Jangan Panik Bila Bayi Tersedak, Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Waktu yang sesuai untuk bayi diberikan makanan adalah sekitar umur enam bulan. Pada ketika itu, si kecil akan diperkenalkan dengan makanan baru dengan pelbagai tekstur dan bentuk. 

Sayangnya, peralihan dari fasa menyusu kepada makan akan dikhutari menjadi punca bayi akan tersedak.

Bukan hanya berpunca daripada makanan sahaja, punca bayi tersedak juga boleh terjadi ketika si kecil memasukan benda-benda ke dalam mulutnya. Hal ini kerana lorong penafasan bayi masih berukuran kecil, dan kemampuannya mengunyah juga belum sempurna.

Punca Bayi Tersedak 

Punca bayi tersedak yang paling utama adalah kerana anatomi lorong penafasan bayi yang berukuran kecil. Selain itu, antara punca lain bayi tersedak juga adalah kerana belum mampu mengunyah sesuatu makanan dengan sempurna.

Selain itu, ada beberapa perkara lain yang menjadi penyebab bayi tersedak. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Gangguan perkembangan bayi
  • Gangguan pada otak 
  • Cedera otak 
  • Kelainan saraf

Ciri-Ciri Bayi Tersedak 

Antara ciri-cari yang para ibu perlu tahu ketika bayi sedang tersedak adalah:

  • Sesak nafas atau sukar bernafas 
  • Terdengar suara nafas tambahan berbunyi‘ngik-ngik’ 
  • Tidak boleh menangis atau mengeluarkan suara
  • Bibir dan kulit kelihatan pucat atau biru 
  • Panik
  • Memegang leher
  • Pengsan atau tidak sedarkan diri

Cara Mengatasi Bayi Tersedak 

Jika bayi tersedak dan batuk-batuk tetapi masih mampu bernafas dengan lancar ibu bapa tidak perlu berasa panik secara berlebihan.

Bila anda dapat melihat objek yang tersangkut di kerongkong bayi, cuba untuk keleuarkan benda tersebut dengan hati-hati.

Jangan menyodok dengan jari, kerana objek tersebut akan masuk lebih dalam di dalam kerongkong bayi.

Namun, apabila benda yang tersangkut tidak kelihatan, ada beberapa perkara yangboleh dilakukan untuk mengatasi bayi tersedak:

  • Arahkan Posisi Bayi

Posisikan bayi secara meniarap atau menghadap ke bawah dengan lengan,dan  dipangku oleh paha ibu atau bapa. posisikan tubuh bayi lebih tinggi dari kepalanya.

  • Berikan Tepukan Kuat

Dengan telapak tangan, tepuk punggung bayi di antara bahu sebanyak 5 kali. Pastikan tepukan tersebut tidak akan membuatnya semakin tersedak. Lakukan dengan berhati-hati.

  • Terbalikkan Bayi

Terbalikkan tubuh bayi menghadap ke atas dan tetap memegang kepala ataupun lehernya. Jika objek masih belum keluar, ulang perkara yang sama beberapa kali.

  • Tekan Dada

Tekan dada bayi dengan kuat. Letakkan 2 atau 3 jari di tengah tulang dada bayi dan tekan dengan cepat sebanyak 5 kali.

Jika keadaan bayi masih juga sama, anda disarankan untuk segera membawa bayi ke hospital yang terdekat. 

Pertolongan terbaik untuk bayi yang tersedak adalah dengan meminta bantuan daripada orang yang lebih berpengalaman.

Tips Mencegah Bayi Tersedak

Untuk mencegah bayi tersedak, ada beberpa perkara yang perlu dititipberatkan oleh para ibu. Berikut merupakan tips yang boleh anda praktikkan: 

1. Hindari Memberikan Makanan yang Berisiko Tinggi

Jangan berikan bayi potongan-potongan kecil makanan, seperti daging cincang, potongan keju, atau anggur. Kecuali, jika anda menghancurkannya dengan pengisar.

Hindari juga daripada memberikan bayi makanan yang pejal dan keras, contohnya seperti kacang, jajan , atau jagung.

2. Awasi Bayi Makan

Ketika bayi mula membesar, jangan biarkan dia bermain, berjalan-jalan, atau berlari ketika makan. Pastikan bayi duduk semasa makan.

Ajar anak anda untuk mengunyah dan menelan makanannya sebelum bercakap.

3. Waktu yang Tepat

Memberi bayi makanan pejal sebelum memiliki kemampuan untuk menelan dengan baik dapat meningkatkan risiko tersedak. 

Oleh itu, sebaiknya para ibu perlu menunggu sehingga bayi berusia 6 bulan untuk diberi makanan dengan tekstur agak pejal.

4. Perhatikan Permainannya

Untuk membuat bayi tertarik untuk makan, para ibu mungkin akan memberi anak mereka mainan atau benda untuk menarik minat anak untuk makan. 

Hati-hati dan jangan biarkan bayi bermain dengan benda kecil, seperti bola, atau mainan kecil seperti lego.

5. Jangan Memaksa Bayi Makan Cepat

Biarkan bayi memiliki waktu yang cukup untuk menikmati, mengunyah, dan menelan makanannya.

Bayi di bawah usia 1 tahun tahun semangnya tersedak. Jika hal ini terjadi, hal yang paling penting adalah jangan panik. Anda boleh meminta bantuan orang lain yang lebih berpengalaman untuk mengatasi bayi tersedak. 

Selain itu, anda sebagai ibubapa harus memerhatikan dengan teliti bentuk makanan dan mainan yang berada di sekitar si kecil.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: