Chia Seed : Bijian Kecil Dengan Manfaat Yang Besar

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya chia seed adalah antara makanan yang paling berkhasiat di dunia.

Ia padat dengan nutrisi serta padat dengan kebaikan untuk kesihatan minda dan tubuh.

Walaupun kecil, namun chia seed atau biji chia kaya dengan khasiat penting untuk badan seperti serat, lemak sihat iaitu omega-3 , kalsium dan protein.

 Mari kita lihat manfaatnya untuk kesihatan.

chia seed
Kredit Foto : purewow.com

Baca Juga : 7 Khasiat Daun Semambu, Ajaib Untuk Tubuh Badan Dalaman Dan Luaran

Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

1. Sumber Antioksida Yang Baik

  Ia juga terkenal sebagai makanan sihat yang diperkaya dengan antioksida.

 Badan kita memerlukan antioksida setiap hari bagi melawan radikal bebas yang boleh mengakibatkan simptom-simptom penuaan serta mencegah kanser.

2. Padat Dengan Serat

Mungkin ramai yang terlepas pandang namun biji chia sebenarnya tergolong dalam kategori makanan bijirin penuh.

Ini bermakna, ia merupakan sumber serat yang baik untuk sistem penghadaman yang sihat.

Pengambilan serat amat baik kerana ia tidak menaikkan paras gula dalam darah seperti karbohidrat lain.

Dalam 12 gram karbohidrat biji chia, 11 gram daripadanya adalah serat larut yang boleh membuatkan seseorang rasa lebih kenyang pada masa yang lebih lama.

Serat juga berperanan dalam melancarkan sistem penghadaman serta mencegah daripada masalah kesihatan seperti sembelit dan perut kembung.

Kredit Foto : indianexpress.com

3. Diperkaya Dengan Protein Berkualiti Tinggi

Kandungan 14% protein dalam 28 gram biji chia adalah cukup tinggi berbanding protein daripada sumber tumbuhan lain.

Menurut kajian, pengambilan protein yang tinggi dalam diet harian sangat membantu seseorang dalam mengawal pemakanan serta mengelakkan keinginan untuk makan secara berlebihan.

4. Baik Untuk Menurunkan Berat Badan

Chia seed juga sering dikaitkan sebagai makanan yang membantu dalam menurunkan berat badan.   

Serat larut yang terkandung dalam biji chia bertindak dengan menyerap air kemudian mengembang dalam perut menjadikan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.

Kandungan proteinnya yang cukup tinggi juga membantu seseorang untuk kurangkan selera makan.

Namun, bagi yang ingin menurunkan berat badan, anda tidak boleh bergantung kepada pengambilan bijirin ini semata-mata.

Sebaliknya, anda perlulah amalkan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat.

chia seed
Kredit Foro : siraplimau.com

5. Diperkaya Dengan Lemak Asid Omega-3

Bijian kecil berwarna hitam ini juga diperkaya dengan lemak asid omega-3  yang penting untuk kesihatan otak.

 Ia juga merupakan sumber omega-3 yang paling mudah diambil tanpa perlu dimasak seperti salmon atau telur.

6. Berpotensi Dalam Mencegah Penyakit Jantung

Dengan khasiat seperti serat, protein dan omega-3 , chia seed dikatakan dapat mencegah penyakit jantung.

Sebuah kajian juga mendapati pengambilan chia seed secara konsisten mampu menurunkan tekanan darah pesakit darah tinggi.

7. Baik Untuk Kesihatan Tulang

Chia seed juga kaya dengan nutrisi penting untuk kesihatan tulang seperti kalsium, fosforus, magnesium dan protein.

 Kandungan 18% protein dalam satu hidangan chia seed juga didapati lebih tinggi berbanding kandungan protein dalam produk tenusu.

chia seed
Kredit Foto : siraplimau.com

Mudah Diterapkan Dalam Diet

Disebabkan rasanya yang tawar, chia seed sesuai untuk dimasukkan dalam diet harian pada bila-bila masa.

Cara mudah yang orang sering amalkan setiap hari ialah dengan mencampurkannya dalam air kosong.

Untuk menambahkan nutrisi dalam makanan anda, ia juga boleh dicampurkan dalam yogurt, bijirin sarapan atau dijadikan ramuan dalam hidangan pencuci mulut.

chia seed
Kredit Foto : healthline.com

Chia seed tidak dimakan kerana rasanya tetapi khasiatnya yang cukup tinggi.

Ia mampu membekalkan khasiat yang baik untuk minda dan tubuh seperti serat, protein dan lemak asid onega-3.

 Ia juga dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan dengan mengawal tekanan darah, membantu dalam menurunkan berat badan serta melancarkan proses pencernaan.

Amalkanlah chia seed bermula hari ini bagi meningkatkan nutrisi harian anda melalui pemakanan.

Sumber :

11 Proven Health Benefits of Chia Seeds

https://www.healthline.com/nutrition/11-proven-health-benefits-of-chia-seeds

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85