Khasiat Bawang Putih Untuk Lelaki, Tingkatkan Kemampuan Seksual

Masalah kesihatan seksual adalah salah satu perkara yang tidak asing lagi. Namun, masih terdapat sebilangan individu yang agak taboo dengan perkara ini menyebabkan mereka lebih suka mencari cara penyelesaian sendiri sekiranya mengalami masalah. 

Selain produk-produk di pasaran, tahukah anda, pengambilan bawang putih adalah sangat baik untuk mengatasi masalah seksual terutamanya buat kaum lelaki.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai khasiat lain bawang putih untuk lelaki terutamanya dari segi kesihatan.  

Mari baca!

khasiat bawang putih untuk lelaki

Khasiat Bawang Putih Untuk Lelaki

  • Meningkatkan Kemampuan Seksual

Biasanya bawang putih diambil bersama madu sebagai campuran. Bawang putih dikategorikan sebagai makanan afrodisiak dimana ia agak tinggi dengan kandungan allicin yang mampu untuk membantu melancarkan aliran darah termasuk di kawasan zakar. 

Kelancaran aliran darah pada saluran darah di dalam zakar akan membantu para lelaki mendapatkan serta mengekalkan ereksi alat sulit untuk beraksi lebih hebat. Bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk meningkatkan libido iaitu kemahuan dan keinginan seksual. 

Manakala, madu pula sangat kaya dengan sumber pelbagai jenis nutrisi. Nutrisi adalah amat penting di dalam proses penghasilan dan perembesan hormon testosteron orang lelaki. Maka, semakin tinggi hormon testosteron, semakin tinggi libido lelaki. Kesannya, maka anda mungkin mampu jadi lebih hebat beraksi bersama pasangan di ranjang.

Digabungkan bersama bawang putih, kesannya tidak dapat dinafikan lagi!

  • Meningkatkan Kesihatan Imunisasi

Bawang putih mempunyai kandungan vitamin serta mineral lain seperti zat besi dan zat zink yang tinggi. Ia berfungsi dengan cara mengelakkan kerosakan sel serta menghindarkan kewujudan toksin di dalam tubuh badan anda lantas menguatkan sistem daya tahan atau imunisasi.

Selain itu, pengambilan bawang putih juga amat bermanfaat untuk organ-organ tubuh badan lain seperti otak dan jantung.

  • Melebatkan Rambut

Bawang putih juga sering digunakan untuk melebatkan rambut. Caranya, sapukan ekstrak bawang putih ke kulit kepala anda sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. 

Tambahan pula, bawang putih juga boleh membantu anda melawan masalah keguguran, uban, kelemumur serta kegatalan pada kulit kepala. 

Tips Dapatkan Khasiat Bawang Putih Sepenuhnya

  • Sekiranya anda ingin menggunakan bawang putih dalam masakan, hancurkan bawang putih terlebih dahulu dan biarkan selama 10 minit sebelum dimasak. Ini adalah untuk mengaktifkan komponen allicin. Jika anda bimbang khasiat bawang putih hilang dalam proses memasak, saintis menyarankan agar menambahkan kuantiti bawang putih dalam masakan.
  • Manakala, sekiranya anda ingin membakar bawang putih, dinasihatkan untuk tidak melebihi 60 saat dalam oven atau di atas api untuk mengekalkan khasiatnya. Membakar bawang putih melebihi 60 saat boleh menyahaktifkan komponen allicin.

Kesan Sampingan Bawang Putih

Walaupun ia mempunyai pelbagai kelebihan dan manfaat, namun, sekiranya diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti:

  • Menyebabkan mulut berbau dan rasa mulut terbakar. 
  • Alahan/gatal ; terutama sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif

NOTA: Jika anda menggunakan bawang putih untuk merawat penyakit kulit dan mengalami kegatalan dan ketidakselesaan, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan bawang putih secara langsung pada kulit, tetapi anda boleh campurkan bawang putih di dalam air dan gunakan air tersebut. 

Kesimpulan 

Akhir kata, manfaat bawang putih memang tidak dapat dinafikan lagi. Gunakan secara berhemah dan elakkan mengambilnya secara berlebihan. 

Pastikan anda dapatkan pandangan dan nasihat daripada doktor sekiranya anda mengalami masalah kesihatan. Jangan bergantung pada satu jenis ikhtiar semata-mata. 

Sumber: https://hellodoktor.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161