Doa Selepas Solat & Wirid Sebagai Panduan Kepada Umat Islam

Setiap umat Islam sangat digalakkan untuk berdoa lebih-lebih lagi selepas solat. Artikel ini akan berkongsi dengan anda tentang doa selepas solat dan wirid-wiridnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir, ayat 60)

Dalam kitab Ad-Daa’ Wad Dawaa’, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyifatkan doa sebagai ubat yang sangat bermanfaat, sekali gus diibaratkan musuh bagi segala bencana dan musibah yang menimpa kaum Muslimin.

Saidina Ali Abu Talib RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Doa ialah senjata kaum Muslimin dan tiang agama serta cahaya langit dan bumi. (Hadis Riwayat Hakim)

Doa versi 1

“Bismillahirrahmanirrqahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in. Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan. Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro. Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah.Robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab. Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam. Walhamdulillahirobbil ‘alamiin.”

Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil. Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”

Doa versi 2

“Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in. Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim. Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam. Wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in, wa a’maalana a’maalassolihin. Waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin. Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam. Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar. Wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam. Subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun. Wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.”

Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Doa versi 3

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَصِحَّةً فِى الْبَدَنِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ
النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

“Allahumma innaa nas ‘aluka. Salamatan ftddiini waddun yaa wal aakhirah. Wa ‘aafiya tan fil jasadi wa shihhatan fil badani wa ziyaadatan fil ‘ilmi wabarakatan firrizqi wa taub atab. Qablal maut wa rahamatan ‘indalmaut wa maghfiratan ba’dal maut. Allaahumma hawwin ‘alainaa fii sakaraatil maut wan najaata minan naari wal’ afwa ‘indal hisaab.”

Maksudnya: “Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, keafiatan jasad, kesihatan badan, tambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada masa datang maut, dan ampunan setelah datang maut. Wahai Allah! Sediakan pencapaian kami dalam menghadapi sakratul maut, (berilah kami) keselamatan dari api neraka, dan keampunan pada saat dilaksanakan hisab.”

Doa versi 4

اَللهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ والحَزَنِ, و نَعُوْذُبِكَ مِنَ الْعَجْرِ وَالْكَسَلِ و نَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ و الْبُخْلِ و نَعُوْذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ  وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Allalaahumma innaa na’uudzu bika min al hammi wal hazani. Wa wa ‘uudzubika minal ‘ajzi wal kasali. Wa na’uudzunika minal jubni wal bukhli. Wan’uudzunika min gholabatid daini wa qohrir rijaali.”

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan kami berlindung kepadaMu dari hutang dan paksaaan orang.”

Doa versi 5

“Allahumma ajirnii minan-nar .“ (sebanyak 7 kali)

Maksudnya: “Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” (sebanyak 7 kali). Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka.”

Doa versi 6

“Laa Ilaha Illallahu wahdahu laa syariiKalah. Lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa ‘ala kulli syai’in qodir.“ (sebanyak 10 kali).

Maksudnya: “Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” (sebanyak 10 kali) selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.”

Wirid selepas solat

Wirid 1

Astagfirullah hal azim allazi laa ila ha illa huwal hayyul qoyyum wa atu bu illaih.

Maksudnya: “Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.”

Wirid 2

Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa a’la kulli syai’in qadirr

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mema tikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.”

Wirid 3

Allahumma ajirna minannarr

Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka.”

Wirid 4

Allahumma antassalam, wamin kassalam, walaika ya ‘udussalam, fahayyina rabbana bissalam, wa adhilna jannata daa rassalam, tabarakta rabbana wata a’laita ya zal jala li wal ikram

Maksudnya: “Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”

Wirid 5

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Wirid 6

Wa ila hukum ilaahum’ wahidullaa ila ha illa huwarrahmanurrahim

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”

Wirid 7

Allaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilmihi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.

Maksudnya: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”

Wirid 8

Maksudnya: “Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.”

Wirid 9

Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung d0sa kejaha tan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah d0sa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

Wirid 10

“Syahidallahu innahu, laa ilaha illa huwa wal malaa ikatu wa ulul ‘ilmi qaa imam bilqist. Laa ilaha illa huwal a’zii zul hakim”

Maksudnya: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Wirid 11

“Innaddin na ‘indallah hil islam.”

Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Ya hudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”

Wirid 12

“Qulillaahumma maalikal mulki, tu’til mulka man tasyaa’u, watanzi’u mulka mimman tasyaa’u, watu ‘izzu man tasyaa’u, watudzillu man tasyaa’u, biyadikal khoyru innaka ‘alaa kulii syai’in qodiirun.”

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Wirid 13

“Tuwlijul layla finnahaari, watuwlijunnahaaro fil layli, wa tukhrijul hayya minal mayyiti, watukhrijul mayyita minal hayyi, watarzuqu man tasyaa’u bighoyri hisaabin.”

Maksudnya: “Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang ma ti, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang m4ti dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.

Wirid 14

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Wirid 15

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari keja hatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”

Wirid 16

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disem bah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik peng hasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan ha sutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”

Wirid 17

Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

Wirid 18

Ilahirabbi subhanallah 

Maksudnya: “Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah.”

Wirid 19

Subhaanallah

Maksudnya: “Maha Suci Allah.”

Wirid 20

Subhaanallahi wabihamdihi da ‘iman qo’imann abada

Maksudnya: “Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya yang kekal selama-lamanya.”

Wirid 21

Alhamdulillahi rabbil a’lamin a’laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin

Maksudnya: “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.”

Wirid 22

Alhamdulillahi rabbil a’lamin a’laa kulli haalin’ wafi kulli haalin’ wanikmatin 

Maksudnya: “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat.”

Wirid 23

Allahuakbarr (33X)

Maksudnya: “Allah Maha Besar.”

Wirid 24

Maksudnya: “Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mema tikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.”

Adab berdoa dalam Islam

Adab adalah tatasusila atau tingkah laku yang mengambarkan tentang kebaikan dan kesopanan seseorang. Semasa berdoa kita juga mempunyai adab-adab yang perlu dijaga. Antara adab berdoa dalam Islam adalah seperti:

  • Berdoa dalam keadaan berwuduk lebih afdal
  • Dalam posisi menghadap kiblat
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa
  • Mula berdoa dengan puji-pujian kepada Allah, dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Tidak berdoa di tempat-tempat yang diharamkan
  • Gunakan suara yang perlahan ketika berdoa
  • Bebas berdoa dalam apa jua bahasa yang kalian tahu
  • Dahulukan sesebuah doa dengan nama-nama Allah
  • Ikhlas dan tulus dalam berdoa
  • Sentiasa merendah diri dan tidak sombong
  • Tidak berdoa tentang perkara keburuan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain ataupun berdoa untuk memutuskan silaturrahim
  • Makan dan minum dari sumber yang halal
  • Bertaubat kepada Allah sebelum berdoa dan memohon apa sahaja yang dihajati
  • Bersikap tetap dan yakin dalam doa yang dipinta
  • Tidak berputus asa dalam berdoa

Kesimpulan

Seseorang yang mempunyai keyakinan dan keikhlasan dalam setiap doa-doanya kepada Allah SWT, insha Allah doanya tidak akan ditolak. Allah SWT mengabulkan doa seseorang bukan seperti hajatnya tetapi seperti apa yang terbaik menurut Allah kepadanya. Oleh kerana itulah, kadang kala ada doa-doa kita yang dilambatkan dan ada juga yang dicepatkan. Apa yang perlu kita lakukan tetaplah berusaha, berdoa, dan bersabar.

Rujukan

  1. Doa Selepas Solat Berserta Wirid Dengan Panduan Lengkap Rumi (Jan, 2020). Saya Lemon Viral, dari https://www.slviral.bbn.my/2020/01/13/doa-selepas-solat-berserta-wirid-dengan-panduan-lengkap-rumi/
  2. Wirid-Wirid dan Doa-Doa Selepas Solat (cetakan 2010). Al-Hidayah Publication, dari penulis Haji Yahya Bin Lasa
  3. Berdoalah kepada Ilahi (May,2020). Harian Metro, dari https://www.hmetro.com.my/addin/2019/08/485872/berdoalah-kepada-ilahi
  4. Himpunan Doa Selepas Solat Berdasarkan Hadis Sahih https://taqwa.my/wirid-doa-selepas-solat/
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113