Banyaknya kelemumur atas kepala sampai rasa gatal sangat-sangat !

Kelemumur yang jatuh atas bahu juga buatkan kita tak selesa dan kurang rasa keyakinan untuk berhadapan dengan orang.

Dari mana datangnya kulit berkuping bak salju ini dan bagaimanakah caranya untuk hilangkannya dekat kepala ?

Kredit Foto : emedicinehealth.com

Baca Juga : 12 Punca Rambut Gugur Bagi Lelaki & Wanita Yang Anda Perlu Tahu

Ia sebenarnya adalah masalah yang biasa berlaku dan terjadi kepada hampir setengah daripada keseluruhan populasi orang dewasa secara global.

Masalah ini juga sering dikaitkan dengan seborrheic dermatitis iaitu masalah kulit yang menyebabkan kulit kepala gatal dan berkuping.

Simptom Kelemumur

Kulit kepala berkuping dan gatal merupakan antara simptom biasa bagi masalah kelemumur. Terdapat juga beberapa simptom lain yang boleh dialami seperti :

  • Erythema iaitu tompokan merah pada kulit kepala dan kadangkala timbul pada muka
  • Kelemumur pada bulu kening
  • Rambut gugur
  • Kulit kering dan berkuping pada muka
Kredit Foto : tiege.com

Punca Kelemumur

Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca masalah ini seperti :

  • Pembiakan kulat pada permukaan kulit
  • Tidak cuci rambut secukupnya sehingga menyebabkan sel kulit berkumpul pada kulit kepala dan menyebabkan gatal
  • Terlalu kerap mencuci rambut sehingga membuatkan kulit kepala terlalu kering
  • Menyikat rambut terlalu kuat sehingga melukakan kulit kepala sensitif
  • Pembiakan kulat Malassezia yang menyebabkan pertumbuhan sel kulit berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan kulit kepala
  • Produk penjagaan rambut yang tidak sesuai
  • Pendedahan rambut kepada cahaya matahari dan habuk secara berlebihan
  • Individu yang memiliki rambut yang lebih berminyak
  •  Pesakit Parkinson atau HIV juga lebih berisiko untuk mengalami kelemumur

Cara Mengatasi Kelemumur

Bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan, anda boleh cuba beberapa cara berikut  :

1. Gunakan Syampu Anti-Kelemumur

Syampu anti-kelemumur mengandungi beberapa bahan tertentu bagi mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berkuping seperti :

  • Zinc pyrithione : Mengurangkan kulat dan kelemumur
  • Salicylic Acid : Menghapuskan kelemumur
  • Tar : Melambatkan pertumbuhan sel
  • Selenium suplhide : Mengurangkan pertumbuhan sel dan kulat
  • Ketoconazole : Menghapuskan pelbagai jenis kulat di kepala

Tips Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala

1. Cuci Rambut Dengan Betul

Lebihan syampu yang tertinggal semasa mandi boleh menjadi punca kelemumur.

Oleh itu anda perlulah cuci rambut dengan kaedah yang betul.

Gunakan syampu yang sesuai dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.

Jika anda gunakan perapi, pastikan ia disapu pada rambut sahaja dan elakkannya daripada terkena kulit kepala.

Ini juga boleh menjadi punca kepada masalah kelemumur.

Kredit Foto : orissapost.comhttps://www.orissapost.com/

2. Elakkan Menggaru Kepala

 Jangan gunakan kuku untuk mencuci kulit kepala kerana ia boleh menyebabkan kulit kepala luka dan pedih. Gunakanlah hujung jari untuk urut seluruh kepala.

Jangan garu atau cakar kepala apabila gatal kerana ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk.

3. Kurangkan Penggunaan Produk Kecantikan Rambut

Penggunaan produk pendandan rambut yang terlalu banyak boleh menyebabkan kulit kepala rosak dan berminyak.

Ini juga boleh mengundang kepada masalah kulit kepala gatal dan berkuping.

4. Elakkan Stres

Stres boleh memburukkan lagi masalah kelemumur bagi sesetengah orang.

Cuba tenangkan diri dengan berjalan ambil angin di luar.

Kajian juga mendapati udara yang segar di luar juga didapati baik dalam mengurangkan pengumpulan minyak pada kulit kepala.

Petua Atasi Kelemumur Dengan Bahan Alami

Menurut DoctorOnCall, masalah ini juga boleh diatasi dengan menggunakan bahan semulajadi. Antara bahan yang boleh digunakan ialah :

1. Minyak tea tree

Minyak tea tree bersifat antibakteria dan antiradang.

Sebuah kajian juga mendapati minyak tea tree berupaya untuk memusnahkan pembiakan kulat pada kulit kepala.

Namun, minyak ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah orang.

2. Minyak Kelapa

Minyak kelapa sudah digunakan secara turun temurun bagi menyihatkan rambut.

Ia juga membantu dalam melembapkan serta menyingkirkan pertumbuhan kulat pada kulit kepala.

Kredit Foto : bonanzamegahoil.com

3. Gel Lidah Buaya

Gel lidah buaya atau aloe vera dikatakan dapat menyihatkan kulit kepala, melebatkan rambut serta menyihatkan kulit kepala.

4. Minyak Serai

Kajian pada tahun 2015 mendapati serum rambut dengan kandungan 10% minyak serai berkesan dalam mengurangkan masalah kelemumur sehingga 81 % selepas penggunaan selama 2 minggu.

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Dalam kebanyakan masa, masalah ini dapat diatasi melalui penjagaan rambut yang rapi, penggunaan syampu anti-kelemumur serta gaya hidup yang sihat.

Sekiranya masalah ini berterusan walaupun anda sudah cuba pelbagai cara dan rawatan dari rumah, kemungkinan besar masalah kelemumur anda berpunca daripada penyakit lain seperti psoriasis, ekzema atau pembiakan kulat.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor apabila mengalami gelaja seperti :

  • Kulit kepala bengkak serta kemerahan
  • Kegatalan kulit kepala yang kronik dan berterusan
  • Kulit kepala kelihatan bertompok atau ruam

Sekiranya masalah ini tidak dirawat dengan betul, ia boleh menjejaskan keyakinan serta mengganggu hidup akibat kegatalan yang tidak reda. Dapatkan nasihat daripada doktor bagi mengatasi masalah kelemumur secara lebih berkesan.

Sumber :

Ketahui Punca Masalah Kelemumur & Rawatan Yang Berkesan

https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/penjagaan-diri

What Causes Dandruff and How to Remove It

https://www.healthline.com/health/dandruff-itchy-scalp

Leave a comment

Your email address will not be published.