Nasi putih sudah menjadi makanan ruji di negara kita serta segenap masyarakat Asia. Sejak kecil, kita sudah biasa diajar untuk habiskan sepinggan nasi untuk kekal bertenaga.

Memang tidak hairan untuk lihat nasi dimakan sebagai sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Tidak hanya itu, nasi juga dikira sebagai menu yang wajib dihidangkan dalam majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, sambutan perayaan dan sebagainya.

Kredit Foto : recipetineats.com

Disebabkan itu, memang tidak dinafikan agak sukar untuk masyarakat Malaysia elakkan pengambilan nasi saban hari.

 Namun, demi menjaga kesihatan, kita perlulah bijak dalam memilih makanan bagi mendapatkan manfaat nasi putih sepenuhnya tanpa perlu risaukan kalori dan peningkatan berat badan.

Baca Juga : Piramid Makanan KKM: Panduan Pengambilan Makanan Harian Anda

Dah Semak Piramid Makanan Terbaru ? Nasi Putih Tidak Berada Di Bawah Lagi !

Jangan tak tahu, sebenarnya kedudukan nasi dan karbohidrat lain tidak lagi berada di posisi terbawah dalam piramid makanan !

Berdasarkan Piramid Makanan 2020 yang telah dikemaskini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kedudukan tersebut telah diganti dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kredit Foto : moh.gov.my

Oleh itu, kita perlulah kurangkan pengambilan nasi (3-5 hidangan) dan lebihkan nutrisi dalam hidangan melalui pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan (sekurang-kurangnya 3 hidangan sayuran dan 2 sajian buah-buahan).

Di samping itu, Piramid Makanan 2020 juga menyarankan pengambilan karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti roti bijirin penuh, oat dan jagung.

Contoh satu sajian karbohidrat yang boleh diambil adalah :

  • Segenggam nasi putih
  • 1 cawan mi kuning
  • 2 biji ubi kentang sederhana
  • 2 keping roti

Jumlah sajian yang disyorkan sebenarnya sudah mencukupi untuk membekalkan tenaga berpanjangan sepanjang hari.

 Namun, ramai yang sering cenderung untuk lebih pengambilan nasi bersama pelbagai lauk pauk tanpa mengira kalori yang diambil.

Kalori Nasi Putih

Jika kita bijak dalam mengawal pengambilan nasi putih, ia tidaklah menggemukkan dan perlu dielakkan sepenuhnya.

Apa yang menjadikan nasi putih semakin tinggi kalorinya apabila ia diolah menjadi hidangan lain seperti nasi goreng, nasi minyak dan sebagainya.

Mari kita lihat kalori hidangan nasi yang biasa dimakan.

  • Nasi putih sesenduk (75 g ) = 100 kalori
  • Nasi lemak (100 g) = 169 kalori
  • Nasi goreng (100 g) = 193 kalori
  • Nasi minyak (150 g) = 265 kalori

Bagi mengelakkan pengambilan kalori berlebihan, elakkan daripada mengambil nasi berperisa.

Kredit Foto : www.thespruceeats.com

Panduan Pengambilan Nasi Putih

Bagi mengekalkan kesihatan dan mengelakkan berat badan berlebihan, anda boleh mulakan kawalan pengambilan nasi putih bermula hari ini.

 Berdasarkan cadangan dari Doctoroncall, anda boleh ambil dua senduk nasi pada waktu tengah hari dan malam. Secara purata, pengambilan nasi putih anda hanyalah 400 kalori sehari.

 Ini sudah merangkumi kira-kira ¼ daripada jumlah kalori yang sepatutnya diambil oleh lelaki dewasa.

Dengan kawalan pengambilan nasi putih, anda masih boleh nikmatinya tanpa perlu risaukan kenaikan berat badan.

Jika anda sudah makan nasi lemak pada waktu pagi, anda boleh tukarkan pengambilan karbohidrat dengan kalori yang lebih rendah pada waktu tengah hari dan malam.

Khasiat Nasi Putih

Selain menjadi sumber tenaga harian, nasi putih juga mengandungi banyak khasiat pada kesihatan.

Antara manfaat kesihatan yang ditawarkan nasi putih ialah :

Kaya Dengan Vitamin dan Mineral

Nasi putih kaya dengan kebaikan vitamin dan mineral seperti

  • Vitamin B
  • Vitamin E
  • Magnesium
  • Zat besi
  • Folate

Baik Untuk Kesihatan Tulang dan Otot

Kandungan magnesium dalam nasi putih juga menjadikan ia baik untuk diamalkan bagi meningkatkan kesihatan tulang dan otot.

Selamat Untuk Diamalkan Bagi Pesakit Celiace Disease

Pengambilan nasi putih tidak akan memberi kesan kepada pesakit celiac kerana sifatnya yang bebas gluten.

Nasi putih cukup tinggi khasiatnya dan mampu membekalkan tenaga. Namun, pengambilan nasi putih secara berlebihan boleh menyebabkan kegemukan lebih-lebih lagi nasi putih diolah menjadi hidangan lain seperti nasi goreng dan nasi lemak.

Kredit Foto : mingguanwanita.my

Jadi, hadkan nasi dengan sukatan yang dicadangkan dalam piramid makanan iaitu 3 ke 5 hidangan sehari.

Lebihkan juga pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk lengkapkan nutrisi harian.

Sumber  :

Makan Nasi Putih Dengan Bijak Untuk Badan Yang Lebih Cergas Dan Sihat.

https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/nutrisi

Piramid Makanan Malaysia 2020 – Mendidik Rakyat Mengambil Makanan Dengan Betul

https://www2.moh.gov.my/index.php/pages/view/2725

Rice Nutrition Facts and Health Benefits

https://www.verywellfit.com/rice-nutrition-facts-calories-and-health-benefits-4119792

Leave a comment

Your email address will not be published.