Doa Malam Nifsu Syaaban: Amalan Yang Dilakukan & Keistimewaannya

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan dalam takwim hijrah. Bulan ini datang antara bulan Rejab dan bulan Ramadan. Ini bermakna selepas bulan Syaaban, umat Islam akan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan. Keistimewaan pada bulan ini sangat besar seperti adanya malam Nifsu Syaaban.

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman:

“Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu, sekiranya begini, sehinggalah terbitnya fajar.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Apakah malam nifsu syaaban

Nifsu Syaaban bermula dari perkataabn “Nifs” yang bermaksud separuh atau setengah. Ia berlaku pada hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun hijrah. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 hari bulan Syaaban.

Pada hari tersebut, amalan umat Islam akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengn buku amalan yang baru setelah setahun berlalu kehidupannya. Bulan ini sememangnya mempunyai kelebihan dan keistimewaanya yang tersendiri kerana sangat hampir sekali dengan bulan Ramadan.

Diyakini pada malam pertengahan bulan Syaaban atau lebih tepat dikenali sebagai malam Nifsu Syaaban, umat Islam sangat mengharapkan rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT.

Doa malam nifsu Syaaban

Umat Islam digalakkan untuk melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain dan banyak berdoa dengan meminta keampunan dari Allah SWT. Doa malam Nifsu Syaaban adalah seperti yang berikut:

“Allahumma ya dzalmanni walaa yamunnu ‘alaika ya dzaljalaa li wal ikraam ya dzat thauli wal in’aami laa Ilaha illa anta. Zahral lajin wajaa ral mustajiirina wa amaa nal kho’iifinn. Allahumma in kunta katabtani indaka fii ummil kitaabi syaqiyyan au mahruu man au mathrudan au muqtaran alayya fir rizqi fam hu. Allahumma fi ummil kitabi syaqo wati wahirmani waqtitaro rizqi.

Waktubni ‘indaka sa ‘idan mar zuqon muwaffaqon lil khoiroti fainnaka qulta. Waqawlukal haqqu fi kitabikal munzali ‘ala lisani nabiyyikal mursali. Yamhullahu ma yasya u’ yusbitu wa ‘indahu ummulkitabi. Wasollallahu ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa sohbihi wa sallam walhamdulillahi rabbil ‘alamin”

Maksudnya: “Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan, Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yang mencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu.

Sebaliknya catatkanlah aku di sisi Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq Mu untuk membuat kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman Mu adalah benar di kitab Mu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan Mu, Allah menghapuskan dan menetapkan apa yang ia kehendaki. Di sisi Nya Luh Mahfuzh. Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga beserta para sahabatnya. Segala puji bag Allah SWT.”

Amalan malam nifsu Syaaban

Walaupun bulan Syaaban memang dikenali dengan keistimewaan dan kelebihannya, namun tiada amalan khusus yang ditetapkan pada malam Nifsu Syaaban.

Baginda juga bersabda: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah SWT adalah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Umat Islam digalakkan untuk menghidupkan malan Nifsu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadah kepada Allah SWT seperti solat sunat, qiamullail, banyak berdoa, dan sebagainya.

Kemuliaan nifsu Syaaban

“Apabila datang malam Nifsu Syaaban maka hendaklah kamu bangun mendirikan solat-solat sunat pada malamnya dan malaksanakan puasa sunat pada siang harinya, kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut bemula dari terbenam matahari.” – (Hadis Riwayat Ibu Majah)

1. Diberikan kemapunan

Nabi Muhammad SAW Bersabda: “Sesungguhnya Allah memandang hamba-Nya pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampuni mereka kecuali yang musyrik dan pendendam.” – (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

2. Doa dikabulkan

Imam Syafi’i mengatakan: Saya pernah mendengar kabar bahawa Nabi Muhammad SAW mengatakan 5 malam doa tidak ditolak Allah iaitu malam 1 Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Aidilfitri, malam Aidiladha dan malam Jumaat.

3. Malam penetapan nasib manusia dalam lauhul mahfudz

Ketika Nabi Muhammad SAW membacakan firman Allah SWT dalam Surah Arra’du ayat 39:

Maksudnya: “Allah menghapuskan catatan nasib manusia dan menetepakannya, sebab Dialah pemilik buku induk kehidupan (lauhul mahfudz).” Nabi mengatakan itu pada malam Nifsu Syaaban.

Kesimpulan

Mengimarahkan malam Nifsu Syaaban adalah galakan yang sangat diutamakan kepada umat Islam. Persediaan menyambut bulan Syaaban adalah latihan untuk ibadah dalam bulan Ramadan dengan lebih sempurna.

Rujukan

  1. Tarikh Malam Nifsu Syaaban 2022 dan Kelebihannya. Permohonan dari , https://www.permohonan.my/tarikh-malam-nisfu-syaaban-dan-kelebihan/
  2. Irsyad Al-Hadis Siri Ke-52: Kelebihan Bulan Syaaban (April 2016). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dari, https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1160-irsyad-al-hadith-siri-ke-52-kelebihan-bulan-sya-ban
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113