Apakah cara hilangkan parut jerawat yang terbaik?

Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang anda boleh cuba sama ada dengan kaedah rawatan kosmetik, penggunaan produk rawatan dengan bahan kimia atau menggunakan bahan semulajadi.

Bergantung kepada keadaan parut tersebut, parut yang lebih tebal dan besar biasanya memakan masa yang agak lama untuk pudar berbanding parut kecil.

Kredit Foto : phxskin.com

Baca Juga : 11 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Tubuh, Kulit & Rambut

Cara Hilangkan Parut Jerawat Menggunakan Produk Farmasi

Bagi masalah jerawat yang tidak terlalu teruk, anda bolehlah membeli produk yang boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi.

 Antara pilihan produk yang ada di pasaran termasuklah sabun pencuci, gel, dan krim.

Setiap produk mengandungi bahan kimia yang berfungsi untuk mengatasi masalah jerawat.

Antara bahan kimia yang boleh dijumpai dalam ubat jerawat ialah :

  • Benzoyl peroxide
  • Asid salicylic
  • Sulfur
  • Retinoid

Rawatan melalui produk dengan bahan-bahan ini dapat mengurangkan pembiakan kuman P.acnes yang menyebabkan jerawat.

Ia juga membantu dalam mengurangkan penghasilan sebum yang menyebabkan kulit berminyak, mengurangkan jerawat putih dan hitam serta mencegah folikel kulit daripada tersumbat.

Prosedur Rawatan Kosmetik

Menurut HelloDoktor, jika anda alami masalah parut jerawat yang serius, anda perlulah merujuk pada doktor kulit.

Terdapat beberapa kaedah rawatan kosmetik yang anda boleh lakukan atas saranan doktor kulit seperti :

Pembedahan Parut Jerawat

Prosedur ini biasanya disyorkan bagi merawat bekas luka jerawat yang teruk.

Pembedahan ini tidak boleh mengeluarkan parut sepenuhnya tetapi dapat mengurang rupa ketara parut pada kulit.

Tisu parut yang selebihnya pula akan mengambil masa untuk pudar.

Filler Injections

Rawatan ini pula berfungsi dengan mengisi jurang inden yang membentuk parut yang tertekan atau parut keloid.

 Namun kaedah ini perlulah diulang setiap 4 hingga 6 bulan kerana ia memakan masa untuk diserap ke dalam kulit.

Laser Resurfing

Rawatan laser resurfing menggunakan teknologi laser bagi memulihkan dan mengetatkan permukaan kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih licin dan kelihatan muda.

Cara ini juga dapat menggalakkan penghasilan kolagen untuk membentuk lapisan kulit baru dan memudarkan parut.

Prosedur ini melibatkan penggunaan local anesthesia serta mengambil masa 3 hingga 10 hari untuk sembuh.

Kredit Foto : dermcollective.com

Fractional Laser Therapy

Satu lagi kaedah rawatan laser ini dapat memudarkan parut jerawat dengan menembusi ke dalam kulit.

 Untuk menembusi kulit tanpa mengeluarkan lapisan atas kulit, prosedur ini menggunakan denyutan cahaya laser.

 Ia dapat menggalakkan penghasilan kolagen, kurang invasif serta lebih cepat sembuh.

Atasi Parut Jerawat Dengan Bahan Alami

Selain prosedur kosmetik atau penggunaan produk anti jerawat, anda juga boleh cuba rawatan menggunakan bahan alami di rumah.

1. Ais

Apabila jerawat pecah, anda boleh gunakan ais untuk kurangkan kesan dan kemerahan pada kawasan tersebut.

 Ais juga mampu bertindak sebagai astringen semula jadi untuk mengetatkan pori kulit sekitar parut jerawat menjadikannya kurang ketara.

2. Hirisan Tomato & Timun

Penggunaan hirisan tomato pada parut jerawat juga didapati berkesan untuk mengurangkan cela parut di kulit.

Kandungannya seperti vitamin A dan karoten juga berperanan dalam membaiki tekstur kulit.

Timun juga baik bagi memudarkan jerawat dengan mengurangkan keradangan dan menyembuhkan parut kulit.

Kredit Foto : bebeautiful.in

3. Putih Telur

Telur yang diperkaya dengan protein sangat bermanfaat bagi menggalakkan proses penyembuhan kulit.

 Sapuan putih telur terus kepada kulit dapat membantu memulihkan parut jerawat dengan lebih cepat.

4. Jus Limau

Jus limau pula berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel mati serta menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.

Jus limau juga baik diamalkan selalu bagi membantu membersihkan liang roma bagi menghasilkan kulit yang lebih bersih tanpa cela.

5. Minyak Zaitun

Minyak zaitun yang diperkaya dengan khasiat antioksida sangat baik bagi memudarkan parut jerawat dengan membersihkan cela pada kulit.

Ia juga sering digunakan bagi mendapatkan kulit yang lebih licin.

6. Minyak Rose Hip

Beberapa pakar dermatologi turut mengesyorkan penggunaan minyak rose hip bagi mengatasi jerawat.

Ia juga padat dengan khasiat vitamin A yang baik untuk mengekalkan kesihatan kulit.

Minyak ini juga mempunyai mampu bertindak sebagai ejen antipenuaan yang baik bagi mengurangkan kedutan pada kulit.

Bergantung kepada keadaan jerawat pada kulit, ia boleh dirawat dengan pelbagai cara.

 Anda juga boleh cuba amalkan rawatan di rumah seperti penggunaan minyak rose hip, hirisan tomato dan timum bagi memudarkan parut jerawat.

Apa yang paling penting, jangan picit jerawat untuk elakkan parut pada kulit.

 Sebaliknya, gunakanlah produk anti jerawat yang sesuai untuk kulit anda. Dapatkan nasihat doktor kulit jika masalah parut yang dialami serius.

Sumber :

Ada Banyak Parut Jerawat Di Muka? Ikut 11 Cara Mudah Ini, Pasti Wajah Licin Tanpa Cela!

https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/jerawat/

Leave a comment

Your email address will not be published.