Hada Labo adalah merupakan salah satu jenama J-beauty yang terkenal dan tidak asing lagi terutamanya dalam pengguna skincare drugstore di Malaysia. Ia boleh dikatakan setaraf dengan produk-produk terkenal seluruh dunia. 

Seperti jenama penjagaan wajah yang lain, Hada Labo juga mempunyai pelbagai rangkaian produk yang berbeza. Setiap produk diformulasikan khas bagi merawat masalah-masalah kulit tertentu yang sering berlaku. 

Masalahnya, kebanyakkan daripada kita sering kali mencuba produk yang disarankan oleh pengguna lain, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Hal ini adalah kerana, kulit setiap individu itu berbeza maka keperluan kulit dan kesesuaiannya kepada setiap produk juga berbeza. 

Oleh itu, untuk mendapatkan kesan penggunaan yang lebih baik, anda perlu mengetahui produk manakah yang benar-benar sesuai untuk anda. 

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan mengenai jenis-jenis Hada Labo Cleanser atau pencuci muka Hada Labo beserta fungsi dan jenis kulit yang sesuai. 

Teruskan membaca!

Jenis Dan Fungsi Hada Labo Cleanser

Terdapat beberapa jenis rangkaian berbeza yang dikeluarkan oleh Hada Labo demi memenuhi keperluan kulit pengguna. Antaranya ialah, Koleksi Kouji, Koleksi Hydrating, Koleksi Premium Hydrating,  Koleksi Premium Whitening dan lain-lain.

Mari kita lihat satu persatu. 

1. Hada Labo Kouji Collection

Menggunakan beras Jepun yang telah ditapai sebagai ramuan utama, Koleksi Kouji ini diformulasikan untuk membantu melembabkan dan menganjalkan serta menghilangkan garis halus di wajah. 

Rangkaian produk Kouji ini mengandungi Hada Labo Kouji Treatment Enzyme Powder Wash, Hada Labo Kouji Treatment Cleansing Foam, Hada Labo Kouji Treatment Essence, Hada Labo Kouji Tightening & Hydrating Gel, Hada Labo Kouji Treatment Cream dan Hada Labo Kouji Treatment Sheet Mask. Bukan cleanser sahaja yang ada tau.

Kepada sesiapa yang ingin mulakan rutin anti-penuaan, anda disyorkan untuk memiliki set Kouji ini. Ia juga sesuai bagi mereka yang berumur 20an. 

Sesuai untuk kulit yang berminyak dan juga kombinasi.

2. Hada Labo Hydrating Collection

Hada Labo Cleanser untuk koleksi Hydrating ini adalah khusus untuk kulit kering. Ia dirumus khas dengan empat jenis asid hyaluronik yang memberikan kelembapan intensif kepada kulit wajah sepanjang hari. Bukan itu sahaja, kulit anda juga akan tampak lebih berseri dan anjal. 

Selain  Hada Labo Hydrating Collection,  Hada Labo Premium Hydrating Collection juga adalah salah satu koleksi yang mempunyai fungsi sama namun bezanya, ialah  Hada Labo Premium Hydrating Collection dirumus menggunakan tujuh jenis asid hyaluronik.

Sekiranya anda inginkan hasil yang sama namun mempunyai kulit yang sensitif, anda boleh cuba dapatkan Hada Labo Sensitive Hydrating Collection. Ia amat sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan-bahannya mempunyai sifat anti-keradangan dan tidak mengakibatkan iritasi.

Sesuai untuk kulit normal, kulit kering, kusam mahupun dengan tanda-tanda penuaan.

3. Hada Labo AHA + BHA Collection

Diperkaya dengan Alpha Hydroxy Acid (AHA) and Beta Hydroxy Acid (BHA), Hada Labo AHA + BHA Collection ini sangat berkesan dalam menyingkirkan segala kotoran di wajah untuk mengelakkan kulit kusam.Ia membantu proses eksfoliasi sel-sel kulit mati, membantu mencerahkan kulit wajah dan menjadikan wajah anda kelihatan lebih berseri. 

Selain cleanser (pencuci muka); AHA +BHA Mild Exfoliating Foaming Wash, AHA + BHA Acne Control Face Wash, anda juga boleh dapatkan AHA +BHA Mild Peeling Lotion dan AHA + BHA Mild Exfoliating Gel.

Sesuai untuk semua jenis kulit, namun mereka yang mempunyai kulit sensitif disarankan untuk membuat patch test terlebih dahulu.

4. Hada Labo Premium Whitening Collection

Mempunyai kulit cerah adalah idaman hampir setiap wanita. Hah, apa kata anda cuba rangkaian produk Hada Labo Premium Whitening Collection ini!

Rangkaian Hada Labo Premium Whitening diformulasi secara khusus untuk mencerahkan tona kulit anda tiga kali ganda kerana ia diperkaya dengan campuran ramuan seperti vitamin C, asid hyaluronik, arbutin dan niacinamide. 

Ramuan ini mampu membantu mengekalkan kelembapan wajah dan menyerikan kembali kulit yang kusam.

Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.

5. Hada Labo Blemish and Oil Collection

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit yang berminyak dan berjerawat,  anda boleh cuba cleanser daripada Hada Labo Blemish and Oil Collection ini. 

Mengandungi ekstrak hatomugi, ia mampu membantu mengawal masalah kulit jerawat serta melegakan iritasi. Selain itu, ia juga mengandungi campuran asid hyaluronik dan campuran ekstrak botanikal yang berkesan mengawal lebihan sebum yang boleh menyebabkan pembentukan jerawat. 

Kesimpulan 

Apa pun, sebelum membeli mana-mana produk, pastikan anda mengetahui jenis kulit anda dan keperluan kulit anda. 

Kredit: beautyinsider.my

Leave a comment

Your email address will not be published.