Hampir semua rumah kini memiliki mesin basuh untuk memudahkan urusan membasuh baju. Anda boleh dapati pelbagai jenis model dan jenama mesin basuh yang ada di pasaran pada masa kini. 

Walaubagaimanapun, dengan penggunaan yang berterusan, risiko kerosakan pada mesin basuh anda pasti timbul. 

Sebenarnya, kerosakan pada mesin basuh bukanlah satu perkara yang baru dan biasanya kerosakan yang berlaku boleh kita betulkan sendiri tanpa perlu bawa mesin anda ke kedai. Apa yang penting, anda kena tahu jenis kerosakan dan puncanya terlebih dahulu. 

Teruskan membaca. 

Jenis Kerosakan Dan Puncanya

Mesti stress sangat kan bila mesin basuh rosak, lagi-lagi jika waktu itu kebetulan musim hujan. Jangan risau, berikut kami kongsikan jenis-jenis kerosakan dan puncanya. Jadi, kalau anda berani nak betulkan sendiri setelah ketahui puncanya, bolehlah cuba ye. 

  1. Air Dalam Mesin Basuh Bertakung 

Air yang bertakung adalah diakibatkan oleh paip pembuangan air yang seharusnya mengalirkan air keluar telah tersumbat. 

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saluran paip pembuangan tersebut menjadi tersumbat, antaranya ialah kotoran yang bergumpal dan melekat, atau duit syiling/dll yang menghalang air untuk keluar. 

Akibatnya, air akan bertakung di dalam mesin anda atau keluar secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang lama. 

  1. Air Tidak Dapat Masuk Ke Dalam Mesin Basuh

Sekiranya anda menggunakan mesin automatik, air seharusnya akan masuk secara automatik ke dalam mesin anda untuk memulakan proses pencucian. 

Walaubagaimanapun, sekiranya anda dapati air tidak mahu masuk ke mesin anda, maka ada kemungkinan saluran air yang menghubungkannya dengan paip utama telah tersumbat.

Atau, anda perlu memeriksa pam air yang digunakan bagi memastikannya tidak mengalami apa-apa masalah. Sekiranya pam air mengalami masalah, anda hendaklah menggantinya. 

  1. Mengeluarkan Bunyi 

Sekiranya mesin anda mengeluarkan bunyi ‘alarm’ ketika anda menggunakannya, ia boleh dissebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada suis pintu, atau, magnet pada pintu sudah rosak. 

  1. Tidak Mahu Bermula

Ini boleh disebabkan oleh getah pengikat/piring bahagian dalam motor mesin sudah terlalu longgar. 

Kekerapan membasuh akan menyebabkan getah pengikat/piring bahagian dalam menjadi haus atau, batang besi telah patah akibat bebanan baju yang berlebihan. Anda boleh gantikan getahnya dan piring bahagian dalam yang telah longgar. 

  1. Tidak Dapat menyukat Paras Air Dengan Baik

Ini pula biasanya disebabkan oleh getah yang sudah bocor. Selalunya, getah ini terletak di bahagian atas belakang mesin basuh (anda boleh kenal pasti dua tiga wayar dan terdapat saluran getah yang menuju ke tamble mesin basuh bahagian bawah. 

  1. Tidak Boleh Spin (Keringkan Baju)

Di bahagian spin, terdapat selenoid yang berfungsi untuk menarik getah supaya air keluar. Ia terletak di bahagian bawah berhampiran paip air. Biasanya, sekiranya bahagian spin tidak berfungsi, ia disebabkan oleh masalah pada selenoid. 

  1. Bising Ketika Spin Baju

Ini biasanya disebabkan oleh bearing pada gearbox yang bermasalah. 

Tips Agar Mesin Basuh Tidak Mudah Rosak 

  1. Jangan Masukkan Selain Pakaian/Kain/dll

Pastikan anda hanya masukkan pakaian/kain yang mampu ditampung oleh mesin anda. Jangan pula sewenang-wenangnya masukkan karpet, kasut dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kerosakan dalaman dan motor mesin tersebut. 

  1. Jangan Masukkan Sabun Terlalu Banyak 

Sabun yang terlalu banyak boleh meninggalkan debris (sisa) yang mengakibatkan mesin basuh anda tersumbat lebih-lebih lagi sekiranya anda menggunakan sabun yang tidak mudah larut seperti sabun serbuk. Bukan itu saja, water pipes dan motor mesin juga akan berpotensi mengalami kerosakkan. 

Jadi, kalau nak letak sabun tu berpada-pada ya. 

3. Jangan Basuh Baju Melebihi Had (Overload) Yang Telah Ditetapkan

Ini merupakan salah satu habit yang sering dilakukan, betul tak?  Himpunan baju seminggu kalau boleh nak masukkan sekaligus ke dalam mesin, fuh!

Bebanan mesin yang melebih had yang ditetapkan boleh menyebabkan menyebabkan tekanan pada motor mesin basuh dan boleh mengakibatkan berlakunya overheat. Ingat kereta je ke overheat? Mesin basuh pun boleh tau. Jadi, masukkan baju sikit-sikit ikut berat yang ditetapkan okay. 

Sumber: sishawa.com, ohbulan.com

Leave a comment

Your email address will not be published.