Secara majoriti, wanita baligh yang subur akan menyingkirkan lapisan rahim pada setiap 28 hingga 35 hari kitaran haid. 

Darah haid berketul boleh terjadi kepada mana-mana wanita setiap kali datang bulan.

Ia adalah perkara normal dan jarang menyebabkan komplikasi. 

Lapisan rahim yang juga dikenali sebagai endometrium ini tumbuh dan menebal sepanjang bulan sebagai tindakbalas badan pada hormon estrogen. Ia berfungsi untuk menyokong telur yang disenyawakan. 

Jika kehamilan tidak berlaku, hormon akan memberi isyarat supaya lapisan tersebut gugur. Proses inilah yang kita kenali sebagai haid. 

Lapisan rahim yang gugur ketika seseorang wanita datang haid mengandungi elemen seperti : 

  1. Darah
  2. Lendiran
  3. Tisu 

Elemen-elemen ini dikeluarkan dari rahim melalui serviks kemudian terus ke faraj. 

Punca Darah Haid Berketul 

Dalam kebanyakan kes, darah haid berketul bukanlah perkara yang perlu dirisaukan.

Biasanya aliran haid yang berat dipengaruhi oleh faktor fizikal dan keseimbangan hormon. 

Namun, terdapat beberapa keadaan di mana ia boleh menjadi indikasi kepada masalah dalaman wanita. 

Antara punca darah haid berketul adalah seperti berikut :

1. Obstruksi Rahim

Rahim membengkak atau membesar boleh memberi tekanan berlebihan pada dinding rahim sekaligus meningkatkan pendarahan ketika datang bulan. 

Tidak hanya itu, keadaan ini juga boleh menyebabkan gangguan keupayaan rahim untuk berkontraksi. 

Rahim yang tidak berkontraksi dengan betul akan menggumpalkan darah di dalam rongga rahim. 

Obstruksi rahim juga boleh mengakibatkan masalah kesihatan lain seperti :

  • Fibroid 
  • Endometriosis
  • Adenomiosis
  • Tumor barah 

2. Fibroid 

Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dinding rahim yang bukan bersifat kanser. 

Selain menyebabkan aliran haid yang berat, fibroid juga boleh menyebabkan :

Meskipun puncanya tidak diketahui dengan jelas, namun 80% daripada wanita dipercayai cenderung untuk alami fibroid ketika usia mencecah 50 tahun. 

3. Endometriosis

Endometriosis pula berlaku apabila lapisan rahim tumbuh di luar rahim dan memasuki saluran pembiakan.

Pesakit endometriosis boleh menunjukkan beberapa gejala ketika haid antaranya :

  • Senggugut yang teruk  
  • Loya dan muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Ketidakselesaan ketika melakukan hubungan intim.
  • Risiko kemandulan
  • Sakit pada bahagian pelvis. 
  • Pendarahan yang tidak normal.

4. Adenomiosis

Adenomiosis pula merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila lapisan rahim menebal tanpa sebab yang diketahui. 

Namun penyakit ini sering terkait dengan pesakit yang tergolong dalam kategori di bawah :

  • Berusia antara 40 hingga 50 tahun
  • Pernah menjalani pembedahan pada rahim seperti caesarean.
  • Pernah melahirkan anak
  • Obesiti

Ini akan menyebabkan ukuran rahim menjadi 2 hingga 3 kali ganda lebih besar. 

Pesakit adenomiosis boleh tunjukkan beberapa gejala seperti berikut :

  • Sakit pada bahagian pinggang
  • Pendarahan yang banyak serta berpanjangan ketika haid
  • Senggugut ketika datang bulan
  • Sakit ketika melakukan hubungan intim

5. Ketidakseimbangan Hormon

Lapisan rahim memerlukan tahap hormon estrogen dan progesteron yang stabil untuk dinding rahim menebal dengan betul.

Sekiranya keseimbangan hormon terganggu, seorang wanita berisiko untuk alami masalah haid seperti aliran berat atau haid tak teratur.

Ketidakseimbangan hormon boleh berpunca daripada salah satu keadaan berikut :

  • Perimenopause 
  • Menopause 
  • Stres
  • Pertambahan atau penurunan berat badan ketara. 

Diagnosis Serta Kaedah Rawatan Darah Haid Berketul

Bagi memudahkan pesakit mendapat rawatan secara berkesan, doktor perlu ambil kenalpasti keadaan pesakit dengan tepat iaitu dengan :

  • Mengenalpasti gejala yang dialami
  • Melakukan pemeriksaan fizikal
  • Melakukan ujian darah.

Sekiranya pesakit mempunyai risiko anemia atau kehilangan darah yang banyak, maka doktor akan turut menyarankan pengambilan suplemen zat besi.

Memetik Hellodoktor, pakar perubatan juga boleh menyarankan kaedah rawatan lain mengikut kesesuaian antaranya :

  • Penggunaan peranti intrauterin (IUD)
  • Pil perancang
  • ubat hormon

Di samping itu, pesakit juga boleh praktikkan beberapa amalan di rumah seperti :

  • Pastikan badan kekal hidrat dengan mengambil air secukupnya setiap hari
  • Elakkan pengambilan aspirin yang boleh mengundang pendarahan teruk ketika haid
  • Amalkan pemakanan sihat serta diperkaya zat besi
  • Lakukan aktiviti fizikal secara berkala untuk kawal berat badan

Pada kebanyakan masa, darah haid berketul adalah perkara normal yang berlaku pada kebanyakan wanita ketika datang bulan.

Namun, jika anda mengalami beberapa gejala yang berkait dengan masalah dalaman wanita, anda perlulah rujuk pada doktor.

Jangan berlengah untuk dapatkan rawatan kerana ia mungkin menjadi petanda bagi masalah dalaman yang lebih serius.

Sumber : Doctoroncall

Leave a comment

Your email address will not be published.