Cara Kecilkan Pori Yang Berkesan, Gunakan Masker Tanah Liat!

Sedang mencari cara kecilkan pori yang berkesan? Jangan risau, kami faham. Sebenarnya, masalah pori pada wajah banyak menimbulkan kegusaran pada lelaki dan wanita.

Manakan tidak, masalah pori merupakan kerisauan utama selepas masalah jerawat dan penuaan. Sebab itulah, ramai yang mencari solusi atau cara kecilkan pori yang selamat dan dapat memberikan perubahan positif pada wajah.

Menurut ahli dermatologi, Dr. Paul Jarrod Frank, pori pada wajah mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ia membolehkan kulit bernafas dan merupakan ‘pintu masuk’ antara dalam dan luar badan.

Malah, saiz dan rupa pori juga bergantung kepada beberapa faktor yang berbeza seperti umur, genetik, jenis kulit serta pendedahan kepada cahaya matahari.

Pori pada wajah memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan kulit.

Namun, tidak dinafikan ada yang mempunyai masalah pori yang besar sehingga ia menjejaskan keyakinan diri.

5 Cara kecilkan pori yang berkesan

Ada caranya jika anda ingin kecilkan pori supaya ia tidak terlalu ketara.

Di bawah, kami bincangkan 5 cara yang selamat dan berkesan untuk mengecilkan pori pada kawasan muka.

Tak percaya? Cubalah!

1. Exfoliate kulit

Apakah maksud exfoliate? Exfoliate merupakan satu proses untuk membuang sel-sel mati pada kulit menggunakan bahan kimia, granular atau alat tertentu. Paling popular sekali ialah penggunaan skrub.

Untuk mengecilkan pori, penggunaan skrub mungkin dapat membantu.

Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati supaya tidak skrub kulit secara keterlaluan! Seminggu sekali sudah mencukupi.

Sebelum menggunakan skrub, cuba letakkan kain yang hangat pada wajah untuk membuka liang pori. Kemudian, lakukan proses exfoliate dengan lembut.

Lakukan gerakan membulat tanpa menekan kulit. Fokus pada kawasan yang bermasalah seperti hidung dan pipi sebelum membilas wajah dengan air suam.

Walaupun penggunaan skrub penting untuk membuang kulit mati, skrub yang terlalu kasar boleh menyebabkan kulit mengalami iritasi. Malah, ia juga boleh membuatkan pori wajah kelihatan lebih besar.

Jika anda ingin menggunakan skrub, mulakan secara perlahan-lahan. Lakukan exfoliating seminggu sekali untuk memastikan produk tersebut betul-betul sesuai untuk anda.

2. Gunakan pencuci muka yang lembut

Walaupun penggunaan skrub nampak seperti cara mengecilkan pori yang terbaik, ia mungkin kurang sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

Sebagai ganti, cuba gunakan pencuci muka yang lembut tetapi dapat melembapkan kulit. Pencuci muka jenis ini dapat membuatkan pori pada wajah nampak kurang ketara.

Walau bagaimanapun, mencuci muka dengan kerap tidak bagus untuk individu yang berkulit kering.

Anda boleh mencuci muka sekali atau dua kali sehari. Namun, jika anda ingin mencuci muka sekali sehari, lakukannya pada waktu malam.

Ini merupakan masa terbaik untuk membuang segala kotoran dan make up yang berkumpul pada wajah.

3. Jangan sentuh muka dengan kerap

Jangan sentuh muka dengan kerap kecuali ketika mencuci muka atau semasa menyapu skincare.

Bakteria pada kawasan jari boleh melekat pada muka dan termasuk ke dalam pori anda. Amalan ini boleh menyebabkan jerawat tau!

Memang susah nak tahan diri daripada mengopek jerawat. Tetapi amalan ini bukan sahaja akan merosakkan wajah, luka tersebut juga boleh bertukar menjadi parut.

Jadi, jauhkan tangan dari muka anda. Ini merupakan cara terbaik untuk memastikan jerawat yang tumbuh sembuh dengan cepat dan tidak menginggalkan parut yang berbekas pada muka.

4. Gunakan masker tanah liat

Cara kecilkan pori

Nak tahu cara kecilkan pori yang mungkin ramai tidak tahu? Gunakan masker tanah liat!

Masker tanah liat merupakan ‘senjata rahsia’ yang dapat mengecilkan pori. Masker bukan sahaja dijual dengan harga murah dan berpatutan, malah ia juga dapat mengeluarkan segala minyak yang tersumbat pada pori wajah.

Tambah lagi, tambah Dr. Paul Jarrod Frank lagi, minyak dan kekotoran yang tersumbat di dalam liang pori boleh membuatkan pori nampak 5 kali lebih besar.

Oleh sebab itu, penting untuk membuang minyak yang tersangkut dalam liang pori supaya ia tidak nampak ketara pada wajah.

Namun, pastikan anda memakai masker pada hari lain, bukan bersama skrub, kerana ia boleh menyebabkan iritasi. Radang pada wajah boleh menyebabkan liang pori nampak lebih besar.

5. Pakai krim retinol sebagai cara kecilkan pori

Cara kecilkan pori

Untuk mengecilkan pori dengan lebih berkesan, pakai alat solek yang tidak akan menyebabkan pori tersumbat. Kemudian, lakukan proses exfoliate dan gunakan krim yang mengandungi retinol.

Retinol boleh menggalakkan pertumbuhan sel baharu menggantikan sel lama yang rosak.

Oleh sebab itu, wajah akan nampak lebih lembut dan licin. Malah, ia juga dapat mengecilkan pori dan membuatkannya nampak tidak ketara.

Krim ini boleh didapati secara preskripsi atau over-the-counter di farmasi berdekatan. Baca senarai bahan di belakang produk dan cari krim yang mengandungi retinol.

Selain retinol, produk yang mengandungi asid glikolik juga mempunyai efek yang lebih kurang sama. Malah, asid glikolik juga dapat bertindak sebagai exfoliant dan dapat menyerap minyak dengan baik.

Rujukan

  1. Meaning of Exfoliating: What Is It, Why You Should, and How to Start. Healthline. Retrieved January 23, 2022, from https://www.healthline.com/health/beauty-skin-care/meaning-of-exfoliating
  2. 11 Ways to Make Your Pores Look Smaller. (n.d.). Vibrant Dermatology. Retrieved January 23, 2022, from https://vibrantdermatology.com/11-ways-to-make-your-pores-look-smaller/
  3. How To Minimize Pores 12 Different Ways (That Actually Work). Teen Vogue. Retrieved January 23, 2022, from https://www.teenvogue.com/gallery/easy-tips-to-shrink-your-pores
  4. How to get rid of large pores: The top 8 ways. (n.d.). Medical News Today. Retrieved January 23, 2022, from https://www.medicalnewstoday.com/articles/320775#8-ways
  5. How to Make Your Pores Smaller. (2021, November 29). Byrdie. Retrieved January 23, 2022, from https://www.byrdie.com/how-to-make-your-pores-smaller-4693434
  6. Is It Possible to Shrink Large Pores? – Acne. (2021, December 3). Verywell Health. Retrieved January 23, 2022, from https://www.verywellhealth.com/can-i-close-my-large-pores-15486
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: