Durian belanda sering dikatakan sebagai buah yang mampu mencegah pertumbuhan sel kanser.

 Namun, sejauh manakah kebenarannya dan apakah manfaatnya yang sebenar untuk kesihatan?

Artikel ini akan mengupas nutrisi yang terkandung dalam buah tropika ini serta potensinya dalam meningkatkan kesihatan.

Kredit Foto : gardenguides.com

Baca Juga : Chia Seed : Bijian Kecil Dengan Manfaat Yang Besar

Buah durian belanda berasal dari benua Amerika, Carribean dan Afrika.

 Buah yang berkulit hijau berduri dengan isi berwarna putih dan biji berwarna coklat kehitaman ini popular dengan rasanya yang unik.

Rasanya sering dikatakan sebagai gabungan rasa buah strawberi dan epal kerana rasanya yang manis serta masam di samping teksturnya yang berkrim.

Kandungan Nutrisi Durian Belanda

Memetik HelloDoktor, buah ini kalorinya rendah namun khasiatnya cukup banyak. Dalam 100 gram buah durian belanda, ia mampu membekalkan nutrisi seperti berikut :

Kalori – 66 kcal

Karbohidrat 16.84g

Gula – 13.54g

Serat – 3.3 g

Lemak – 0.3 g

Protein – 1 g

Vitamin B1 (Thiamine) – 0.07 mg

Vitamin B2 (Riboflavine) – 0.05 mg

Vitamin C – 20.6 mg

Kalsium – 14 mg

Magnesium – 21 mg

Fosforus – 27 mg

Kalium – 278 mg

Kebaikan Durian Belanda Untuk Kesihatan

1.  Sumber Antioksida Yang Baik

Durian belanda merupakan antara buah dengan kandungan antioksida yang tinggi.

Sebatian antioksida berfungsi dalam badan dengan meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel.

Sebuah kajian dalam tabung uji mendapati sifat antioksida dalam buah durian belanda berkesan dalam melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.

2.  Baik Untuk Kesihatan Mata

Khasiat antioksidan seperti vitamin C, E, zink dan beta karoten yang terkandung dalam durian belanda dikatakan sangat baik bagi melindungi kesihatan mata.

Antioksida juga berperanan dalam mengurangkan tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan katarak dan degenerasi makula menjelang usia semakin meningkat.

Kredit Foto : siraplimau.com

3.   Bersifat Antibakteria

 Beberapa kajian yang dijalankan juga mendapati buah ini berpotensi untuk menghapuskan pembiakan bakteria.

 Sebuah kajian tabung uji mendapati ia berkesan dalam membunuh pelbagai jenis bakteria yang menjadi punca kepada masalah kesihatan seperti kerosakan gigi, jangkitan yis dan gingivitis.

Sebuah lagi kajian makmal menemui keberkesanan durian belanda dalam melawan bakteria yang menyebabkan jangkitan cholera dan Staphylococcus.

Namun, harus diingat bahawa kajian ini menggunakan ekstrak durian belanda yang sangat pekat.

Kajian lanjut perlulah dilakukan bagi mengesahkan keberkesanannya pada tubuh badan manusia.

4.  Berpotensi Sebagai Antiradang

Keradangan merupakan tindak balas sistem imuniti badan apabila mengalami kecederaan, namun banyak penemuan mendapati keradangan yang serius boleh mengakibatkan penyakit lain.

Sebuah kajian terhadap tikus dalam penggunaan ekstrak buah durian belanda mendapati ia mendapati ia dapat mengurangkan bengkak dan keradangan pada sehingga 37%.

Kajian lain pada tikus pula mendapati ia bermanfaat dalam merawat masalah arthritis menunjukkan potensinya yang besar dalam mengurangkan keradangan akibat yang menyebabkan arthritis.

5. Menstabilkan Paras Gula Dalam Darah

Dalam sebuah kajian yang dijalankan ke atas tikus diabetes, penggunaan ekstrak buah durian belanda dilihat dapat mengurangkan paras gula dalam darah sehingga 75% setelah diberikan selama 2 minggu.

Ini menunjukkan potensinya sebagai buah-buahan yang baik untuk diamalkan bagi menstabilkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

Kredit Foto : siraplimau.com

6. Berpotensi Merawat Buah Pinggang dan Hati

Sebuah kajian yang dijalankan di Malaysia mendapati penggunaan ekstrak buah ini adalah selamat digunakan kepada tikus yang mempunyai masalah buah pinggang dan hati.

 Pemerhatian yang turut dilakukan kepada manusia bagi melihat keberkesanannya.

Kajian daripada India pula mendapati komponen acetogenin dalam buah ini dikatakan mampu menghapuskan sel-sel malignan dari 12 jenis kanser. Salah satu daripadanya merupakan kanser hati.

Adakah Durian Belanda Dapat Mencegah Kanser ?

Sebuah kajian tabung uji dengan penggunaan ekstrak buah ini mendapati ia dapat mengurangkan saiz tumor, membunuh sel kanser serta meningkatkan sistem imun badan.

Satu lagi kajian yang dijalankan bagi melihat keberkesanannya dalam melawan sel leukimia.

Melalui kajian ini, ekstrak buah durian belanda dikatakan mampu menghenti pembentukan sel-sel kanser.

Walaupun terdapat banyak kajian yang mengusulkan manfaat buah ini dalam merawat kanser, namun ia hanyalah terhad kepada ujian makmal dan tidak diuji ke atas manusia.

Oleh itu, pakar melarang pesakit kanser bergantung kepada buah ini semata-mata bagi merawat kanser.

Kesan Sampingan Durian Belanda

1. Keradangan Mata

Walaupun isinya banyak khasiat, namun kulit pokok dan biji buah ini dikatakan toksik dan berpotensi sebagai racun yang boleh menyebabkan keradangan mata.

2. Wanita Hamil & Ibu Menyusu

Kandungan tenaga yang tinggi dalam buah ini boleh mengaktifkan komponen beracun.

Oleh itu, ia didapati tidak sesuai dimakan bagi wanita hamil kerana boleh mengganggu kesihatan bayi dalam kandungan.

Ibu menyusu juga perlulah menghindari buah ini kerana ia adalah tidak selamat untuk bayi.

Kredit Foto : siraplimau.com

3. Penurunan Berat Badan Drastik

Menurut kajian, buah ini juga dapat memberikan kesan sampingan berat badan menurut pada tikus yang digunakan dalam eksperimen.

Ia dikhuatiri dapat memberikan kesan yang sama kepada manusia.

Seperti manfaatnya yang dikatakan dapat merawat kanser, potensi buah ini dalam merawat pelbagai penyakit perlulah disahihkan lagi dengan kajian yang lebih mendalam.

 Anda boleh makannya sekali sekala sebagai sumber vitamin yang baik. Namun, anda tidak boleh bergantung pada buah ini untuk merawat penyakit.

Dapatkan saranan doktor terlebih dahulu jika anda bercadang untuk amalkan buah ini secara konsisten.

Sumber :

Banyak Manfaat Bila Anda Suka Makan Durian Belanda, Ia Bagus Untuk Penjagaan Buah Pinggang!

https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/

Soursop (Graviola): Health Benefits and Uses

https://www.healthline.com/nutrition/soursop-benefits

Leave a comment

Your email address will not be published.