Cara Pilih Warna Pemerah Pipi (Blusher) Ikut Kesesuaian Tona Kulit

Tidak lengkap rasanya menatarias wajah tanpa menggunakan pemerah pipi (blusher)/ Kebanyakkan kaum hawa memilih untuk menggunkan pemerah pipi berwarna merah jambu. Namun, adakah anda rasa pemerah pipi berwarna merah jambu itu sesuai dengan tona kulit anda? Tahukah bagaimana untuk memilih pemerah pipi yang sesuai ?

Kenal pasti tona kulit anda

Langkah pertama ialah untuk mengetahui sama ada anda mempunyai tona kulit panas atau sejuk.

  • Jika urat di bahagian dalam pergelangan tangan anda kelihatan biru, anda sesuai memakai aksesori berwarna perak dan pakaian putih dan hitam terang menonjolkan kecantikan warna kulit anda.
  • Anda kemungkinan besar mempunyai tona warna kulit panas jika urat di bahagian dalam pergelangan tangan anda kelihatan hijau, anda sesuai memakai perhiasan emas, dan warna neutral /tan menyerlahkan lagi kecantikan tona kulit anda. 

Pemerah Pipi Dalam Bentuk Krim, Serbuk Atau Cecair?

blush-type

Formula pemerah pipi dalam bentuk krim menambah kelembapan diperlukan untuk si kulit kering atau kulit matang, dan membuat kulit anda bersinar dari dalam. Serbuk pemerah pipi akan mempunyai kuasa untuk tahan lebih lama pada pemilik kulit berminyak dan jika anda mempunyai bintik atau kesan jerawat pada wajah, anda boleh memakai pemerah pipi berbentuk serbuk selepas menyapukan concealer.

Pemerah pipi berbentuk cecair boleh menghilangkan solekan asas anda jika disapu terlalu kuat. Anda boleh menggunakan pemerah pipi cecair ( liquid stain ) untuk kesan yang cepat dan warna yang menyerlah.

blush-colour-chart-635
  • Kulit putih pucat

Sesuai memakai pemerah pipi warna merah jambu yang terang, yang akan mewujudkan efek merah lembut pada pipi anda.

  • Kulit sawo matang

Peach atau oren lembut akan menyerlahkan lagi kecantikan kulit anda kerana ia membantu meningkatkan cahaya yang wujud dalam kulit anda. Untuk warna yang lebih kaya dan padat , sapukan pemerah pipi berbentuk krim.

  • Warna kulit zaitun

Warna kulit seperti warna buah zaitun kelihatan sesuai dalam kedua-dua warna pemerah pipi berwarna oren atau merah jambu. Tetapi, digalakkan memakai pemerah pipi berwarna coklat neutral untuk menambahkan dimensi terhadap warna kulit anda. Atau jika anda berani , sapukan pemerah pipi dengan warna pop merah jambu terang.

  • Warna kulit gelap

Anda boleh memakai pemerah pipi berwarna merah jambu terang ataupun oren-merah terah untuk menyerlahkan wajah anda. Anda juga boleh gunakan pemerah pipi yang mempunyai glitter untuk memberi efek cahaya atau glowing pada pipi anda.

TIPS! – Jika anda cenderung untuk memakai gincu bibir dengan warna lebih kuat, pilih pemerah pipi dengan warna merah muda neutral yang akan membuatkan struktur tulang pipi meninggikan

Semoga Bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: