Cantik

Guna 6 Bahan Semulajadi Ini Untuk Tampil Cantik

Siapa cakap nak cantik perlukan treatment ribuan ringgit? Berikut kami senaraikan bahan-bahan yang ada di rumah anda yang boleh digunakan untuk tujuan kecantikan. Rawatan semulajadi ini ternyata menjimatkan duit anda!

Anda boleh gunakan bahan-bahan ini untuk tujuan hilangkan masalah bintik hitam, bibir gelap dan kulit kusam.

#1 Hapuskan Bintik Hitam

Bintik hitam atau black head memang membuatkan kita tak senang duduk. Terutama bila ianya jelas kelihatan pada bahagian celah hidung, pipi dan dagu. Untuk hapuskan black head, anda boleh gunakan dua bahan ini:

  • 1 sudu besar ubat gigi
  • 1 sudu besar baking soda

Caranya mudah sahaja. Pertama adunkan ubat gigi dan baking soda tadi. Kemudian sapu dan gosok pada bahagian black head menggunakan berus gigi. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air sehingga bersih.

#2 Tiada Lagi Kulit Kusam

Kulit kusam menyebabkan seseorang nampak seolah letih tidak bermaya. Penampilan akan nampak tidak menarik. Hal ini sangat merisaukan wanita terutama yang bekerjaya. Namun jangan risau, gunakan dua bahan di bawah ini untuk menjadikan kulit lebih berseri dan mengecilkan pori-pori.

  • 1/2 biji lemon
  • 1 sudu kecil madu

Potong lemon dan perahkan airnya ke dalam bekas. Kemudian masukkan madu dan kacau sehingga sebati sebelum sapukan di bawah anda selama 10 minit. Cuci dengan air sejuk sehingga bersih.

#3 Cerahkan Kulit

Antara bahan-bahan dalam pencuci muka adalah tomata dan madu. Ini terbukti apabila kedua-dua bahan ini mampu merawat kulit wajah yang diselar cahaya matahari. Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 biji tomato
  • 1 sudu teh madu

Cara-caranya:

  1. Tomata perlu dibelah dua dan keluarkan isinya untuk dilenyek halus
  2. Masukkan madu dan gaulkan
  3. Tampal adunan ini pada wajah anda 10-15 minit sebelum dicuci bersih

#4 Tegangkan Kulit Kecilkan Pori

Cara paling mudah nak kecilkan pori dan kurangkan kedutan halus di wajah adalah dengan menggunakan beras! Apa yang diperlukan cuma:

  • 1 sudu besar beras
  • 1/2 gelas air panas
  • Bekas yang kedap

Campur kesemua bahan dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk simpan ke dalam bekas kedap udara. Sapukan pada wajah dengan cara menepuk perlahan dan urutan lembut seolah mencuci muka. Boleh juga dijadikan penyegar muka.

#5 Cegah Tompok Gelap

Kulit wanita sangat sensitif. Jadi tidak hairanlah jika wajah anda dipenuhi dengan tompok gelap yang disebabkan sel kulit mati dan hormon yang tidak seimbang. Untuk mengatasi masalah ini, anda hanya perlukan sebiji kentang!

Cara-caranya:

  1. Kupas kentang dan potong memanjang.
  2. Gosok pada muka dan bibir untuk tujuan mencerah.
  3. Boleh juga gunakan isinya sebagai topeng wajah.
  4. Biarkan selama beberapa minit. Kemudian sental dengan ketulan kasar kentang sebelum dibilas dengan air. Tujuannya untuk menghilangkan sel kulit mati.

#6 Bibir Merah Dengan Gula Pasir

Bibir antara tempat paling seksi seseorang wanita. Penjagaan bibir sangat penting untuk nampak lembut dan kemerah-merahan. Untuk dapatkan bibir seperti itu, anda cuma perlukan:

  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 1 sudu besar minyak kelapa dara
  • 1 sudu kecil madu

Cara-caranya mudah sahaja. Campurkan semua bahan di dalam satu mangkuk. Kemudian sapu dan sental bibir menggunakan adunan tadi. Ianya mampu menanggalkan sel kulit mati dan melembabkan dan mencerahkan warna bibir anda.

Comments

Leave a Reply