Sakit pinggang merupakan salah satu keadaan yang sering dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur. Namun sebenarnya, sakit pinggang bukanlah sebuah penyakit yang kronik melainkan kesakitan ini berpunca daripada penyakit lain yang ada di dalam tubuh badan kita.

Bahagian pinggang pada dasarnya terletak di bahagian tulang belakang, yang terletak di antara tulang belakang), ligamen, saraf, otot, pembuluh darah, dan kulit. Sakit pinggang akan terjadi jika salah satu daripada organ tersebut terganggu.

Punca Sakit Pinggang

Terdapat pelbagai punca berlakunya sakit pinggang. Walaupun demikian, keadaan yang sering terjadi ketika sakit pinggang adalah strain, atau sering disebut sebagai keseleo. Strain  biasanya terjadi pada bahagian otot atau ligamen.

Kebiasaannya hal ini berpunca daripada mengangkat barang yang terlalu berat, mengangkat barang dalam posisi yang tidak ergonomis, atau kerana perubahan pergerakan yang terlalu mendadak.

Penyebab sakit pinggang lain adalah:

  • Mempunyai saraf yang tersepit
  • Gangguan pada sendi, misalnya penyakit osteoartritis
  • Gangguan kelengkungan tulang, misalnya kifosis atau skoliosis
  • Osteoporosis
  • Mempunyai tumor di tulang belakang

Gejala Sakit Pinggang

Sakit pinggang akan hanya terjadi selama beberapa hari dan tidak disertai dengan gejala lainnya, Kebiasaannya untuk sakit pinggang yang normal,ianya akan pulih dengan sendirinya. Sementara itu, pesakit harus segera berjumpa doktor apabila sakit pinggang yang anda rasai disertai dengan gejala berikut ini:

  • Berat badan turun secara mendadak
  • Demam
  • Sakit pinggang yang berterusan
  • Rasa pedih menjalar pada anggota badan dan kaki
  • Tidak dapat mengawal buang air atau malah kesulitan buang air kecil
  • Tidak boleh menahan buang air besar
  • Rasa kebas pada bahagian punggung atau kemaluan

Diagnosis Sakit Pinggang

Sebagian besar kes sakit pinggang yang terjadi adalah akibat gangguan di otot. Hal ini hanya perlu dilakukan pemeriksaan doktor untuk memastikan penyakit yang dihidapi. Sementara itu, jika berasa sakit di bahagian tulang atau saraf, lakukan pemeriksaan lebih lanjut sangatlah disarankan.

Pemeriksaan lanjutan yang dapat dilakukan adalah:

  • Pemeriksaan foto rontgen, dilakukan bila sakit pinggang terjadi kerana gangguan pada tulang. Misalnya osteoporosis dan patah tulang.
  • Pemeriksaan CT-scan atau MRI disarankan untuk kes sakit pinggang akibat gangguan pada saraf, ligamen, atau pembuluh darah.

Rawatan Sakit Pinggang

Sebagian besar kes sakit pinggang akan hilang dengan sendirinya dalam beberapa hari dengan perawatan yang baik di rumah. Hal yang perlu dilakukan adalah:

  • Mengambil ubat pain killer, misalnya parasetamol atau ibuprofen
  • Meletakkan pinggang dengan air panas untuk mengurangi rasa sakit
  • Tidur menggunakan alas yang rata

Dengan melakukan hal tersebut namun sakit pinggang masih belum surut, doktor akan memberikan ubat yang lebih spesifik bergantung penyebab sakit pinggang.

Fisioterapi juga boleh dilakukan untuk mengurangi rasa sakit dan memperbaiki postur tubuh. Suntikan steroid pada saraf di pinggang juga boleh diberikan untuk menghilangkan rasa sakit sekiranya perlu.

Pencegahan Sakit Pinggang

Untuk menurunkan risiko sakit pinggang, beberapa hal yang anda boleh lakukan adalah:

  • Bersenam dengan teratur agar otot dan sendi lentur
  • Menghindari asap rokok
  • Menjaga berat badan ideal agar tidak mengalami kegemukan dan obesiti
  • Menggunakan kerusi duduk yang ergonomik, khususnya apabila banyak bekerja dalam posisi duduk
  • Menggunakan alas tidur yang rata

Jika anda kerap sakit pinggang walaupun sudah melakukan pelbagai inisiatif, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar. Jangan ambil mudah dengan keadaan ini dan segerelah melakukan seuatu dan mendapatkan nasihat daripada soktor pakar,

Semoga bermanfaat!

Leave a comment

Your email address will not be published.