Idea Reka Bentuk Rak Buku, Kreatif Tetapi Praktikal!

Sebagai seorang yang sukakan membaca dan seringkali membeli pelbagai jenis bahan bacaan, kehadiran rak buku adalah salah satu kewajiban yang utama. Kalau takde, alamat bersepahlah buku-buku ke Utara Selatan Timur dan Barat! 

Namun, tidak semua rak sesuai dan praktikal untuk dijadikan sebagai ruangan menyimpan pelbagai jenis bahan bacaan menyebabkan ia tidak digunakan sepenuhnya walaupun telah dibeli mahal-mahal. 

Hah, sekiranya anda tercari-cari idea dan inspirasi reka bentuk ruangan penyimpanan buku yang unik, kreatif tetapi tetap praktikal, mari teruskan membaca!

Jenis-Jenis Reka Bentuk Rak Buku 

  1. Gantung/lekat dekat dinding
rak buku

Sekiranya anda mempunyai ruangan yang terhad, reka bentuk rak yang tergantung atau lekat dekat dinding adalah merupakan pilihan yang ideal. 

Selain berfungsi sebagai rak buku, anda juga boleh menyusun barang perhiasan di ruangan tersebut sekiranya anda berhasrat untuk menukarkan tempat buku-buku anda kelak. Apapun, pastikan rak tersebut kukuh ya agar buku anda tidak mudah terjatuh. 

  1. Almari TV
rak buku

Sekiranya anda sukakan sesuatu yang unik, anda boleh cuba tempatkan buku-buku anda di almari tv anda. Mungkin sebelum ini almari tv anda dipenuhi dengan hiasan, apa kata anda gantikan hiasan tersebut dengan buku-buku anda, pasti kelihatan sangat menarik!

Yang penting, anda kena sentiasa pastikan buku-buku tersebut tersusun rapi kerana sudah pasti ia mudah dilihat oleh orang yang berkunjung ke ruang tv anda. 

  1. Bentuk Pokok
rak buku

Untuk mengelakkan rak buku anda kelihatan membosankan, anda boleh cuba reka rak anda dengan bentuk pokok. Di setiap cabang pokok tersebutlah anda menyusun buku-buku. 

Sediakan satu ruangan di kediaman anda tidak kiralah di ruang tamu ataupun ruangan yang tidak digunakan, kemudian, gunakan kreativiti anda untuk membuat rak buku yang berbentuk pokok. Anda boleh gunakan kayu dan kadbod untuk membentuk pokok. 

Sekiranya jumlah buku anda banyak, anda boleh buat reka bentuk pokok yang mempunyai cabang yang banyak. 

  1. Sudut
rak buku

Rak buku tidak semestinya hanya dibuat pada dinding yang lapang, anda juga boleh jadi sudut dinding anda sebagai rak buku. Anda hanya perlu tambahkan kayu dan lekatkan/paku secara melintang di sudut dinding anda. Taklah nampak kosong sudut dinding tu kan. 

Ini sangat sesuai buat anda yang tidak mahu meletakkan buku semata-mata, tetapi lebih kepada untuk menunjukkan kreativiti dekorasi rumah anda.

  1. Hexagon
rak buku

Apa kata cuba gayakan rak buku anda dengan bentuk hexagon pula, nak nampak lain lagi ubah juga cara anda menyusun atur buku-buku anda. Anda boleh mempelbagaikan cara susun buku seperti menegak, melintang dan juga condong untuk setiap tingkat yang berbeza.

Sambil tu, selang-selikan buku dengan barangan perhiasan lain, untuk jadikannya lebih menonjol. Contohnya, anda boleh etakkan perhiasan kecil,  arca atau tanaman hijau dengan saiz yang sesuai. 

  1. Seluas Dinding 
rak buku

Sekiranya anda mempunyai satu ruangan yang luas, anda boleh jadikan salah satu dinding ruangan tersebut sebagai tempat meletakkan rak buku anda. 

Anda boleh reka rak anda mengikut kreativiti dengan berpandukan keluasan dinding tersebut. Ibaratnya, ruang yang mempunyai 4 dinding akan menjadi; 3 dinding dan satu dinding rak buku. Dapat bayangkan tak?

  1. Tangga
rak tangga

Selalunya, ruangan bawah tangga dijadikan sebagai stor untuk menyimpan barang. Anda boleh ambil kesempatan ini untuk mengubah suai ruangan bawah tangga anda sebagai ruangan untuk menyimpan buku-buku anda. 

Anda boleh tambahkan lampu hiasan supaya ruangan ini tidak nampak tenggelam dan 

menyerlahkan lagi kawasan rak tersebut. 

Bukan itu sahaja, ruangan (gap) antara tangga juga boleh dijadikan sebagai rak buku. Jimat tempat dan sangat unik!

Kesimpulan

Gunakan kreativiti dan ruang yang ada di kediaman anda sebaiknya. Anda boleh merujuk laman web dekorasi rumah yang berkaitan untuk mendapatkan inspirasi. 

Selamat mencuba!

Sumber: https://www.propertyguru.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161