Kesan Penyalahgunaan Dadah Pada Kesihatan dan Kualiti Hidup

Kesan penyalahgunaan dadah boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti perubahan fizikal, mental dan pergaulan sosial.

Dadah merupakan bahan sah atau tidak sah yang digunakan tanpa pengawasan perubatan untuk keseronokan diri.

Penggunaan dadah tanpa kawalan boleh menyebabkan ketagihan dan boleh menjejaskan kesihatan serta kualiti hidup seseorang.

Baca Juga : Stres: Tanda, Simptom, Kesannya Pada Kesihatan & Ujian Saringan DASS

kesan penyalahgunaan dadah
Kredit Foto : gulfnews.com

Apa Itu Penyalahgunaan Dadah

Dadah sering disalahgunakan apabila ia diamalkan dengan kaedah dan dos yang tidak disyorkan.

Kebanyakan orang memilih untuk salah gunakan dadah bagi meredakan stres atau ingin lari dari realiti yang mungkin sukar untuk dihadapi.

Memetik portal MyHealth, penyalahgunaan dadah berlaku apabila seseorang menggunakannya bukan atas tujuan perubatan.

Dadah boleh didapati dalam bentuk tanaman atau bahan sintetik.

Antara dadah yang sering disalahgunakan adalah seperti :

Kumpulan Narkotik :

  • Candu (Opium)
  • Morfin
  • Heroin
  • Kodein

Perangsang (Stimulants) atau Speeds :

  • Ekstasi
  • Amfitamin
  • Kokain

Hallucinogens

  • LSD
  • PCP atau angel dust

Inhalants

  • Aerosol
  • Gam

Marijuana / Cannabis

  • Grass
  • Ganja
  • Hashish
kesan penyalahgunaan dadah
Kredit Foto : news-medical.net

Faktor Risiko Penyalahgunaan Dadah

Setiap orang boleh menunjukkan kesan yang berbeza selepas menggunakan dadah secara berlebihan.

Ada yang membencinya, ada yang sukakannya.

Tabiat penyalahgunaan dadah boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan dari pelbagai peringkat usia.

Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko terdedah kepada ketagihan dadah ialah :

Sejarah Keluarga : Sekiranya ibu bapa atau adik beradik anda pernah terlibat dalam ketagihan alkohol atau dadah, anda juga lebih mudah terdedah padanya.

Penggunaan Dadah Pada Usia Muda : Pengambilan dadah pada usia muda boleh menyebabkan seseorang mudah ketagih semakin usia meningkat.

Kecelaruan Mental (Mental Disorder) : individu yang bergelut dengan kemurungan, pernah lalui trauma dalam hidup atau hadapi kesukaran untuk fokus dilihat lebih cenderung untuk menggunakan dadah sebagai penenang.

Kesan Penyalahgunaan Dadah

Ketagihan pada sesuatu boleh memberi kesan kepada minda dan kelakuan kita.

Apabila seseorang ketagih pada dadah, mereka sukar untuk membendungnya dan tetap akan mencari bahan terlarang tersebut walaupun mereka sedar ia boleh mendatangkan mudarat pada tubuh dan minda.

Kesan Penyalahgunaan Dadah Pada Minda

Tabiat terlalu bergantung kepada dadah mnoleh mempengaruhi minda dan naluri untuk cenderung menggunakannya sebagai penenang.

Seseorang yang sudah kecanduan dadah amat sukakan perasaan khayal atau high apabila mendapatkannya.

Ini adalah disebabkan rembesan hormon dopamin pada otak.

Otak yang sering terdedah pada hormon tersebut akan terbiasa dan akan timbul rasa ketagih apabila dadah kerap digunakan dengan cara yang salah.

Ini boleh mengakibatkan orang ketagihan dadah memilih untuk mengasingkan diri daripada bersosial atau  terlibat dalam aktiviti lain kerana pada mereka perkara selain dadah tidak memberi sebarang makna atau tidak dapat memuaskan diri mereka.

kesan penyalahgunaan dadah
Kredit Foto : helpguide.org

Penyalahgunaan dadah dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan kepada daya pemikiran seperti :

  • Kesukaran untuk membuat keputusan
  • Menjejaskan memori
  • Menjejaskan kebolehan untuk belajar perkara baru

Semua perubahan pada minda ini boleh menggalakkan lagi seseorang untuk terus terjerumus pada ketagihan yang lebih sukar dibendung.

Simptom dan Kelakuan Orang Ketagih Dadah

Orang yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah boleh menunjukkan beberapa simptom dan kelakuan seperti :

  • Keinginan yang membuak-buak untuk gunakan dadah berkali-kali setiap hari
  • Tetap mengambil dadah tersebut walaupun tidak diperlukan untuk merawat kesihatan
  • Rasa tidak keruan apabila kesan dadah hilang. Mereka juga boleh tunjukkan gejala seperti menggigil, sakit perut, keluar peluh dingin, demam atau sawan.
  • Perubahan pada fizikal seperti mata kemerahan, mulut berbau, menggigil dan hidung berdarah.
  • Lebih gemar bergaul dengan orang yang turut menyalahgunakan dadah
  • Hilang semangat atau minat pada perkara yang disukai
  • Tidur terlalu sedikit atau terlalu lama berbanding kebiasaan
  • Hilang selera makan atau lebih banyak makan berbanding kebiasaan
  • Lebih kerap menyendiri
  • Tidak menjaga kesihatan dan penampilan diri
  • Tetap memilih dadah walaupun menjejaskan kerjaya atau mengakibatkan tersisih dari keluarga dan rakan.

Dapatkan Bantuan Segera

Sekiranya anda atau orang terdekat berdepan dengan masalah penyalahgunaan dadah sehingga memudaratkan diri, janganlah berlengah untuk dapatkan bantuan segera.

Penagih dadah perlu dibantu untuk tangani kesan salahguna dadah seperti :

  • Simptom-simptom yang menyebabkan ketidakselesaan dan boleh mengundang maut jika terlalu ketagih
  • Masalah sosial
  • Risiko penyakit seperti HIV, Hepatitis B dan C akibat perkongsian jarum

Kaedah Rawatan

Bagi membendung tabiat penyalahgunaan dadah, beberapa pendekatan boleh dilaksanakan seperti :

  • Kaunseling
  • Detoksifikasi
  • Pemulihan
Kredit Foto : aviaryrecoverycenter.com

Di samping itu, sokongan dari keluarga, rakan dan masyarakat adalah sangat penting bagi membantu penagih bebas dari kebergantungan terhadap penggunaan dadah.

Masyarakat tidak seharusnya memandang serong dan meminggirkan golongan ini.

Malah, mereka perlukan dorongan untuk berubah dan tinggalkan dadah terlarang demi kesihatan diri.

Penggunaan dadah secara berlebihan tidak akan membantu masalah yang dihadapi.

Ia juga boleh memudaratkan kesihatan mental dan fizikal serta boleh mengundang maut.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Sebelum anda dekati dadah, ingatlah pada orang yang tersayang atau paling tidak, sayangilah diri sendiri.

Sumber :

Penyalahgunaan Dadah

myhealth.gov.my

What Is Drug Addiction?

https://www.webmd.com/mental-health/addiction/drug-abuse-addiction#1

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85