Tinggal beberapa minggu lagi kita akan meraikan Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidiladha bagi tahun ini. Dalam kegembiraan menyambut perayaan itu, tidak dilupakan untuk sentiasa bermuhasah diri. Apatah lagi dalam perayaan itu ada waktu-waktu yang sangat mustajab iaitu doa hari Arafah.

Nabi SAW ada bersabda dalam riwayat hadis sahih:

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah ‘Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” –  (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Apakah doa hari Arafah?

Hari Arafah adalah hari di mana umat Islam yang mengerjakan haji akan ke Gunung Arafah dari Mina serta Padang Arafah untuk melakukan ibadah Masyair. Ia berlaku pada setiap 9 Zulhijjah dalam kalender Islam.

Ibadah yang dilakukan pada hari kedua dalam ibadah haji itu juga adalah kemuncak iaitu hari yang sangat dinanti-nantikan oleh semua bakal haji bagi melaksanakan rukun dan wajib haji di Arafah, Muzdalifah, dan Mina.

Bahkan pada hari itu juga dikatakan mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri. Hal ini yang demikian, umat Islam amat digalakkan sekali untuk berdoa kerana keberkatannya yang sungguh besar.

Peristiwa yang pernah berlaku untuk iktibar

Hari Arafah berlaku bagi memperingati peristiwa Nabi Adam AS dan Hawa diturunkan dari syurga ke bumi kerana tipu daya oleh syaitan sehingga mereka telah mengingkari perintah Allah SWT.

Lalu mereka terpisah dan dipertemukan kembali di Padang Arafah atau lebih tepat di Jabal Ar-Rahmah. Mereka memohon ampun kepada Allah SWT kerana telah berdosa dengan mengingkari perintah Nya.

Itulah sebabnya mengapa pada ibadah wukuf, umat Islam akan banyak berdoa di Padang Arafah untuk memohon keampunan dari Allah SWT.

Himpunan doa hari Arafah

“Alhamdulillahi rabbil ‘alamin. Hamdan yuwaafi ni’amahu wa yukaafi u mazidah. Ya Rabbana lakal hamdu kama yanbaghi lijalaali wajhika wa ‘azhiimii sulthonik. Allahumma solli wasallim ‘ala Sayyidina Muhammad. Wa ‘ala aalihi wasohbihi ajma’in”

Maksudnya: “Segala puji-pujian adalah milik Allah yang memerintah sekalian alam, dengan satu pujian yang sentiasa menepati nikmat-nikmat Nya dan mencukupi segala tambahannya, wahai Tuhan ku hanya bagiMu segala puji-pujian sebagaimana selayaknya dengan keagungan Zat Mu dan keunggulan pemerintahan Mu. Ya Allah cucurlah selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya.

“Allahumma rabbana zolamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanakuunanna minal khasiriin. Allahummaghfirlana zunuubana wa tub ‘alaina taubatan nasuuha. Allahumma anta robbuna farzuqna istiqamah.”

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan seandainya Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami nescaya kami mesti akan menjadi golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampunilah dosa-dosa kami dan terimalah taubat kami serta berikanlah kami taubat nasuha (taubat yang sebenar). Ya Allah Engkau adalah Tuhan kami, kerana itu anugerahkanlah kami suatu keistiqamahan.”

“Allahumma inni as aluka minal khairi kullihi ‘ajilihi .Wa aajilihi ma ‘alimtu minhu wa ma lam a’lam”

Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada Mu segala kebaikan, kebaikan yang sepatutnya segera aku terima atau pun yang tertangguh, kebaikan yang aku ketahui dan yang tidak aku tahu, Ya Allah aku memohon kepada Mu kebaikan sebagaimana apa yang telah dipohon oleh hamba Mu dan Nabi Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, aku juga berlindung kepada Mu dari sebarang keburukan sebagaimana yang dimintakan perlindungan kepadaMu oleh hamba Mu dan Nabi Mu junjungan besar Nabi Muhamad SAW, Ya Allah aku memohon syurga kepadaMu dan apa-apa yang boleh mendekatkan kepadanya, sama ada berupa ucapan ataupun perbuatan.”

“Allahumma inni as aluka min khairi ma sa a laka bihi ‘abduka wa nabiyyuka Muhammad. Wa a’uzubika min syarri mas ta’aazaka bihi ‘abduka wa nabiyyuka Muhammad. Allahumma inni as alukal jannah. Wa ma qarraba ilaihi min qaulin wa ‘amalin. Wa as aluka an taj’alaka kulla qadha in qadhaitahu lana khaira”

Maksudnya: “Aku juga berlindung kepada Mu dari api neraka dan apa sahaja yang boleh mendekatkan kepadanya sama berupa ucapan ataupun perbuatan. Dan aku memohon kepada Mu supaya engkau menjadikan semua qada’ yang sudah. Engkau tetapkan kepada ku itu sebagai ketetapan yang baik belaka.”

