas yang tidak sedap dari dalam mulut
  • Mulut terasa kering
  • Adanya lapisan berwarna putih di permukaan lidah berkemungkinan bakteri yang sedang berkembang

Rawatan Bau Mulut atau Halitosis

Halitosis atau bau mulut yang normal (seperti bau nafas ketika bangun tidur) dapat diatasi dengan memberus gigi. Namun, halitosis yang tidak normal memerlukan perhatian yang lebih serius.

Berikut merupakan beberapa hal yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah halitosis:

  • Berus gigi dua kali sehari. Waktu yang paling tepat untuk melakukannya adalah di pagi hari (setelah sarapan) dan malam hari (sebelum tidur).
  • Ganti berus gigi setelah 3 sampai 4 bulan. Jika berus gigi anda telah rosak dan tidak selesa digunakan, gantikan dengan berus gigi yang baru.
  • Lakukan pembersihan permukaan lidah secara teratur. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan berus gigi yang lembut atau tongue cleaner.
  • Lakukan flossing sekali dalam sehari untuk membuang plak dan sisa makanan yang tersangkut di antara celah gig.Anda juga boleh menggunakan mouthwash untuk membersihkan area yang sukar dijangkau berusgigi.
  • Pakai mouthwash (ubat kumur) antibakteri dapat membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Misalnya ubat kumur yang mengandungi chlorhexidine. Dapatkan nasihat terlebih dahulu dengan doktor gigi anda dalam penggunaan ubat kumur tersebut.
  • Lakukan scaling (pembersihan karang gigi).
  • Segera perbaiki dan tambal gigi yang berlubang.
  • Berhenti merokok dan penggunaan produk tembakau.
  • Perbanyakkan minum air putih untuk menjaga kelembaban rongga mulut.
  • Ambil gula-gula angin bebas gula untuk merangsang air liur agar dapat membantu membersihkan sisa makanan serta bakteria.
  • Perhatikan pola makan. Hindari atau kurangkan makanan yang menjadi punca mulut berbau.
  • Bersihkan gigi palsu dan lepaskan saat tidur di malam hari.
  • Lakukan pemeriksaan secara teratur doktor gigi setiap 6 bulan sekali untuk pemeriksaan rutin dan pembersihan.

Penyebab Bau Mulut atau Halitosis

Halitosis boleh berpunca daripada banyak perkara. Beberapa di antaranya adalah:

  • Kebersihan mulut yang buruk. Tanpa pembersihan mulut yang baik, sisa makanan akan tertinggal dalam mulut. Hal ini mengakibatkan berkembangnya bakteria dalam mulut dan di permukaan lidah yang menyebabkan bau pada mulut.
  • Selain itu, sisa makanan yang menempel pada gigi, gusi, dan lidah akan menyebabkan gingivitis (radang gusi) dan gigi berlubang. Akibatnya terjadi peningkatan bau mulut dan rasa yang tidak selesa di dalam mulut.
  • Pembersihan gigi tiruan yang kurang baik. Gigi tiruan yang tidak dibersihkan dengan baik dapat menyebabkan penumpukan sisa makanan dan bakteria di permukaan gigi tiruan. Hal ini bisa menyebabkan munculnya bau yang tidak sedap.
  • Penyakit gusi atau jaringan periodontal .
  • Penyakit sistemik. Bau mulut merupakan salah satu gejala daripada penyakit tertentu, misalnya infeksi saluran pernafasan, gangguan pencernaan, diabetes, atau kelainan pada hati.
  • Xerostomia (mulut kering). Pemakaian beberapa ubat-ubatan tertentu dapat menyebabkan mulut menjadi kering, terutama ubat-ubatan untuk mengatasi depresi dan tekanan darah tinggi. Xerostomia juga boleh disebabkan kelainan pada kelenjar ludah sehingga produksi ludah menurun. Selain itu, kebiasaan bernafas lewat mulut juga dapat menyebabkan mulut cenderung menjadi lebih kering.
  • Merokok.

Semoga bermanfaat!

Leave a comment

Your email address will not be published.