Doa Makan & Doa Selepas Makan (Bacaan Rumi)

Makanan yang masuk ke dalam tubuh seseorang akan menjadi darah, dan kemudian daging. Apabila baik sumber makanan itu berasal, maka berkatlah jua makanan itu berfungsi dalam tubuh kita. Dalam Islam, kita dianjurkan untuk berdoa dahulu jika ingin makan, dan berdoa sekali lagi apabila selesai makan.

Artikel pada kali ini akan mengajarkan anda tentang doa makan, doa selepas makan, dan adab-adab semasa makan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

Doa makan

“Allahumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa ‘adzaa bannar “

Maksudnya; “Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.”

Doa selepas makan

“Alhamdu lillaahil ladzii ath’amanaa wa saqoonaa wa ja’alnaa muslimiin”

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami, serta menjadikan kami sebagai orang-orang Islam.”

Ada semasa makan

1. Makan sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang

Amalan makan sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang adalah tips yang sangat baik diamalkan oleh kita khususnya kepada mereka yang sedang diet di luar sana. Dengan cara ini, kita dapat melatih diri dengan corak pemakanan yang seimbang, dan berkesan mengikut keperluan.

2. Tidak mencela makanan

Abu Hurairah RA berkata, “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun mencela makanan. Sekiranya baginda berselera, baginda makan, dan sekiranya baginda tidak suka, baginda tinggalkannya.” – (Hadis Riwayat Abu Daud)

Berkata yang tidak baik, atau mengumpat tentang makanan yang dihidangkan memang sangat buruk perbuatan tersebut. Walaupun hanya berbentuk gurauan, tetapi ianya masih dianggap sebagai sesuatu yang kurang ajar. Masyarakat pada hari ini tampaknya cenderung untuk melakukan hal tidak bermoral ini di laman sosial masing-masing.

Sedangkan, setiap makanan adalah rezeki yang diturunkan oleh Allah SWT kepada makhluknya. Oleh itu, kita sewajarnya perlu bersyukur dengan pemberian tersebut.

3. Membasuh tangan sebelum makan

Basuh tangan sebelum makan dapat mengelakkan kita daripada bakteria, dan kuman yang melekat di tangan. Gunakanlah sabun atau handwash untuk kesan yang lebih baik.

4. Makan beramai-ramai

Baginda Rasulullah SAW mengalakkan kita makan secara berjemaah dalam satu talam. Hal ini kerana makan secara berjemaah atau beramai-ramai akan memberikan keberkatan kepada makanan tersebut. Dari Anas bin Malik RA berkata:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak makan siang dan malam dengan menggunakan roti dan daging kecuali dalam hidangan bersama orang ramai.”

5. Ceduk makanan dari tepi

Antara pantang larang orang zaman dulu adalah menyedok makanan dari tengah. Hakikatnya, amalan ini pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam Islam.

Rasulullah SAW berkata,

Maksudnya: “Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncak (ke bawah)” – (Hadis Riwayat Abu Daud)

6. Makan dengan tangan kanan

Rasulullah SAW berkata, “Apabila kamu hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan, dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” – (Hadis Riwayat Muslim)

7. Mulakan dengan bacaan basmalah

Lafaz basmalah yang beerti, “Dengan nama Allah, Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”, banyak faedahnya bukan sahaja dalam solat. Bahkan ketika makan juga ada fungsinya kepada kita.

Rasulullah SAW berkata, “Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah SWT (iaitu Bismillah). Sekiranya terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu.” – (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nama-nama makanan yang disebutkan dalam Al-Quran

Antara nama makanan yang pernah disebutkan Allah SWT dalam Al-Quran adalah seperti:

Kesimpulan

Diharapkan artikel berkenaan dengan doa makan ini dapat memberikan anda perkongsiaan yang berguna untuk mendapat hidup yang lebih berkah.

Rujukan

  1. 12 Nama Makanan yang Disebutkan di Dalam Alquran Ini adalah Superfood. Pop Mama
  2. Adab Makan Rasulullah. Yadim
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113