Keputihan yang keluar dari vagina merupakan perkara normal dan ia menandakan kesihatan vagina pada tahap optimum.

Bergantung kepada kitaran haid dan perubahan hormon, keputihan yang keluar juga boleh berubah-ubah sifat dan warnanya.

Namun, pada sesetengah kes, keputihan juga boleh menjadi petanda bagi masalah dalaman wanita. Lebih-lebih lagi jika keputihan yang keluar adalah berketul-ketul.

Kredit Foto : .theasianparent.com

Baca Juga : Darah Haid Sedikit ? Ini Masalah Kesihatan Yang Mungkin Anda Alami

Keputihan Adalah Perkara Normal

Keputihan lebih kental boleh keluar ketika tempoh haid dan ia adalah perkara normal.

Keputihan kental yang dikenali sebagai leukorrhea biasanya keluar pada hujung tempoh haid sehinggalah ke waktu ovulasi.

Semasa tempoh ovulasi, keputihan yang mirip mukus pula yang akan keluar.

Mukus yang keluar dari vagina juga boleh menandakan tempoh subur dan boleh menjadi isyarat waktu yang sesuai untuk pasangan berkahwin lakukan aktiviti seks sebagai ikhtiar untuk hamil.

Selepas tempoh ovulasi, keputihan boleh keluar dengan lebih banyak sehingga memerlukan wanita untuk gunakan pantyliner.

Kredit Foto : sharecare.com

Asalkan keputihan yang keluar tiada bau yang kurang menyenangkan, ia dikira normal dan tidak perlu dirisaukan.

 Fungsi keputihan sebenarnya adalah untuk memastikan tisu vagina lembap dan sihat, mengekalkan kestabilan pH serta bertindak sebagai pelincir semulajadi bagi menyingkirkan kotoran serta bakteria dari vagina.

Punca Keputihan Berketul

Sekiranya anda mengalami keputihan berwarna putih yang berketul, anda mungkin sedang alami jangkitan kulat pada vagina.

Jangkitan kulat boleh berlaku apabila kestabilan pH pada vagina terganggu. Ini memberi ruang kepada bakteria dan kulat untuk membiak.

Kulat yang biasa membiak pada vagina dikenalpasti sebagai Candida albicans dan boleh membiak dengan cepat sehingga menyebabkan jangkitan kulat.

Seseorang dengan jangkitan kulat pada vagina juga boleh alami simptom seperti :

  1. Keputihan keluar seperti keju putih
  2. Keputihan berubah warna kekuningan atau kehijauan
  3. Bau yang tidak menyenangkan keluar dari vagina
  4. Kegatalan pada vagina
  5. Bengkak atau kemerahan di sekitar vagina
  6. Rasa pedih atau sakit ketika buang air kecil
  7. Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks

Secara purata, 1 dalam 4 wanita boleh alami jangkitan kulat pada vagina ketika mengandung.

Sekiranya anda merasakan pelbagai simptom bagi jangkitan kulat pada vagina, anda boleh dapatkan ubat di farmasi berdekatan.

Bagi kes yang lebih serius, anda perlulah merujuk kepada pakar perubatan.

Pada tempoh jangkitan, anda juga dinasihatkan untuk elakkan hubungan intim.

Bagi isteri yang mengalami masalah ini, suami tidak perlulah dapatkan rawatan kerana ia tidak dikategorikan sebagai penyakit yang tersebar melalui hubungan seks (sexually transmitted disease).

Namun, bagi wanita yang mengalami jangkitan kulat berulang, pasangan anda dinasihatkan untuk lakukan pemeriksaan.

Lebih-lebih lagi bagi wanita yang mengalami jangkitan kulat berulang lebih dari dua kali setahun, mereka perlulah lakukan pemeriksaan lanjut kerana mereka mungkin mempunyai penyakit yang lebih serius.

Warna Keputihan Lain

Kepekatan, bau dan warna keputihan yang keluar dari vagina boleh menjadi petanda masalah kesihatan atau jangkitan yang dialami.

Kemerahan atau Coklat

Keputihan berwarna kemerahan atau coklat biasa kita lihat pada penghujung tempoh haid. Ia berlaku apabila vagina sedang membersihkan rahim daripada sisa-sisa darah pada satu kitaran haid tersebut.

Namun, jika anda dapati keputihan sering berlaku di luar waktu haid, anda mungkin berisiko untuk alami kanser serviks atau kanser rahim.

Dapatkan pemeriksaan daripada doktor untuk kenalpasti masalah kesihatan yang dialami.

Kekuningan atau Hijau

Keputihan berwarna kuning atau kehijauan pula boleh berlaku apabila seseorang mengalami jangkitan bakteria atau jangkitan akibat aktiviti seksual (sexually transmitted infection).

Kelabu

keputihan yang berwarna kelabu boleh menandakan masalah jangkitan bakteria pada vagina yang dinamakan bacterial vaginosis.

Masalah jangkitan kulat atau bakteria pada vagina tidak boleh diabaikan dan perlu dirawat segera.

Kredit Foto : medicalnewstoday.com

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Jika anda mengalami masalah keputihan berketul serta simptom di bawah, anda perlulah berjumpa dengan doktor segera. Antara simptom yang perlu diberikan perhatian ialah :

  • Sakit
  • Kegatalan
  • Rasa tidak selesa
  • Haid tidak teratur
  • Ruam atau sakit di sekitar vagina
  • Pedih ketika buang air kecil atau lakukan seks
  • Keluar bau yang kuat dan tidak menyenangkan dari vagina

Tips Penjagaan Vagina

Keputihan adalah sebahagian daripada aktiviti kitaran haid dan tidak boleh dielakkan.

Namun, para wanita perlulah menitikberatkan kesihatan dan kebersihan vagina bagi menghindari jangkitan yang tidak diingini.

Antara tips yang boleh diamalkan ialah :

  1. Tukar seluar dalam sekurang-kurangnya dua kali sehari
  2. Elakkan meruang
  3. Elakkan penggunaan sabun dan pencuci wanita
  4. Basuh vagina dengan sabun lembut dan bebas pewangi
  5. Elakkan penggunaan seluar dalam atau seluar terlalu ketat
  6. Biasakan mengelap alat sulit dengan pergerakan dari hadapan ke belakang
Kredit Foto : insider.com

Vagina sebenarnya tidak perlu dibersihkan dengan pembersih khas kerana organ khas wanita ini bersifat self-cleaning bagi mengelakkan jangkitan secara semulajadi.

Jangan pula abaikan kegatalan, bau kurang enak serta dan keputihan berketul yang keluar dari vagina.

Ia boleh menandakan jangkitan kulat atau bakteria yang perlu diberi perhatian segera.

Asalkan keputihan yang keluar tidak berbau, berketul atau berwarna pelik seperti kekuningan atau kehijauan, ia dikira normal dan vagina anda sihat.

Sumber :

Thick White Discharge: What It Means

https://www.healthline.com/health/thick-white-discharge

Is thick, white discharge normal?

https://www.medicalnewstoday.com/articles/thick-white-discharge

Leave a comment

Your email address will not be published.