12 Khasiat Batang Saderi Menjadi Sayuran Idaman

Batang Saderi atau nama saintifiknya Apium graveolens Linn variasi dulce(Celery stalk) menjadi kegemaran ramai dengan khasiatnya yang penting untuk nutrien harian dan menghasilkan kulit yang menawan serta merawat pelbagai penyakit.

Lebih-lebih lagi ia boleh dimasukkan didalam masakan, dijadikan sebagai minumam dan boleh dimakan secara mentah.

Jika ditelusuri, nutrisinya merangkumi  Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K, Folat, Kolin, Kalsium, Magnesium, Fosforus, Kalium, Natrium dan Fluorida serta terkandung air dalam batang saderi ini.

Mengenali Batang Saderi

Berdasarkan Global Information Hub On Integrated Medicine pada tahun 2015, tanaman batang saderi pertama ditanam tercatat pada tahun 1623 di Perancis.

Sebaliknya, terdapat beberapa jenis variasi saderi contohnya Apium graveolens Linn variasi dulce (Batang Saderi), variasi secalinum (Daun Saderi) dan variasi rapaceum (Akar Saderi).

Seterusnnya, rupa bentuk tumbuhan batang saderi ini boleh dijelaskan seperti berikut:

  • Ketinggian mencapai sehingga 100 cm.
  • Batangnya tebal, tegak dan mempunyai aluran sempit.
  • Daunnya berbentuk 3 lobus dan 2-5 cm x 1.5-3 cm dalam dimensi.
  • Batang bunganya pendek sebanyak 25 bunga dan ukurannya 1-5 mm.
  • Buahnnya berbentuk ovoid dan mempunyai biji berukuran 1.5 mm panjang.

Kehebatan Batang Saderi

Hebatnnya batang saderi ini kerana ia mempunyai ciri-ciri penyembuhan yang berbeza.

Baca juga: 7 Khasiat Sumac, Sejenis Rempah Timur Tengah Yang Kaya Anti Oksidan

Tiada ruginya jika mencuba batang saderi ini kerana terdapat banyak khasiat dijelaskan tentangnya seperti berikut:

1. Jantung Yang Sihat

Antara kehebatan batang saderi dengan khasiatnya adalah boleh ia membantu dalam pengawalan kadar tekanan darah seperti darah tinggi menguatkan kesihatan jantung.

Bahkan, telah dijelas oleh seorang pengarang Jillian Kubala pada tahun 2020 bahawa batang saderi mempunyai komponen seperti Phthalides yang boleh bantu dalam melonggarkan saluran darah dan menurun kadar tekanannya.

Selain itu, ia juga merendahkan kadar kolesterol dalam darah supaya tiada kejadian serangan angin ahmar yang melibatkan salurah darah tersumbat.

Dalam kajian klinikal Avicenna Journal of Phytomedicine pada tahun 2015 melaporkan bahawa batang saderi dapat mengurangkan kolesterol dalam darah, kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida (TG).

2. Mengatasi Kesulitan Pencernaan

Dalam pada itu, ia membantu dalam sistem penghadaman agar berfungsi dengan lebih baik supaya kesihatan terjaga.

Berdasarkan kajian International Journal of Chemical and Biochemical Sciences pada tahun 2015, biji saderi mempunyai komponen seperti β-selinene dan α-limonena yang berkaitan dengan mencegah kejang otot, yang sering mengakibatkan masalah saluran pencernaan.

3. Kesihatan Rahim

Golongan wanita patut tahu bahawa biji saderi membantu untuk sistem pembiakan mereka seperti memperbaiki fungsi ovari dan lapisan otot di rahim.

Menurut kajian klinikal Marwa dan rakan-rakan pada tahun 2018, dilaporkan bahawa biji saderi meningkatkan ketebalan lapisan otot di rahim dan ovari serta juga menunjukkan peningkatan dalam jumlah folikel primer, folikel sekunder, folikel graaf dan korpus luteum.

4. Mencegah Batu Di Buah Pinggang

Seperkara lagi, komponen seperti Flavonoids yang ada pada batang saderi juga membantu dalam masalah batu yang tercipta didalam buah pinggang akibat dari kalsium yang berlebihan.

Hasil penelitian Journal of Pharmacy & Bioallied Sciences pada tahun 2019 menunjukkan bahawa komponen ini dapat mengurangkan kadar kalsium yang terlibat dalam neprolitasis.

5. Kerandang Berkurangan

Keradangan boleh melibatkan komplikasi kesihatan sebagai contoh penumpukan cairan di antara sel tubuh akibat pengumpulan Asid urik.

