Adakah Cara Nak Tinggi Yang Berkesan Untuk Dewasa?

Pernahkah anda mencari cara nak tinggi yang mujarab ? Sesetengah orang mungkin mahukan fizikal yang lebih tinggi.

Namun ia adalah mustahil kerana apabila seseorang mencecah usia dewasa, tidak banyak perkara yang boleh dilakukan untuk tingkatkan ketinggian.

Secara purata, perempuan akan capai ketinggian penuh pada usia antara 14 ke 15 tahun, manakala lelaki pula akan capai ketinggian maksima menjelang usia 16 tahun.

cara nak tinggi
Kredit Foto : stylesatlife.com

Ketinggian yang meningkat jarang berlaku apabila seseorang sudah mencapai usia 19 tahun.

Selepas umur 18 tahun, nutrisi dan senaman mahupun apa-apa tips lain tidak membantu dalam tingkatkan ketinggian.

Namun, terdapat pelbagai cara untuk seseorang kelihatan lebih tinggi dan kekalkan ketinggian yang boleh menurun semakin usia meningkat.

Baca Juga : Sering Sakit Belakang? Ini 7 Cara Untuk Hilangkannya Secara Semula Jadi

Apakah Faktor Yang Menentukan Ketinggian ?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi ketinggian seseorang termasuklah :

  1. Genetik
  2. Jantina
  3. Nutrisi
  4. Senaman

Sesetengah masalah kesihatan juga boleh mempengaruhi ketinggian.

Antara kondisi kesihatan boleh mengubah perkembangan fizikal seseorang ketika sedang membesar seperti :

  1. Gigantism
  2. Dwarfism
  3. Arhtritis
  4. Penyakit celiac yang tidak dirawat
  5. Kanser
  6. Masalah kesihatan yang bergantung kepada penggunaan steroid dalam jangka masa panjang.
  7. Down Syndrome
  8. Turner Syndrome
  9. Marfan Syndrome
Kredit Foto : medicalnewstoday.com

Cara Nak Tinggi Selepas Capai Usia Dewasa

Memang tidak dinafikan tiada cara yang boleh tambah ketinggian seseorang apabila sudah mencapai dewasa.

Namun, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk kelihatan lebih tinggi.

Memetik MedicalNewsToday, antara kaedah yang boleh dilakukan ialah :

1. Perbaiki Postur Badan

Postur badan yang betul ketika duduk atau berdiri bukan sahaja membuatkan seseorang nampak lebih tinggi, malah ia dapat mengurangkan sakit kepala serta sakit belakang yang terjadi akibat tabiat membongkok.

Untuk berdiri dengan postur yang betul, anda boleh ikuti beberapa tips di bawah :

  • Betulkan posisi bahu
  • Gerakkan otot perut supaya menghampiri tulang belakang
  • Pastiikan paras kepala berada selaras dengan badan
  •  Depakan kaki supaya berada dalam jarak lingkungan bahu
  • Elakkan mengunci sendi lutut
  • Letakkan berat badan pada hujung jari kaki

Untuk postur duduk yang betul pula anda boleh praktikkan kaedah berikut :

  • Pastikan tapak kaki mencecah lantai ketika duduk
  • Betulkan ketinggian kerusi agar kedudukan paha selari dengan lantai
  • Elakkan duduk bersilang kaki
  • Anda juga boleh letakkan bantal kecil atau tuala untuk sokong bahagian belakang badan
  • Pastikan bahu berada dalam keadaan selesa

2. Kuatkan Otot Abdomen

Otot abdomen yang kuat dapat membantu seseorang untuk kelihatan lebih tinggi di samping mendapatkan postur yang lebih baik.

Otot abdomen serta di sekitar tulang belakang perlulah dilatih untuk elakkan badan membongkok.

Antara senaman yang anda boleh amalkan adalah seperti berikut :

Plank : dengan mengekalkan posisi bersedia untuk tekan tubi, senaman ini dapat melatih otot abdomen dengan berkesan.

Superman : Senaman ini dilakukan dengan menyiarap pada permukaan rata. Kemudian, anda perlu angkat kedua-dua kaki, tangan dan kepala daripada lantai dan tahan untuk beberapa saat.

Abdominal Crunch : Mulakan dengan posisi berbaring. Kemudian, bengkokkan lutut sambil tapak kaki berada di lantai. Angkat kepala dan bahu menggunakan otot abdomen.

cara nak tinggi
Kredit Foto : siraplimau.com

Cara Elakkan Ketinggian Berkurang

Menjelang usia mencecah 40 tahun, ketinggian boleh hilang sebanyak setengah inci setiap 10 tahun akibat pelbagai faktor seperti osteporosis dan tekanan pada tulang belakang.

Walaupun tidak banyak cara yang boleh dilakukan untuk tingkatkan ketinggian, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk elakkan ketinggian berkurang apabila usia semakin lanjut.

Antara amalan yang boleh dipraktikkan bagi mengekalkan ketinggian ialah :

  • Pastikan pemakanan dijaga serta dapatkan kalsium secukupnya
  • Kekalkan kesihatan tulang dengan pengambilan vitamin D melalui pemakanan seperti tuna, dan kuning telur. Anda juga boleh dapatkan saranan daripada doktor terlebih dahulu sebelum amalkan supplemen vitamin D.
  • Amalkan senaman untuk elakkan otot mengecut atau tulang rapuh
  • Minum air mencukupi setiap hari
  • Berhenti merokok
  • Dapatkan rehat yang mencukupi

Jangan pula anda mudah terpedaya dengan jualan produk kesihatan yang kononnya boleh tambahkan ketinggian.

Walaupun dengan senaman dan pemakanan sihat, individu yang sudah mencapai usia dewasa tidak dapat tingkatkan ketinggian.

Namun, amalan gaya hidup serta pemakanan tinggi nutrisi dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketinggian yang boleh berkurang akibat faktor usia.

Sumber :

Can adults grow taller?

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319504#ways-to-prevent-loss-of-height

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85