Cameron Highlands, Pahang sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan popular bagi rakyat Malaysia. Dengan cuaca yang sejuk dan dingin seolah-olah berada di luar negara, percutian ke Cameron Highland pasti akan meninggalkan kenangan indah buat mereka yang berkunjung ke sana dan ini ialah senarai 10 hotel terbaik di Cameron Highlands yang selesa dan berbaloi.

Terdapat 3 pilihan kawasan di Cameron Highlands yang menjadi pilihan pelancong iaitu Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet. Oleh itu, terdapat banyak hotel di ketiga-tiga kawasan ini, antaranya ialah :

Senarai 10 Hotel Terbaik di Cameron Highlands , Pahang :

1. Cameron Highlands Resort

Cameron Highlands Resort ni merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Ia adalah hotel mewahyang sangat cantik dari segi fasad bangunan dan dekorasinya yang bertemakan senibina tradisional Inggeris.

Hotel ini ialah hasil penambahbaikan dari sebuah English Cottage yang dibina pada tahun 1930an. Pada awal pembangunan hotel ini dahulu, ia dikenali sebagai ‘little piece of England in Asia’ memandangkan hotel ini menyerlahkan senibina tradisional Inggeris.

Bilik Deluxe Double Hotel Cameron Highlands Resort, Hotel Terbaik di Cameron Highlands. Sumber : https://www.cameronhighlandsresort.com

Oleh itu, untuk merasa keunikan bercuti seperti di England , hotel ini sangat sesuai untuk anda dan keluarga. Harga bilik bermula dari RM 650 semalam.

Dengan tarafnya 5 bintang, hotel ini sudah pasti menyediakan perkhidmatan yang sangat terbaik dan tidak akan menyesal untuk disini.

2. Avillion Cameron Highlands

Hotel Avillion Cameron Highlands terletak di dalam kompleks membeli-belah , di Tanah Rata, Cameron Highlands. Hotel yang sangat bersih, kemas, selesa dan berbaloi untuk wang anda. kerana bilik disini sangat luas.

Berkonsepkan bilik jenis studio, bilik di hotel ini dilengkapi dengan fasiliti yang cukup lengkap seperti sofa, ruang makan, sebuah dapur kecil yang lengkap dengan peti ais dan microwave . Yang menriknya, hotel ini turut menyediakan taman permainan kanak-kanak

Dengan lokasinya yang sangat strategik di tengah-tengah Pekan Tanah Rata dan di dalam kompleks membeli-belah, ia memberikan keselesaan pada pengunjung untuk membeli-belah dan mencari tempat makan.

Terletak hanya 5km dari Ladang Teh Boh Sungai Palas, harga hotel ini adalah bermula dari RM

Bilik Twin Hotel Avillion Cameron Highlands, Hotel Terbaik di Cameron Highlands. Sumber Gambar : www.dorsettpink.com

3.Copthorne Hotel Cameron Highlands

Copthorne Hotel Cameron Highlands merupakan hotel yang sangat selesa bertaraf 4 bintang yang terletak di atas paras laut di Brinchang. Dengan kesejukan cuaca yang sangat dingin sepanjang tahun, hotel ini menyediakan kolam renang tertutup (indoor swimming pool).

Bilik Deluxe King Hotel Copthorne Cameron Highlands. Sumber : www.tripadvisor.com

Dengan berkonsepkan gaya Tudor Inggeris, hotel ini menawarkan bilik-biik yang sangat cantik dengan permandangan landskap tanah tinggi yang sangat mempesonakan.

Hotel ini dikelilingi dengan gunung-ganang dan lembah-lembah dan hanya 1 km dari tempat tarikan utama di Cameron Highlands seperti Air Terjun Robinson, Taman dan Kebun Rama-rama, serta Ladang Teh Boh.

Anda boleh baca artikel ini : 10 Tempat Menarik Di Cameron Highlands (Instagrammable) 2022 .

Harga bilik di Copthorne Hotel ini bermula dari RM 171 semalam.

Kolam Renang Tertutup Copthorne Hotel Cameron Highlans. Sumber : www.booking.com

4. The Lake House Cameron Highlands

Sebuah rumah desa yang menawan diinspirasikan warisan Inggeris, The Lakehouse menawarkan bilik hotel yang berdekorasi dengan siling-siling alang kayu dan katil empat-tiang.

Terletak di Ringlet, Cameron Highlands, The Lakehouse Cameron Highlands Resort ini menghadap Tasik Sultan Abu Bakar menyajikan permandangan yang sangat cantik yang pasti memerikan anda pengalaman percutian yang sangat indah.

Bilik-bilik penginapan di hotel ini menyediakan perabot antik seperti kipas meja antik dan telefon dail putar. Setiap bilik mempunyai kemudahan membuat teh/kopi.

Para tetamu boleh berehat di Reading Room yang sangat selesa. Terdapat juga sebuah bilik permainan (gaming room) untuk para tetamu. Antara tempat bergambar yang ‘instagrammable’ iaitu The Lakeview Terrace yang merupakan tempat yang sangat cantik untuk menikmati teh Inggeris pada waktu petang.

Dibuka untuk sarapan dan makan malam, restoran menyajikan makanan khas tempatan dan Inggeris, dengan pilihan vegetarian. Cameron Bar menawarkan pelbagai pilihan minuman keras serta TV dengan saluran sukan. The Lakeview Terrace merupakan tempat yang baik untuk menikmati teh Inggeris pada waktu petang.

The Lake House Cameron Highlands.
Sumber : www. placesandfoods.com
The Lake House Cameron Highlands yang merupakan sebuah rumah desa berkonsepkan tradisional Inggeris. Sumber : www.theyumlist.net

5. Casadela Rosa Hotel

Dengan cuaca dingin dan pemandangan yang indah, Casadela Rosa di Cameron Highlands menyediakan bilik-bilik bergaya kedesaan Inggeris yang sangat cantik beserta tab mandi.

Casadela Rosa Hotel ini terletak di Jalan Circular, Cameron Highlands yang hanya 10 minit pemanduan dari Stesen Bas Brinchang dan berjarak 5 minit pemanduan dari Ladang Strawberi.

Bilik penginapan yang menghadap ke padang golf mampu menyajikan panorama yang sangat indah buat anda sekaligus menjadikan percutian anda ke Cameron Highlands adalah percutian yang sangat bermakna.

Trek joging yang indah menyediakan tempat berlari yang santai pada waktu pagi. Hotel ini juga mempunyai perkhidmatan menjaga kanak-kanak dan dobi. Kaunter penerimaan tetamu 24 jam juga disediakan. Hidangan tempatan dan antarabangsa boleh dinikmati di kedai kopi hotel ini.

Harga hotel ini adalah serendah RM 263 semalam.

Bilik penginapan di Casadela Rosa Hotel. Sumber : www.booking.com
Permandangan dari luar Casadela Rosa.
Sumber : www.agoda.com
Bilik mandi di Casadela Rosa Hotel. Sumber : www.booking.com

6. Strawberry Park Resort

Strawberry Park Resort terletak di Tanah Rata dengan dikelilingi hutan tropika yang rimbun dan banjaran gunung. Ia menawarkan suite-suite mewah yang dilengkapi dengan balkoni, dan menyediakan kemudahan parking percuma.

Yang menariknya, Strawberry Park Resort ini menawarkan sebuah kolam renang tertutup (indoor swimming pool) dan gelanggang skuasy.

Resort ini terletak hanya 5 minit pemanduan untuk ke Padang Golf Cameron Highlands dan 10 minit pemanduan untuk ke pasar malam hujung minggu yang meriah. The Butterfly Farm terletak dalam jarak 20 minit pemanduan. Ladang Teh Sungai Palas berada dalam jarak 45 minit pemanduan.

Anda boleh membaca artikel ini untuk mengetahui tempat-tempat menarik di sekitar Cameron Highlands : 10 Tempat Menarik Di Cameron Highlands (Instagrammable) 2022 .

Kolam renang tertutup di Strawberry Park Resort . Sumber : www.booking.com

Hotel ini menawarkan penginapan jenis studio / suites moden yang lengkap dengan segala kemudahan untuk keselesaan anda. Harga bilik penginapan di Strawberry Park Resort ini ialah bermula dari RM 342 semalam.

Bilik studio di Strawberry Park Resort, Hotel Terbaik di Cameron Highlands.
Sumber : Google Image
Permandangan di Strawberry Park Resort.
Sumber : www.booking.com
Bilik penginapan di Strawberry Park Resort.
Sumber : Google Image

7. Hotel De’La  Ferns

Hotel De’ La Ferns yang bertaraf 4 bintang ini terletak di Tanah Rata, hotel ini menawarkan seni bina gaya Tudor Inggeris serta menyediakan restoran dan wifi. Sesetengah bilik menawarkan pemandangan desa dan padang golf.