Biji ekstrak dari batang saderi seperti komponen Apiin dapat membantu sebagai Anti Radang dan menghalang pengesan kesakitan seperti yang dijelaskan The Korean Society of Food Science and Nutrition pada tahun 2018.

Di samping itu, dilaporkan juga bahawa Phthalide, sebatian Fenolik, dan Tanin menolong dalam masalah Gout serta komponen seperti Apigenin efektif untuk mengurangkan Asid urik dalam darah.

6. Merupakan Anti Depresen

Banyak sungguh khasiat batang saderi sehingga ia juga dapat membantu menceriakan kehidupan kita.

Berlandaskan kajian klinikal Journal of Natural Medicines pada tahun 2017, ia melibatkan perubahan biokimia pada badan iaitu mengurangkan Enzim Asetilkolin (AChE) supaya proses dari Asetilkolin (ACh) tidak berlaku dimana ACh berlebihan boleh melibatkan simptom depresi.

7. Membaiki Sistem Pernafasan

Sebagaimana yang kita ketahui, batang seleri mempunyai Anti Radang yang efektif dimana ia mempunyai komponen Flavonoid yang sangat membantu dalam pemulihan kesihatan.

Juga didapati bahawa ia bermanfaat terhadap asthma dan bronchitis serta membaik pulih sistem pernafasan.

Perkara ini dihuraikan dari Global Biodiversity Information Facility pada tahun 2019 bahawa ia meredakan keradangan pada saluran pernafasan dan merawat batuk rejan (whooping cough).

8. Kekuatan Hati

Bukan itu sahaja khasiat batang saderi malah ia juga bantu menjaga kesihatan organ hati kita dimana tekanan oksidatif hati dikurangkan jesteru mencegah kerosakan hati.

Berteraskan The Korean Society of Food Science and Nutrition pada tahun 2018, kajian mendedahkan bahawa ia dapat mengurangkan penghasilan radikal bebas pada hati.

9. Melawan Risiko Kanser

Pada waktu yang sama, penyakit pada limpa juga dapat dijauhi seperti menghalang daripada berlakunya kanser.

Komponen Apigenin sebagai mana kita ketahui dapat mengelak dari keradangan juga membantu menghalang sel kanser tumbuh dan kajian Toxicology and Industrial Health pada tahun 2016 melaporkan bahawa ekstrak minyak dari bijinya efektif terhadap sel kanser.

10. Keteguhan Immuniti

Khasiat yang seterusnya adalah ia mempunyai nutrien seperti Vitamin A dan Vitamin C yang memainkan peranan penting dalam pertahanan tubuh badan.

Dalam sebuah kajian Journal of Kerbala University pada tahun 2018, dilaporkan bahawa biji saderi juga membantu sistem immuniti dengan mengekalkan integriti struktur sel imun dan menghasilkan tindak imun yang lebih baik.

11. Kesihatan Kulit Terjaga

Ramai nak tahu apa rahsia kulit menawan, minum lah jus batang saderi kerana ini bukan sahaja melembabkan kulit kerana mempunyai komponen air tetapi juga dapat melawan bakteria yang ada pada kulit.

Dalam penelitian Prakoso dan rakan-rakannya pada tahun 2020, kajian menyatakan ia meningkatkan penyembuhan luka pada kulit yang terjadi kerana bakteria seperti Staphylococcus aureus.

12. Kesihatan Tulang

Akhir sekali, batang saderi ini mempunyai banyak mineral dan komponen penting untuk melahirkan tulang yang kuat.

Seperti yang dijelaskan dari kajian Malaysian Journal Medical Science pada tahun 2020, ulasan membuktikan bahawa ia berkesan dalam meningkatkan kesihatan tulang.

Jangan Lupa Masukkan Dalam Makanan!

Terdapat banyak resepi berkenaan dengan batang saderi ini jika anda lihat di ruang siber.

Sekali cuba pasti ia akan menjadi salah satu bahan kegemaran dalam masakan anda di samping ia mempunyai khasiat yang banyak sekali.

Meskipun demikian, seperti yang dijelaskan oleh Medical News Today pada tahun 2019, adalah tidak disarankan kepada mereka yang mempunyai alahan kepada komponen yang terdapat didalam batang saderi yang dikenali sebagai Psoralen yang berpotensi menyebabkan kegatalan kulit.

Kesimpulannya, batang saderi ini mempunyai banyak kehebatannya yang merangkumi pelbagai aspek dalam kesihatan tubuh badan kita dan secara saintifik sudah disahkan benar.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: