Setiap pekerjaan yang kita ingin dilakukan adalah lebih baik sekiranya kita meminta perlindungan, keselamatan, dan keberkatan dari Allah SWT terlebih dahulu. Begitu juga dalam sesebuah majlis.

Tidak kiralah majlis kesyukuran, perhimpunan, majlis perpisahan, majlis kahwin, atau sebagainya. Biasanya pasti akan ada seseorang yang mengetuai bacaan doa sebelum majlis dimulakan.

Bagi yang baru pertama kali diminta untuk membaca doa selamat pastinya kalian akan kelam kabut mencari rujukan kan? Insha Allah artikel pada kali ini kami akan berkongsi tentang bacaanya dalam Arab dan rumi serta terjemahan yang boleh kita amalkan.

Lazimkan diri berdoa walau untuk perkara kecil

Berdoa amat dianjurkan dalam Islam hinggakan mereka yang tidak berbuat demikian diumpakan sombong dengan Allah SWT.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” – (Surah Ghafir, ayat 60)

Ayat itu jelas menunjukkan, Allah SWT memberikan jaminan akan mengabulkan setiap permintaan hambaNya yang berdoa kepadaNya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian berdoa dan meminta kepada Allah SWT segala hajatnya, hatta jika ingin meminta garam atau tali kasutnya apabila ia terputus.” – (Jami’ Tirmizi)

Syeikh al-Mubarakfuri sewaktu mensyarahkan hadis itu menyatakan: “Seluruh khazanah kekayaan milik Allah dan tiada Pemberi selainNya; maka mintalah apa sahaja dariNya hatta perkara-perkara yang ringan, kecil dan remeh.

Lazimkan diri berdoa walau dalam keadaan apa pun. Baik ketika senang, susah, miskin, kaya, gembira atau sedih. Jadikan doa sebagai sahabat dan kebergantungan sepenuh hati kita kepada Allah SWT.

Bacaan doa selamat ringkas

“Bismillah hir rahma nir rahim. Allahumma innaa nas aluka sallamatan fid diin. Wa ‘aafiyatan fil jasad. Waziyaadatan fil ‘ilmi. Wa barokatan fir rizqi. Wa taubatan qoblal mauti. Wa rohmatan ‘indal maut. Wa maghfirotan ba’ dal maut. Allahumma hawwin ‘alainaa fill sakaratil maut. Wan najaa ta minan naari. Wal ‘afwa ‘indal hisaab. Rabbanaa laa tuzigh quluubana. Ba’da idz hadai tanaa. Wahab lanaa, mil ladun ka rahmah. Innaka antal wahhab. Rabbanaa aatinaa fiddun yaa hasanah. Wa fil aakhirati hasanah. Waqinaa ‘adzaa ban naar.”

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesihatan dalam tubuh. Bertambah dalam ilmu, dan keberkatann rezeki, dan taubat sebelum mati. Mendapat rahmat ketika mati, dan mendapat pengampunan sesudah mati. Ya Allah mudahkanlah bagi kami dari sakaratul maut, lepaskan dari api neraka. Dan mendapat keampunan ketika dihisab. Ya Allah jangankanlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkay memberi petunjuk. Dan berilah kami rahmat dari sisiMu. Ya Allah berikan kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jauhkanlah kami dari api neraka.”

Kesimpulan

Semoga dengan membaca doa selamat sebelum memulakan sesuatu majlis ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat bagi semua yang terlibat.

Rujukan

  1. Himpunan Doa dan Hadis Pilihan, Doa Selamat Ringkas. Dari https://doadanhadispilihan.blogspot.com/p/blog-page_28.html
  2. Bacaan Doa Selamat Paling Mudah, Semua Orang Mesti Hafal (Feb, 2019) Aynorablogs, dari https://www.aynorablogs.com/2019/02/bacaan-doa-selamat-paling-mudah-semua.html

Leave a comment

Your email address will not be published.