Dengan bilik yang luas dan selesa, ia hanya mengambil masa 5 minit pemanduan dari Tanah Rata dan Brinchang.

Permandangan Dari Hotel De’ La Ferns, Antara Hotel Terbaik di Cameron Highlands. Sumber : www.hoteldelaferns.com.my

Bilik-bilik di hotel ini dilengkapi dengan TV satelit dan bar mini. Bilik mandi peribadi dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandi dan pengering rambut.

De’ La Ferns mempunyai kaunter penyambut tetamu 24 jam yang menawarkan perkhidmatan seperti faks dan fotostat. Tempat letak kenderaan disini bagi tetamu hotel ini adalah PERCUMA dan harga bilik di hotel inibermula dari RM 213 semalam.

Bilik Deluxe Hotel De’ La Ferns
Bilik Deluxe Double Queens di Hotel De’ La Ferns. Sumber : www.hoteldelaferns.com.my

8. The Cocoon Capsule Hotel

The Cocoon Capsule Hotel ni ialah merupakan hotel bajet terbaik yang bertaraf antara 2-3 bintang yang terletak di Tanah Rata. Hotel yang sangat unik, dimana ia menawarkan bilik jenis asrama yang perlu dikongsi dengan pengunjung lain dan turut ada bilik persendirian.

Memandangkan konsep hotel ini adalah berkonsepkan asrama, katil yang disediakan ini ialah katil bertingkat. Terdapat asrama lelaki, asrama wanita dan asrama bercampur antara lelaki dan wanita. Oleh itu, bagi pengunjung berkumpulan atau berkeluarga, bolehlah ambil asrama bercampur.

Harga hotel ini adalah serendah RM 32 seorang.

Salah sebuah asrama di The Cocoon Capsule Hotel. Sumber : Google Image
Katil Bertingkat The Cocoon Capsule Hotel. Sumber : Google Image
Asrama Wanita di The Cocoon Capsule Hotel. Sumber : www.booking.com

9. Fun Apartment @ Equatorial Hill Resort

Fun Apartment @ Equatorial Hill Resort terletak di Brinchang menyediakan penginapan jenis apartment dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, sebuah dapur, ruang makan dan ruang tamu di dalam 1 unit. Ia boleh memuatkan seramai 6 orang tetamu pada satu-satu masa.

Apartmen ini menawarkan balkoni dan pemandangan gunung serta mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu, TV satelit skrin rata, dapur yang serba lengkap serta 2 bilik mandi dengan bidet dan pancuran mandian serta WiFi percuma.

Harga sewa apartment ini ialah serendah RM 446 untuk semalam.

Ruang tamu di Fun Apartment @ Equatorial Hill Resort. Sumber: Google Image
Fun Apartment @ Equatorial Hill Resort. Sumber : Google Image
Koridor di Fun Apartment @ Equatorial Hill Resort. Sumber : www.booking.com

10. Zetter Suites @ Cameron

Terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands , Zetter Suites @ Cameron menawarkan penginapan jenis ‘services suites atau studio’ yang sangat selesa dan berbaloi dengan WiFi percuma dan parking percuma.

Setiap unit dilengkapi dengan sofa, ruang tempat duduk, TV skrin rata, dapur yang lengkap dengan ruang makan serta bilik mandi peribadi dengan alat pengering rambut. Pilihan sarapan à la carte dan Asia disediakan setiap pagi di apartmen ini.

Harga penginapan di Zetter Suites @ Cameron ini bermula dari RM 149 semalam.

Bilik Studio di Zetter Suites @Cameron.
Sumber : www.zettersuites.com
Bilik Studio di Zetter Suites @Cameron.
Sumber : www.zettersuites.com

Senarai 10 hotel terbaik di Cameron Highlands ini diharapkan dapat membantu anda membuat keputusan memilih hotel yang sesuai untuk percutian anda ke Cameron Highlands nanti. Untuk tempahan, anda boleh menempah penginapan di website www.booking.com.

Sumber Rujukan :

  1. www.booking.com
  2. www.agoda.com
  3. www.tripadvisor.com
  4. www.dorsettpink.com
  5. www.sukamakanjalan.blogspot.com
  6. www.expedia.com.my
  7. www.zettersuites.com
  8. www.cameronhighlandsresort.com

Leave a comment

Your email address will not be published.