8 Cara Meningkatkan Metabolisme Yang Paling Berkesan

Adakah anda tahu cara meningkatkan metabolisme yang paling berkesan ? Metabolisme yang konsisten pada tahap yang tinggi baik dalam membantu badan lebih sihat dan bertenaga. Ia juga dapat membantu seseorang untuk kurangkan berat badan dengan lebih pantas.

Sebenarnya terdapat beberapa kaedah yang anda boleh praktikkan untuk tingkatkan kadar metabolisme di samping membakar kalori berlebihan dalam badan.

Jom kita semak beberapa caranya.

Cara Meningkatkan Metabolisme Yang Anda Perlu Tahu

1. Banyakkan Makan Protein

Pengambilan makanan boleh tingkatkan metabolisme badan selama beberapa jam. Keadaan ini dipanggil thermic effect of food (TEF).

Ia berlaku apabila badan memerlukan kalori berlebihan untuk menghadam, menyerap serta memproses makanan yang diambil.

Protein didapati menyumbang kepada peningkatan TEF tertinggi pada kadar metabolisme sekitar 15% hingga 30% berbanding karbohidrat (5 % hingga 10%) dan lemak (0 % hingga 3 %).

Pengambilan protein seperti ikan, daging dan kacang soya juga terbukti dapat membantu seseorang berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

Kesimpulannya, pengambilan protein yang mencukupi dalam diet harian dapat membantu seseorang untuk tingkatkan metabolisme di samping membantu dalam mengurangkan tabiat makan berlebihan.

2. Amalkan Minum Air Secukupnya

Bukan sahaja bebas kalori, malah pengambilan air kosong juga boleh tingkatkan metabolisme untuk sementara waktu.

Sebuah kajian mendapati pengambilan 0.5 liter air dapat meningkatkan metabolisme sekitar 1-% hingga 30% selama sejam.

Kesan pembakaran lemak juga didapati ketara apabila seseorang minum air sejuk kerana badan akan bertindak dengan menggunakan tenaga untuk seimbangi suhu badan.

Selain itu, amalan pengambilan air setengah jam sebelum makan juga dapat membuatkan seseorang cenderung untuk makan lebih sedikit.

cara meningkatkan metabolisme

3. Makan Pada Waktu Yang Tetap

Mungkin ramai yang tidak sedar kepentingan waktu makan yang tetap. Sebenarnya, badan memerlukan rutin yang tetap bagi mengekalkan keseimbangan metabolisme.

Bagi orang yang mempunyai tabiat makan terlalu banyak kemudian tidak makan apa-apa dalam tempoh yang lama, badan akan bertindakbalas dengan membakar membakar kalori lebih perlahan dan cenderung untuk menyimpan sel lemak.

Secara idealnya, seseorang sepatutnya makan dalam kuantiti yang kecil pada setiap 3 hingga 4 jam untuk dapatkan metabolisme yang seimbang.

4. Dapatkan Khasiat Vitamin B Secukupnya

Pengambilan vitamin B yang secukupnya merupakan salah satu cara meningkatkan metabolisme yang baik.

Antara vitamin B yang utama adalah vitamin B1 (thiamine), vitamin B2 (riboflavin) dan B6 (pyridoxine).

Vitamin B boleh dijumpai dalam pelbagai makanan sihat antaranya :

  1. Pisang
  2. Kentang bakar
  3.  Telur
  4. Mentega kacang
  5. Bayam
  6. Makanan yang diperkaya dengan bijirin penuh

5. Lakukan Senaman Berintensiti Tinggi

Senaman berintensiti tinggi atau HIIT melibatkan pergerakan keseluruhan badan. Aktiviti senaman ini akan membantu badan untuk membakar lebih banyak lemak dengan meningkatkan kadar metabolisme walaupun sesi senaman sudah berakhir.

Inilah yang membuatkan senaman HIIT pilihan terbaik bagi yang ingin membakar lemak dengan pantas.

cara meningkatkan metabolisme

6. Amalkan Senaman Angkat Berat

 Selain senaman HIIT, senaman angkat berat juga didapati berkesan dalam mengelakkan penurunan metabolisme di samping mengekalkan jisim otot dalam badan.

Ini akan membuatkan badan lebih aktif membakar lemak sepanjang hari meskipun badan berada dalam keadaan rehat.

7. Jangan Duduk Terlalu Banyak, Berdirilah !

Tabiat duduk terlalu lama didapati tidak baik untuk kesihatan kerana ia melambatkan pembakaran kalori dalam badan serta boleh mendorong seseorang untuk naik berat badan tanpa disedari.

Lihat sahajalah apa yang berlaku semasa PKP dua tahun lepas. Makin ramai yang semakin gemuk akibat kerja dari rumah serta terlalu banyak berehat.

Bagi yang bekerja menghadap komputer, rajin-rajinlah untuk berdiri dan banyakkan berjalan supaya badan lebih aktif membakar kalori.

8. Dapatkan Tidur Secukupnya

Kurang tidur boleh menjadi salah satu punca kenaikan berat badan. Ia dipercayai berlaku disebabkan kesan negatif akibat kurang tidur kepada tahap metabolisme badan.

Tidur yang tidak mencukupi juga didapati boleh tingkatkan kadar gula dalam darah dan rintangan insulin sehingga boleh mendorong kepada diabetes.

Kesimpulannya, seseorang boleh amalkan cara meningkatkan metabolisme dengan melakukan beberapa perubahan pada gaya hidup serta diet harian.

cara meningkatkan metabolisme

Dari pengamalan senaman berintensiti tinggi hingga tidur yang mencukupi, terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk tingkatkan kadar metabolisme dalam badan.

Untuk ketahui kaedah tingkatkan metabolisme yang terbaik, anda boleh berbincang terlebih dahulu dengan pakar kesihatan. Ini bagi memastikan supaya perubahan yang anda ingin lakukan sesuai dengan tahap kesihatan diri.

Sumber : Medicalnewstoday, Healthline

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85