Inilah Tips Beli Laptop Murah Tetapi Berkualiti Tinggi!

Pada zaman era digitalisasi ini, laptop adalah merupakan satu keperluan lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan seorang pelajar ataupun bekerja.

Kini, terdapat pelbagai jenama dan model laptop yang dijual dengan harga murah bagi memenuhi permintaan ramai bermula dari harga RM500 hingga RM1000 ke atas. Biasanya, laptop tersebut merupakan laptop terpakai atau refurbished. 

Walaubagaimanapun, anda perlu berhati-hati dengan penjualan laptop murah yang ditawarkan di pasaran. Hal ini kerana, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menjual laptop yang tidak berkualiti. 

Jadi, untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips penting untuk memilih laptop murah tetapi mempunyai kualiti setanding laptop yang berharga mahal. 

Teruskan membaca!

laptop murah

 Tips Beli Laptop Murah Tetapi Berkualiti Tinggi

  • Ketahui Bajet dan Keperluan 

Anda perlu menetapkan bajet dan mengutamakan keperluan anda untuk memiliki laptop. Contohnya, sebagai seorang pelajar keperluan anda untuk memiliki laptop adalah untuk menyiapkan tugasan dll. Maka anda perlu cari laptop yang bersesuaian dengan keperluan anda. 

Sekiranya untuk kerja-kerja asas menaip atau melayari internet, laptop murah dengan kualiti yang baik lebih mudah dicari.

Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan komputer riba untuk sesuatu yang lebih spesifik, seperti pereka grafik atau jurutera yang menggunakan software premium seperti AutoCad, Adobe, MatLab, anda boleh cuba dapatkan laptop gaming atau laptop yang lebih berprestasi tinggi pada processor Intel Core i5 dan memory RAM 8 GB.

Soal bajet pula, jika anda mempunyai bajet yang terhad dan hanya memerlukan prestasi laptop yang sederhana, anda boleh cuba dapatkan Chromebook, dengan paparan skrin 13.3 inch, webcam dan storan 32GB. Ia lebih ringan dan mudah digunakan terutamanya untuk para pelajar yang memerlukan penggunaan software Google Classroom, Microsoft Team dan Microsoft Office.

Sekiranya  anda mempunyai bajet sederhana (RM1000), anda boleh dapatkan laptop refurbished. Kualitinya pun boleh tahan padu juga bergantung dengan model laptop. 

Apa yang penting, anda memang kena tetapkan bajet & keperluan dulu sebelum mula mencari laptop yang dinginkan. 

  • Pertimbangkan Spesifikasi Laptop

Mencari laptop mengikut bajet dan keperluan tidak semudah yang difikirkan kerana spesifikasinya tidak semestinya menepati keinginan anda. Oleh itu, anda perlu tahu spesifikasi laptop yang boleh dipertimbangkan dan berbaloi untuk dibeli. 

Berikut ialah perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan spesifikasi laptop:

  1. Paparan screen 14 atau 15 inch
  2. Processor Intel Core i3 lebih murah berbanding Intel Core i5, mengikut generasi
  3. Memory RAM DDR4 yang terbaru dan DDR3 masih lagi berbaloi
  4. Storan sama ada menggunakan Hard Disk (HDD) atau Solid-State Drive (SSD).
  5. Adakah terbina graphic card seperti AMD Radeon, sesuai untuk kerja designer
  6. Aksesori komputer lain seperti bag, mouse, pencuci
  7. Dan laian-lain (sila buat carian sendiri)

Tidak kira laptop baru atau terpakai (Refurbished), sentiasa pilih mengikut bajet dan keperluan penggunaan. Laptop kebiasaannya boleh dinaik-taraf (Upgrade) dari segi Memory RAM dan Hard Disk (HDD) atau Solid-State Drive (SSD).

  • Cari Laptop Yang Mempunyai Alat Ganti Mudah Diganti/Temui

Anda juga amat disyorkan untuk mencari laptop yang mempunyai jenama dikenali seperti ACER, HP, Lenovo dan lain-lain. 

Banyak jenama yang kurang dikenali menggunakan bahagian yang lebih murah dalam pembuatan mereka. Ini menyebabkan laptop anda mempunyai jangka hayat yang lebih pendek. Bukan itu sahaja, sekiranya berlaku kerosakan, alat gantinya juga sukar ditemui. 

Sebaliknya, jika anda membeli komputer dari jenama yang bereputasi, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pelanggan dengan mudah dan senang.

Kesimpulan

Umumnya, anda perlu bijak membuat pilihan untuk mendapatkan laptop yang memenuhi bajet dan keperluan anda. Pastikan anda membuat perbandingan terlebih dahulu dan minta pandangan daripada sesiapa yang mahir. 

Jangan mudah terpengaruh dengan iklan laptop murah di media sosial. Berhati-hati ketika membeli dan elakkan membeli laptop secara online kerana banyak kes penipuan telah dilaporkan. 

Kredit: azcom.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161