Terdapat banyak cara untuk hilangkan angin dalam badan.

Kita mungkin terbiasa dengan cara tradisional seperti mengurut dan minum teh tolak angin.

Sebenarnya terdapat banyak kaedah yang boleh dicuba untuk melancarkan pembuangan angin dalam badan.

Secara purata, orang dewasa akan membuang angin antara 13 ke 21 kali sehari.

 Buang angin bukanlah perkara yang perlu dimalukan kerana ia adalah sebahagian daripada proses penghadaman yang normal.

Namun, jika angin terperangkap di dalam usus, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

Kredit Foto ; goqii.com

Baca Juga : Punca Sakit Perut Belah Kiri Yang Anda Perlu Tahu

Punca Angin Dalam Badan

Menurut Healthline.com, biasanya angin dalam badan adalah berpunca daripada :

  • Terlebih makan
  • Tertelan udara ketika makan atau minum
  • Kunyah gula-gula getah
  • Merokok

Selain itu, diet juga mempengaruhi penghasilan angin dalam badan.

Antara makanan dan minuman yang boleh menyebabkan banyak angin dalam badan adalah :

  • Makanan berserat tinggi
  • Minuman bergas
  • Kekacang
  • Sayuran cruciferous seperti kobis bunga, brokoli, dan kobis.
  • Makanan mengandungi laktos seperti susu, keju dan produk tenusu lain
  • Prun dan jus prun

Anda bolehlah semak semula pengambilan makanan harian untuk mengenalpasti punca angin dalam badan.

Cara Hilangkan Angin Dalam Badan

Jika anda sudah cuba tukar diet namun masalah angin dalam badan masih belum dapat diatasi, anda boleh cuba beberapa kaedah ini :

1. Pudina

Kajian mendapati teh pudina atau supplemen berasaskan pudina dapat mengurangkan simptom iritasi pada saluran pencernaan (Irritable Bowel Syndrome atau IBS).

Namun, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati bagi sesetengah orang serta menghalang penyerapan zat besi dan ubat-ubatan lain.

 Jika anda ingin mula mengambil supplemen pudina, rujuk pada doktor terlebih dahulu.

2. Teh Chamomile

Teh yang sangat popular dalam membantu meredakan stres serta membantu untuk tidur lebih mudah juga membantu dalam melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan angin dalam badan.

 Untuk amalkannya, minumlah secawan teh chamomile sebelum makan atau sebelum masuk tidur .

Kredit Foto : medicalnewstoday.com

3. Simethicone

Simethicone boleh didapati di farmasi berdekatan.

 Ia membantu dengan memecahkan gelembung angin dalam perut bagi memudahkan anda untuk buang angin dengan lebih lancar.

4. Supplemen Lactase

Supplemen yang mengandungi enzim lactase membantu badan untuk menghadam lactose.

 Supplemen ini sangat berguna bagi yang mengalami masalah lactose-intolerant.

5. Pil Activated Charcoal

Bagi yang mengalami masalah angin, anda juga boleh cuba mengambil pil activated charcoal.

Ia berfungsi dengan menyingkirkan angin yang terperangkap di dalam usus.

 Biasanya tablet ini perlu diambil sebelum makan.

6. Kekal Aktif

Senaman bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, malah ia juga merupakan cara hilangkan angin yang baik.

 Untuk elakkan angin, cubalah berjalan seketika selepas makan.

Jika badan anda sakit akibat angin, anda boleh cuba aktiviti seperti berlari, lompat tali atau berjalan.

Kredit Foto : siraplimau.com

7. Bunga Cengkih

Rempah yang sering digunakan dalam masakan ini dapat membantu mengurangkan angin dengan menghasilkan enzim pencernaan.

Anda boleh cuba amalkan dengan menambah 2 ke 5 kuntum bunga cengkih ke dalam secawan air selepas makan.

Kurangkan Angin Dalam Badan Dengan Ubah Gaya Hidup

Bagi mengelakkan angin, anda juga boleh cuba tukar cara pemakanan dan gaya hidup.

 Antara tips yang anda boleh amallkan ialah :

  • Makan secara kerap dengan sukatan yang kecil berbanding 2 ke 3 hidangan besar setiap hari.
  • Jangan makan terlalu laju dan kunyahlah dengan lebih lama dan perlahan.
  • Elakkan makan gula-gula getah, gula-gula dan minum melalui straw. Ia boleh mendorong anda untuk menelan lebih banyak udara.
  • Periksa semula gigi palsu anda. Gigi palsu yang tidak muat dengan elok boleh menyebabkan anda tertelan udara ketika makan dan minum.
  • Berhenti merokok kerana ia tidak memberikan manfaat kepada kesihatan dan menyebabkan anda cenderung untuk tertelan lebih banyak udara.
  • Rajin-rajinlah berjalan lebih-lebih lagi selepas makan.

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Jika angin dalam badan sering mengganggu anda, jumpalah doktor jika anda mengalami simptom berikut  :

  • Sakit di bahagian abdomen
  • Tinja berdarah
  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Kekurangan berat badan

Angin yang berlebihan dalam badan juga boleh menjadi simptom kepada masalah pencernaan yang lebih serius atau penyakit IBS.

Pada kebanyakan masa ia tidaklah berbahaya kepada kesihatan, namun angin dalam badan boleh membuatkan badan tidak selesa atau sakit badan.

 Biasanya, perubahan pada diet dan gaya hidup dapat membantu mengatasi masalah ini.

 Elakkan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan angin dan amalkan berjalan selepas makan bagi mengelakkan angin terperangkap dalam badan.

Sumber :

Flatulence

http://www.myhealth.gov.my/en/flatulence-2/

How to Get Rid of Gas, Pains, and Bloating

https://www.healthline.com/health/digestive-health/get-rid-of-gas-pains-and-bloating#prevention

Leave a comment

Your email address will not be published.