Manfaat Ikan Haruan Pada Kesihatan Ibu Mengandung dan Seisi Keluarga

Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus merupakan spesis ikan air tawar karnivor yang cukup terkenal di Malaysia.

Ia turut dikenali sebagai snakehead fish kerana bentuk kepalanya yang seakan ular.

Khasiat ikan ini telah lama dimanfaatkan secara tradisional bagi meningkatkan tenaga, merawat luka dan mengurangkan rasa sakit.

ikan haruan
Kredit Foto : hmetro.com.my

Baca Juga : Durian Belanda : Buah Berpotensi Tinggi Sebagai Penawar Penyakit

Nutrisi Ikan Haruan

Berdasarkan data daripada Komposisi Zat Dalam Makanan Malaysia (1997), setiap 100 g ikan ini mengandungi :

Kalori : 66 kcal

Protein : 14 g

Kalsium : 27 mg

Phosphate : 144 mg

Kalium : 15 mg

Vitamin C : 11 mg

Ia juga mampu membekalkan khasiat lain yang penting untuk badan seperti :

Asid Amino

 Penting bagi pelancaran proses metabolik di dalam badan.

Haruan mengandungi nutrisi amino asid lengkap yang membantu dalam penyembuhan luka terutamanya lysine yang merupakan komponen pembentukan kolagen kulit.

Asid Lemak

Asid lemak jenis asid arakidonik merupakan asid lemak poli tidak tepu tertinggi dijumpai dalam ikan haruan.

Ia berperanan dalam proses anti-nosiseptif bagi mengurangkan rasa sakit.

Asid araknidok juga berperanan dalam pembentukan gumpalan darah bagi mengelakkan pendarahan berlebihan ketika berlakunya kecederaan.

Manfaat Ikan Haruan Pada Kesihatan

1. Baik Untuk Ibu Bersalin

Seperti yang kita tahu, haruan telah lama digunakan sebagai ramuan tradisioanal untuk rawatan ibu berpantang.

 Ia dikatakan mampu memberikan kesembuhan kepada luka dalaman serta luaran ibu selepas bersalin.

Sebuah kajian mendapati kandungan dalam ikan haruan seperti protein albumin, asid amino dan asid lemak tak tepu didapati sangat baik dalam mempercepat proses penyembuhan luka selepas bersalin.

ikan haruan
Kredit Foto : siraplimau.com

2. Mempercepat Penyembuhan Luka

Kajian mendapati pengambilan ekstrak ikan haruan sangat berkesan dalam mempercepat proses penyembuhan luka.

Ia adalah disebabkan oleh kandungan amino asid dan asid lemak yang tinggi dalam haruan.

Kedua-dua komponen ini menggalakkan pembentukan kolagen dan penggantian sel baru daripada sel lama serta mengecutkan luka.

3. Berpotensi Untuk Mencegah Kemurungan

Hormon serotonin berperanan sebagai hormon bahagia yang meningkatkan emosi dan keyakinan diri.

Kajian menunjukkan ekstrak kulit ikan ini dapat mempengaruhi sistem serotonin iaitu sistem neurotransmitter terbanyak dalam otak.

Kesimbangan sistem ini juga sangat penting bagi menjamin fungsi badan yang baik.

 Ini menunjukkan potensi ikan haruan sebagai penawar bagi mengatasi masalah kemurungan.

4. Mengurangkan Rasa Sakit

Ikan haruan memiliki ciri-ciri antinosiseptif yang membantu mengurangkan rasa sakit.

Kajian pada tikus makmal mendapati penggunaan ekstrak haruan mempunyai kesan tahan sakit yang sama seperti penggunaan ubat tahan sakit morfin tanpa memberikan kesan sampingan.

5. Mencegah Keradangan Otot Dan Sendi

Ikan haruan juga memiliki ciri-ciri antiradang bagi mengurangkan rasa sakit otot dan sendi.

 Sebuah kajian ke atas tikus makmal mendapati penggunaan ekstrak haruan mampu mengurangkan bengkak dan keradangan pada tisu sinovial (lapisan sendi) tikus yang mempunyai radang sendi atau osteoarthritis.

6. Sumber Antikoksida Yang Baik

Dalam kalangan ikan air tawar, haruan mempunyai nilai antioksida yang sederhana.

 Namun, kandungan antioksidanya yang bersifat liphophitic ini memiliki keistimewaannya sendiri iaitu ia berupaya menghalang pengoksidaan asid lemak di lapisan luar sel dan mencegah proses penuaan.

7. Membantu Merawat Masalah Kulit

 Ekstrak haruan juga sering digunakan untuk rawatan kulit seperti kurap, kayap, bengkak dan luka.

Dalam satu kajian, kandungan asid araknidok dalam haruan didapati sangat bermanfaat bagi menggalakkan proses penyembuhan sebarang penyakit kulit.

Kajian lain juga membuktikan sifat antikulatnya mampu mengatasi masalah kulit seperti ekzema.

Kredit Foto : siraplimau.com

8. Menggalakkan Pembentukan Sel Darah Putih

Protein albumin yang ditemui dalam haruan didapati dapat menggalakkan pembentukan sel darah putih.

 Sel darah putih memainkan peranan penting dalam sistem imun tubuh sebagai benteng kepada jangkitan dan benda asing yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh.

9. Membantu Stabilkan Cecair Dalam Tubuh

Sel dalam tubuh badan memerlukan air yang mencukupi bagi menjalankan proses metabolisma dengan lancar.

Kandungan albumin dalam ikan ini dilihat mampu menyeimbangkan kandungan air dalam sel darah sekiranya sel tersebut kekurangan air.  

Jika kandungan air didapati berlebihan, ia akan bertindak dengan mengeluarkan air berlebihan daripada sel sehingga kandungan air dalam badan stabil.

Dengan pelbagai khasiat yang ditawarkan oleh ikan haruan, ia dilihat dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada kesihatan tubuh lebih-lebih lagi untuk penyembuhan luka.

Anda juga boleh pelbagaikan pengambilan sumber protein lain seperti ikan, ayam dan telur.

 Jika anda mengalami sebarang penyakit, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada penggunaan ekstrak ikan haruan semata-mata.

Teruskan ambil ubat yang disyorkan doktor dan rujuklah kepada doktor dahulu sebelum mula mengamalkan ekstrak ikan haruan.

Sumber :

10 Khasiat Ikan Haruan Pada Kesihatan Badan

Thediagnosa.com

Selami Manfaat Ikan Haruan Yang Kaya Dengan Albumin

https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85