Info

Diet Pesakit Kanser – Jangan Makan 20 Jenis Makanan Ini!

Mengikut satu laporan daripada Cancer Treatment Centers of America, hampir 65% hingga 70% pesakit kanser mengalami malnutrisi. Diet pesakit kanser amat diperlukan bagi mengelakkan pesakit berasa letih, lemah dan tidak dapat mencapai matlamat rawatan kanser yang diberikan.

Pengambilan makanan yang betul amat membantu untuk:

  • meningkatkan respon dan penerimaan pesakit terhadap rawatan yang diberikan
  • meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan mengurangkan risiko jangkitan kuman
  • meminimumkan kesan sampingan daripada rawatan anti kanser
  • memberi kekuatan dan tenaga kepada tubuh badan
  • membantu proses pemulihan dan penyembuhan
  • mengekalkan berat badan.

Berikut adalah perkongsian daripada seorang bekas pesakit kanser, Suzana Othman di portal Mingguan Wanita.

Diet Pesakit Kanser

diet untuk pesakit kanser

Diet di bawah adalah diet yang disarankan untuk pesakit kanser yang menjalani rawatan alternatif B17.

  1. Tembikai
  2. Timun
  3. Kangkung
  4. Ikan
  5. Ayam
  6. Daging
  7. Seafood
  8. Susu dan produk tenusu
  9. Gula dan segala makanan yang mengandungi gula
  10. Sos
  11. Kicap
  12. Tauhu dan tempe
  13. Soya
  14. Kekacang
  15. Semua jenis mee KECUALI bihun
  16. Semua jenis tepung KECUALI tepung beras dan tepung atta
  17. Roti canai (capati dibolehkan)
  18. Semua jenis roti KECUALI roti wholemeal
  19. Ajinomoto
  20. Telur

Tingkatkan Pengambilan Kalori & Protein

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati agar pesakit kanser meningkatkan pengambilan kalori dan protein dalam pemakanan supaya dapat memberikan tenaga dan membentuk serta mengekalkan sel darah merah, hormon, otot, tisu, dan memberi kekuatan dalam meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kuman.

Contoh Makanan Tinggi Kalori

Contoh Makanan Tinggi Protein

Untuk maklumat pemakanan dan diet yang lebih tepat, anda dinasihati agar merujuk perkara ini kepada doktor yang merawat.

Tips Meningkatkan Pengambilan Kalori & Protein

1. Melalui penambahan kalori kepada makanan yang diambil:

  • Tambahkan minyak, mentega atau marjerin ke dalam masakan yang bersesuaian seperti nasi, pasta, kentang, sayur-sayuran dan sup.
  • Sapu mentega, coklat, jem atau madu pada roti atau biskut.
  • Tambahkan aiskrim kepada lempeng, wafel atau buah-buahan.
  • Tambahkan yogurt atau sos salad ke dalam salad buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Tambahkan susu tepung ke dalam masakan seperti sup, lempeng, telur hancur, kentang lenyek dan puding.
  • Tambahkan isi ayam atau telur ke dalam sup, salad dan omelet.
  • Taburkan kacang ke dalam pencuci mulut seperti buah-buahan, aiskrim dan puding.
  • Minum susu suplemen khas  mempunyai kalori dan protein yang tinggi.

2. Melalui cara dan tabiat pengambilan pemakanan:

  • Makan pada setiap kali waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
  • Makan snek yang sihat seperti jagung rebus, sandwich dan aneka bubur untuk 2 atau 3 kali dalam sehari.
  • Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap sekiranya tidak dapat menerima makanan yang banyak dalam satu masa. Makan banyak sekaligus mungkin akan menimbulkan rasa loya bagi sesetengah pesakit.
  • Pastikan perut tidak kosong kerana ia akan menimbulkan rasa loya.
  • Elak makanan yang berlemak, pedas serta sangat manis semasa mengalami rasa loya.
  • Makan makanan yang digemari pada bila–bila masa setiap hari. Contohnya ambil makanan sarapan pagi pada waktu malam jika ia lebih diterima dan memberi keselesaan.
  • Ambil kebanyakan minuman atau cecair di antara waktu makan.
  • Minum sedikit demi sedikit jus yang sejuk atau mana-mana minuman yang tidak mengganggu perut.
  • Cuba makanan yang sejuk kerana ia kurang bau serta mudah hadam.
  • Elakkan minum berselang-seli semasa makan kerana ia akan membuatkan anda berasa cepat kenyang.
  • Melakukan sedikit aktiviti fizikal yang ringan mengikut kemampuan untuk meningkatkan selera makan.
  • Cuba memakai pakaian yang longgar sekiranya sedang mengalami rasa loya.

Comments

Leave a Reply