“Allahumman qulni min zillil ma’siyyati ila ‘izzit tho’ati. Wakfini biha baa lika ‘an haramik. Waghnini bifadhlika ‘amman siwaak. Wa nawwir qalbi wa qabri. Wahfazni minasy syarri kulih. Wajma’ liyal khaira kulla. Innaka ‘ala kulli syai in Qadiir. Allahumma inni as alukal huda wat tuqa. Wal ‘afaafa wal ghina. Ya hayyu ya qayyum. Birahmatika sstaghist. Asih li syakni kullah. Wa jannibnil ‘usra warzuqni tho’ataka ma abqaitani. Allahumma aslih li diinil lazi huwa ‘ismatu amri. Wa asih li dunyaa yal lati fiiha ma’aasyi. Wa aslih li aakhiratiyal ati ilaiha ma’aadi. Waj’alil hayaata zaiyaadatan li fi kulli khairin. Waj’alil mauta raa hatan li min kulli syarr”

Maksudnya: “Ya Allah pindahkanlah aku dari maksiat yang hina kepada ketaatan yang terpuji. Anugerahkanlah aku rezeki yang halal dan jauhkanlah aku dari rezeki yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurnia Mu dari yang selain Engkau. Terangilah hatiku dan kuburku, peliharalah aku dari segala keburukan dan kumpulkanlah kepadaku semua kebaikan, sesungguh Nya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah aku memohon kepada Mu petunjuk dan ketakwaan, keafiatan dan kekayaan, wahai Tuhan yang Hidup dan Berdiri sendiri, dengan rahmat Mu aku meminta tolong, perelokkanlah segala keadaanku dan jangan biarkan aku bersendirian walaupun sekelip mata. Ya Allah permudahkanlah aku kepada kemudahan dan jauhkanlah kesusahan dari diriku. Jadikanlah aku sebagai orang yang sentiasa mentaati Mu selagi Engkau mengekalkan diriku. Ya Allah perelokkanlah bagiku agamaku yang menjadi peganganku dan juga baikkanlah duniaku yang di dalamnya aku menjalani kehidupan. Dan juga perelokkanlah akhirat yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah masa hayatku ini untuk menambah kebaikan dan jadikanlah matiku nanti sebagai kerehatan dari segala keburukan.”

“Allahummagfirlana wa liwadidiina wa zurriyyaatina wa ikhwaanina wal muslimaati ajma’ain. Birahmatika ya arhamar raahimin. Wa sollallahu ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’in. Wal hamdulillahi rabbil ‘aalamin”

Maksudnya: “Ya Allah ampunilah segala dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa zuriat kami, dosa saudara-saudara kami dan juga dosa orang-orang yang ghaib daripada kaum muslimin dan muslimat dengan berkat rahmat Mu wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Semoga Allah memberi rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhamad SAW dan juga ke atas seluruh keluarga dan para sahabatnya semua.”

Kelebihan hari Arafah

Terdapat banyak kelebihan pada hari Arafah yang boleh kita jadikan contoh. Namun berdasarkan hadis yang sahih dan rujukan dari Mufti Wilayah Persekutuan, ini adalah antara kelebihan yang selalu dibincangkan.

1. Rukun daripada haji

Hari Arafah cukup dekat dikaitkan dengan salah satu dari ibadah yang menjadi rukun dalam haji. Sekiranya tidak disempurnakan ibadah wukuf ini maka tidak sah ibadah haji yang dilakukan itu.

Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]

2. Hari di mana agama Islam ini telah sempurna

Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:

 اليَوْمَ عِيدًا. قَالَ: أَيُّ آيَةٍ؟ قَالَ: “اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا” [المائدة: 3] قَالَ عُمَرُ: قَدْ عَرَفْنَا ذَلِكَ اليَوْمَ، وَالمَكَانَ الَّذِي نَزَلَتْ فِيهِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ قَائِمٌ بِعَرَفَةَ يَوْمَ جُمُعَةٍ

Maksudnya: “Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Hari penyaksian

Hari Arafah adalah hari penyaksian bagi umat Islam. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

اليَوْمُ المَوْعُودُ يَوْمُ القِيَامَةِ، وَاليَوْمُ المَشْهُودُ يَوْمُ عَرَفَةَ، وَالشَّاهِدُ يَوْمُ الجُمُعَةِ

Maksudnya: “Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari  Mayshud adalah hari Arafah serta  al-Syahid adalah hari Jumaat.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

4. Besarnya nikmat doa

Doa hari Arafah sangat digalakkan bagi semua umat Islam kerana pada ketika itu adalah waktu yang sangat mustajab diterima dan dikabulkan dengan izin Allah SWT.

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

5. Amalan puasa yang menghapuskan dosa

Selain amalan doa, kita juga disuruh untuk berpuasa sunat pada 8 Zulhijjah iaitu dikenali dengan nama puasa tarwiyah.

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.” (Hadis Riwayat Muslim)

6. Hari raya untuk seluruh umat Islam

Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum.” – (Hadis Riwayat Abu Daud , Tirmizi ,dan al-Nasa’ie)

Ini jelas dengan sambutan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha yang disambut setiap tahun. Pada ketika itu ibadah korban binatang ternakan juga dilakukan sebagai tanda syukur.

7. Hari keampunan dan pelepasan dari seksaan api neraka

Setiap orang melakukan dosa, dan setiap dosa itu perlu kita mohon ampun kepada Allah SWT agar tidak dibalas dengan keburukan.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Kesimpulan

Diharapkan artikel ini memberikan anda pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat untuk dipelajari dan disampaikan. Sambutlah Hari Raya Aidiladha akan datang ini dengan penuh kesyukuran dan perbanyakkan juga ibadah kepada Nya.

Rujukan

  1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-115: Kelebihan-Kelebihan Hari Arafah. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  2. Rahsia Di Sebalik Hari Arafah. Facebook Kaizen Caliph

Leave a comment

Your email address will not be published.