Awas, 5 Ciri-Ciri Keputihan Yang Tidak Normal Yang Anda Kena Tahu

Secara normalnya, hampir semua wanita akan mengalami keputihan. Walaupun sebelum kedatangan haid atau selepasnya. Sayangnya, kadangkala ada yang beranggapan keputihan merupakan perkara yang normal dan tidak perlu dikhuatiri. Anda perlu tahu bahawa ada keputihan yang normal dan ada juga keputihan yang datang daripada penyakit dalaman.

Keputihan merupakan campuran cecair daripada rahim dan vagina yang membantu menjaga vagina untuk kekal bersih, lembap, dan terlindungi dari infeksi. Namun, ada beberapa jenis keputihan yang harus anda waspada kerana keputihan tersebut boleh menjadi keputihan yang tidak normal. Bagaimana ciri-cirinya?

Keputihan ketika hamil pula merupakan satu perkara yang normal. Namun jika keputihan keluar dengan kadar yang banyak dan disertakan dengan bau yang kurang menyenangkan, ianya merupakan satu perkara yang perlu dirawat.

Ciri-Ciri Keputihan Yang Tidak Normal

Perubahan Warna pada Keputihan

Umumnya, keputihan normal akan berwarna putih cair dan tidak berbau. Namun, jika keputihan yang anda alami berwarna putih susu, berwarna kelabu atau hijau, ini menandakan bahawa anda mempunyai masalah dalaman yang serius. Kebiasaannya keadaan ini terjadi akibat jangkitan fungus atau bakteria di dalam faraj.

Bau Yang Kurang Menyenangkan

Jika perubahan warna keputihan disertai dengan bau yang kuat, kemungkinan besar anda mempunyai infeksi bakteri pada faraj. Umumnya, bau yang timbul akan akan berbau busuk dan tidak menyenangkan hidung.

Tekstur Keputihan Yang Berbeza

Keputihan memiliki tekstur yang berbeza. Namun, biasanya keputihan yang normal memiliki tekstur yang cair dan tidak berketul. Cecair vagina memiliki ciri-ciri yang berbeza.Hal Ini bergantung kepada siklus hormon wanita itu sendiri.

Anda termasuk Dalam Orang Yang Berisiko

Ada kemungkinan anda memang sudah mempunyai penyakit seksual sebelum terjadinya masalah keputihan ini. Salah satu puncanya adalah , anda melakukan hubungan seksual tanpa menggunakan kondom. Umumnya, anda akan mengalami keputihan yang lebih kerap atau mempunyai masalah jenis keputihan.

Sakit dan pedih Pada Bahagian Faraj

Keputihan yang normal tidak akan menimbulkan kesakitan. Namun menurut beberapa kes, keputihan yang terjadi boleh menimbulkan kesakitan seperti berasa pedih ketika buang air kecil, berasa gatal, dan sakit di area faraj. Jika anda mengalami keadaan seperti ini, segera lakukan pemeriksaan doktor dan jangan biarkan keadaan ini berlanjutan lama kerana bimbang akan menjadi penyakit yang lebih serius.

Kesimpulannya, keputihan yang normal akan memiliki tekstur yang cair, tidak berbau, tidak menyebabkan gatal, dan cecair yang keluar pun tidak banyak. Apabila keputihan yang anda alami kelihatan berbeza sepertin yang dinyatakan, kemungkinan besar anda mempunyai penyakit lain adalah tinggi.

Keputihan Tidak Normal, Tanda Penyakit

Berikut merupakan beberapa penyakit yang berpunca daripada keputihan yang tidak normal.

  1. Infeksi Bakteria

Infeksi bakteria merupakan penyebab paling utama terjadinya keputihan abnormal pada seorang wanita. Infeksi yang menyebabkan keputihan abnormal ini dinamakan Vaginosis bakterialis.

  1. Radang Pelvis

Selain infeksi bakteria, keradangan pelvisj uga boleh menjadi penyebab keputihan yang abnormal. Radang pelvis atau pelvic inflammatory disease merupakan keradangan yang berpunca daripada infeksi.Radang Pelvis akan menyerang organ reproduksi wanita bahagian dalam (rahim dan ovarium).

  1. Kanser Serviks

Keputihan abnormal juga boleh terjadi kerana adanya penyakit merbahaya seperti kanser serviks. Apabila keputihan yang muncul disertakan dengan perdarahan dari vagina dan pedih pada bahagia pelvis, anda perlu berwaspada kerana ini merupakan tanda-tanda awal kanser serviks.

  1. Infeksi Bakteria

Keputihan berbau juga adanya infeksi boleh menyebabkan adanya bakteria dalam tubuh anda.  Jika anda mempunyai keputihan berwarna hijau, berbuih, dan berbau busuk, mungkin hal ini disebabkan oleh infeksi parasit Trichomonas vaginalis. Penyakit ini juga disebut trikomoniasis.

Ini merupakan beberapa faktor yang boleh menjadin punca anda mengalami keputihan yang tidak normal.Jika anda mengalami keputihan yang tidak normal, segara berjumpa doktor sakit puan untuk mengatasi masalah ini.

Sumber: PortalMyHealth

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: