Doa Istikharah: Panduan Berdepan Dilema Dalam Membuat Pilihan

Siapa kata hidup manusia tidak terlepas dari dilanda dilema? Kadang kala hidup juga sama dengan lakonan yang selalu kita tonton di slot-slot tayangan drama di televisyen. Bahkan barangkali realitinya lebih tegang dan penuh berliku.

Dalam Islam, apabila kita berhadapan dengan situasi untuk membuat keputusan, kita diajarkan untuk istikharah. Baca doa istikharah untuk memintak petunjuk ke pilihan yang tepat, dan terbaik dalam kehidupan.

Berdasarkan satu riwayat daripada Jabir Bin Abdullah :

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ القُرْآنِ ، يَقُولُ : إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الفَرِيضَةِ ، ثُمَّ لِيَقُلْ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي ، وَاصْرِفْنِي عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِي الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ ، قَالَ : وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya :” Rasulullah SAW pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada aA-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung.

Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku.

Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku.

Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi, dan Ibnu Majah)

Kenapa perlu istikharah?

Istikharah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud, meminta pilihan yan baik. Menyebut tentang istikharah, kita perlu faham bahawa ianya adalah ikhtiar yang diajarkan oleh Rasulullah SAW apabila berhadapan dengan pilihan, dan keputusan,

Namun begitu, istikharah perlu seiring dengan usaha yang berpandukan syariat Nya. Istikharah yang dilakukan tanpa usaha merupakan satu perbuatan yang tidak selari dengan makna sebenar istikharah.

Walaupun Allah SWT sudah mengetahui perjalanan, dan nasib hidup hamba-hamba Nya, ini tidak bermakna manusia tidak perlu berdoa lagi kepada Nya. Doa menunjukkan yang manusia mengaku dirinya lemah, miskin, jahil, dan tidak terlepas dari khilaf.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

Maksudnya: “Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombong diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka jahanam dengan keadaan hina-dina.” (Surah Al-Ghafir, ayat 60)

Betulkan niat, istikharah bukan hanya tentang jodoh

Ini yang membuat masyarakat sering keliru. Asal sebut sahaja pasal istikharah dalam benak fikiran mereka mesti soal jodoh. Hakikatnya, istikharah bukan berkisah tentang jodoh sahaja.

Namun, dalam istikharah juga termasuk perihal jodoh, dan lain-lain juga. Contohnya seperti memilih pekerjaan, memilih tempat untuk sambung belajar, dan sebagainya.

Lafaz doa istikharah

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah pada Mu dengan ilmu Mu, aku memohon kepada Mu kekuatan dengan kekuatan Mu, aku meminta kepada Mu dengan kemuliaan Mu. Sesungguhnya Engkau yang menakdirkan dan aku tidaklah mampu melakukannya. Engkau yang Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu.

Engkaulah yang mengetahui perkara yang gaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa perkara ini (..sebut nama urusan tersebut..) baik bagiku dalam urusan agamaku, duniaku dan akhiratku, maka takdirkanlah hal tersebut untukku, mudahkanlah untukku dan berkahilah ia untukku.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahwa perkara tersebut jelek bagi agamaku, duniaku, dan akhiratku, maka palingkanlah ia dariku, dan palingkanlah aku darinya, dan takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku ridha dengannya.” – (Hadis Riwayat Bukhari no. 7390).

Kesimpulan

Istikharah berkait rapat dengan hati. Jika hati kita kotor, mana mungkin mendapatkan petunjuk daripada Allah SWT. Oleh itu, ia perlulah seiring dengan ibadah wajib dan sunat, usaha, lalu kemudian berdoa.

Rujukan

  1. Doa Istikharah. Mywilayah.com dari, https://www.mywilayah.com/2020/10/doa-istikharah.html
  2. Kenapa Perlu Istikharah
  3. Al-Kafi #829: Apa Itu Istikharah? (4 Oktober 2018). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dari, https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2638-al-kafi-829-apa-itu-istikharah
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113