Basikal elektrik atau juga dikenali sebagai ebike ialah sejenis kenderaan yang menggunakan motor dengan tenaga elektrik untuk bergerak. Tenaga dibekalkan oleh bateri yang dicas semula pada rangkaian elektrik atau panel solar. 

Penggunaannya di Malaysia masih belum meluas lagi, namun sekiranya anda tercari-cari cara untuk menunggangnya buat kali pertamanya, artikel ini adalah untuk anda!

Fakta Penting Basikal Elektrik Yang Anda Perlu Tahu

Cara menunggang basikal elektrik sebenarnya adalah lebih kurang sama dengan basikal biasa. Namun, walaupun terdapat persamaan yang jelas, ciri pedal dan motor elektrik yang terdapat pada basikal elektrik pasti akan memberikan pengalaman yang sedikit berbeza daripada menunggang basikal biasa. 

  • Gunakan Kelajuan Minima (perlahan)

Sekiranya belum biasa, pastikan anda bermula dengan kelajuan yang perlahan sehingga kelajuan yang anda selesa. Tetapi jangan terlalu laju ya. Setiap jenis basikal yang menggunakan tenaga elektrik mempunyai kadar kelajuan yang berbeza. 

Ada yang terasa seperti sedang menunggang basikal biasa kerana sensor torknya cenderung memberikan rasa yang lebih semula jadi ini. 

Tetapi sekiranya anda mempunyai ebike yang mempunyai sistem berasaskan irama, adalah amat penting untuk lebih berhati-hati. Ini kerana, sistem berasaskan irama ini membuatkan basikal anda terus bergerak dengan cepat apabila anda mula memutar pedal. 

  • Kawasan Yang Rata Dan Terbuka

Adalah idea yang baik untuk memulakan kayuhan anda di kawasan terbuka dan rata. 

Sebelum mula kayuhan, pegang bahagian belakang basikal dan putar pedal beberapa kali sambil menukar ke gear sederhana. Biarkan basikal bergerak dan hidupkan alat bantu apabila anda merasa stabil dan selesa. 

Namun, kerana beratnya, anda tidak mungkin boleh menukar gear dan mula menunggang tanpa bantuan elektrik. Oleh itu, hidupkan basikal elektrik anda dan pastikan pembantu kuasa elektrik berada pada tahap terendah. 

  • Posisi Brek

Pastikan juga anda tahu di mana posisi brek okay. Dan, pastikan anda tahu yang mana brek depan dan brek belakang. 

Disebabkan basikal elektrik lebih berat dari basikal biasa, maka ia memerlukan tenaga yang lebih ketika anda ingin berhenti (brek). Hal ini kerana tahap kelajuan juga boleh pergi jauh lebih tinggi dari basikal biasa. 

Anda juga mengetahui jenis brek yang basikal anda miliki. Setelah itu, anda boleh memeriksa tetapannya dan bagaimana brek tersebut berfungsi. 

  • Tuas

Perkara seterusnya yang perlu diperiksa adalah tuas mana yang digunakan untuk roda depan dan yang digunakan untuk roda belakang. 

Kelebihan

  1. Bergerak bebas

Basikal elektrik membolehkan anda bergerak bebas dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah dan lebih fleksibel. Selain itu, ia juga tidak mengambil banyak ruang dan tidak memerlukan ruangan khas untuk parkir. 

  1. Menjimatkan Tenaga

Basikal elektrik mempunyai kelebihan kepada alam sekitar kerana tidak menyebabkan pencemaran alam. 

Untuk perjalanan 100 km yang sama, kereta biasanya memerlukan petrol 5-15 liter dan motosikal memerlukan minyak 2-6 liter, tetapi basikal jenis ini hanya memerlukan 1-3 liter minyak. Dengan krisis tenaga yang semakin meningkat di dunia, ia adalah pilihan yang sangat masuk akal.

  1. Pengecasan

Basikal elektrik, biasanya dapat berjalan sejauh 40 km sehari dan cara pengecasan juga sangat muda. Sekiranya ia kehabisan kuasa, anda juga boleh bergantung pada tenaga manusia dan kembali. Ini jauh lebih senang daripada kereta tanpa gas.

  1. Keselamatan

Kelajuan kenderaan elektrik umumnya boleh dikawal dengan baik. Jadi, ia sangat selamat. Khusus untuk ibu yang mengandung bayi, kelebihan ini lebih praktikal dan selamat.

Kredit: zhsydz.com

Leave a comment

Your email address will not be published.