Masalah kulit wajah yang sering dialami ialah parut jerawat. Setelah jerawat berjaya dirawat, parutnya pula akan menimbulkan kebimbangan. 

Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk hilangkan parut jerawat termasuklah dengan hanya menggunakan bahan semulajadi yang terdapat di dapur rumah anda!

Sebelum itu, kita perlu tahu, parut jerawat memerlukan tempoh beberapa hari bahkan bulan untuk hilang sepenuhnya bergantung pada rawatan yang diberikan dan jenis parut yang ditinggalkan. 

Terdapat dua jenis parut jerawat yang sering berlaku iaitu, parut berlubang, dan parut berwarna hitam (hyperpigmentation). 

Sekiranya anda mempunyai parut yang berlubang, anda perlu melakukan rawatan khusus iaitu rawatan menggunakan laser atau microneedling. Manakala, sekiranya anda mempunyai parut jerawat yang hitam, anda boleh amalkan cara dan tips yang bakal dikongsikan di bawah ini. 

Mari baca!

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Menggunakan Bahan Di Dapur

  1. Amalkan Pengambilan Makanan Yang Mengandungi Vitamin C Dan E

Makanan yang kaya dengan vitamin C dan E mampu membantu membekalkan nutrisi kepada kulit wajah untuk kekal sihat. Kulit wajah yang sihat amat penting untuk membantu proses memudarkan parut.

Antara makanan yang baik untuk kulit wajah ialah buah-buahan dan juga sayuran hijau. Selain baik untuk kulit wajah, ia juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. 

  1. Jadikan Madu Sebagai Pelembab Wajah

Madu dipercayai mempunyai sifat anti keradangan dan antibakteria yang mampu membantu mengurangkan masalah jerawat dan juga memudarkan parut jerawat. 

Caranya mudah sahaja, campurkan madu dengan sedikit serbuk kunyit dan oleskan pada kawasan yang mempunyai jerawat ataupun kesan parutnya. 

  1. Sapukan Minyak Kelapa Dara Di Wajah

Kaya dengan sumber lemak omega, minyak kelapa dara boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah terutamanya untuk kulit wajah yang kering. 

Sapukan sedikit di seluruh kulit wajah terutamanya di kawasan berparut. Ingat, sedikit sahaja tau!

  1. Lidah Buaya (Aloe vera)

Lidah buaya ataupun aloe vera mempunyai banyak manfaat untuk kulit termasuklah membantu untuk memudarkan parut. Ambil lendirnya dan sapukan di wajah. Biarkan seketika dan bilas menggunakan air setelah kering. 

Gunakan sedikit sahaja kerana lidah buaya boleh menyebabkan rasa gatal. 

  1. Baking Soda

Baking soda juga boleh digunakan untuk membantu memudarkan parut jerawat. Ambil sedikit baking soda dan campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi seperti pes. Jangan sampai cair okay. Kemudian, oleskan pada kawasan kulit wajah yang mempunyai masalah parut jerawat. 

  1. Timun 

Mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin A, C dan juga magnesium, timun sangat berguna untuk kulit wajah. 

Potong timun mengikut saiz yang anda inginkan dan tempekkan pada kawasan kulit yang berparut jerawat. Biarkan selama beberapa minit, dan bilas dengan air. Lakukan secara konsisten sehingga melihat hasilnya. 

Mudah sahaja kan?

  1. Tomato

Selain timun, tomato juga amat bermanfaat untuk kulit wajah. Bukan sahaja membantu menghilangkan parut jerawat, ia juga mempunyai banyak kelebihan lain untuk kulit wajah. 

Kisarkan tomato sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan pada wajah. Biarkan selama beberapa minit sehingga kering. Jangan lupa bilas selepas itu. 

Anda juga boleh jadikannya dalam bentuk kiub ais. Tuangkan pes dan bekas air kiub dan bekukan. Amalkan sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk hasil yang lebih cepat. 

  1. Putih Telur

Putih telur juga boleh membantu memudarkan parut jerawat. Jangan terkejut okay!

Telur kaya dengan protein dan boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Protein adalah blok pembinaan tisu selular, dan otot, jadi sapukan secara langsung dan biarkannya di muka anda boleh meningkatkan proses pemulihan parut di kulit wajah anda.

Kesimpulan

Proses memudarkan jerawat memakan sedikit masa dan anda tidak boleh terburu-buru. 

Selain menggunakan bahan alami yang dinyatakan diatas, anda juga dinasihatkan untuk menggunakan produk yang dipercayai keberkesanannya yang terdapat di mana-mana drugstore berhampiran. 

Pastikan kulit wajah anda sentiasa sihat agar proses memudarkan parut jerawat semakin mudah dan cepat. 

Selamat Mencuba!

Kredit: sihat.me, maskulin.com, hellodoktor.com

Leave a comment

Your email address will not be published.