Mungkin ramai yang tidak tahu khasiat bunga raya pada kesihatan.

Bukan sahaja sifatnya cantik sebagai penyeri halaman rumah, malah bunga kebangsaan ini juga sering digunakan sebagai ramuan tradisional untuk mencantikkan rambut.

Akar bunga raya putih juga sering digunakan dalam rawatan tradisional bagi meredakan penyakit kulit.

Air rendaman akar bunga raya pula dikatakan dapat membantu merendahkan suhu badan dan mengembalikan kesegaran tubuh.

Baca Juga : Khasiat Delima dan Manfaatnya Untuk Kesihatan Badan

Kredit Foto : bidadari.my

Memetik HelloDoktor, bunga dengan nama saintifiknya Hibiscus rosa sinensis L. ini mengandungi pelbagai khasiat seperti vitamin C, fosforus, polifenol dan karoten.

 Semua nutrisi yang dijumpai dalam bunga ini menjadikannya bahan semulajadi berpotensi tinggi dalam meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran tubuh.

1. Menstabilkan Tekanan Darah

Sebuah kajian daripada Journal of Hypertension mendapati rebusan air kelopak bunga raya membantu menurunkan bacaan tekanan darah sistolik dan diastolik.

Namun, rebusan air bunga raya tidak sesuai diambil oleh individu yang sedang mengambil ubat diuretik hydrochlorothiazide kerana ia boleh mengganggu kesan ubat tersebut.

2. Baik Untuk Kesihatan Hati

Potensi lain yang dimiliki oleh bunga kebangsaan ini ialah ia mampu memelihara kesihatan hati.

Kajian yang dijalankan ke atas pesakit obesiti selama 12 minggu mendapati pengambilan ekstrak bunga raya dapat mengawal pengumpulan lemak yang membaluti organ hati.

3. Membantu Menurunkan Berat Badan

Sebuah kajian mendapati bunga raya mengandungi bahan yang boleh menghalang penghasilan enzim amilase.

Enzim ini berperanan dalam memecahkan molekul gula dan molekul kompleks dalam makanan.

Amalan minum teh bunga raya didapati dapat mencegah penyerapan karbohidrat yang menyebabkan berat badan naik.

Jadi, bagi yang ingin menurunkan berat badan, anda bolehlah cuba amalkan teh bunga raya.

4. Berpotensi Sebagai Antikanser

Bunga raya juga mengandungi komponen polifenol yang mempunyai sifat antikanser.

Menurut sebuah kajian terbitan Journal of Molecular Carcinogenesis, ekstrak bunga raya didapati berpotensi dalam menghapuskan pembiakan sel kanser dalam perut.

5. Bersifat Antibakteria

Bunga kebangsaan ini juga baik dalam menghalang pembiakan jangkitan bakteria dalam badan.

Sebuah penelitian tabung uji dalam Journal of Science of Food and Agriculture mendapati ekstrak bunga raya dapat menghapuskan pembiakan E.coli iaitu bakteria yang sering menyebabkan masalah penghadaman.

6. Menurunkan Kolesterol Dalam Darah

Beberapa kajian turut menunjukkan khasiat bunga raya dalam menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Penelitian dalam Journal of Alternative and Complimentary Medicine mendapati rutin pengambilan teh bunga raya oleh pesakit diabetes selama sebulan dapat meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) dan menurunkan paras kolesterol jahat atau LDL.  

7. Menyihatkan Rambut

Bunga raya juga terkenal secara tradisional bagi memelihara kesihatan rambut.

Ia sering diamalkan secara turun temurun kerana dipercayai dapat mengatasi pelbagai masalah rambut seperti keguguran dan rambut beruban.

Sebagai penyihat rambut semulajadi, bunga raya biasanya dikeringkan, dijadikan serbuk halus, kemudian dicampurkan dengan air untuk disapu pada kulit kepala.

Manfaat bunga raya untuk kesihatan rambut pernah dikaji dalam Journal of Ethnopharmacy.

Kajian ke atas tikus makmal ini mendapati ekstrak bunga raya memberikan kesan positif dalam meningkatkan kesihatan akar rambuts erta berupaya dalam mempercepat pertumbuhan rambut.

Kredit Foto : siraplimau.com

8. Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Penemuan lain yang menambahkan potensi bunga kebangsaan ini ialah sifat antidiabetes yang dijumpai pada daunnya.

 Tikus diabetes yang terlibat dalam kajian ini diberikan ekstrak etanol daun bunga raya. Hasil mendapati ia berjaya menurunkan paras glukosa dalam tikus.

Di samping itu, kajian ini juga mendapati ekstrak daun bunga raya dapat merangsang rembesan hormon insulin dalam meningkatkan metabolisma glukosa dalam badan.

Begitu tinggi potensi bunga raya dalam memulihkan kesihatan.

 Namun, kebanyakan khasiat bunga raya perlulah dikaji dengan lebih dalam bagi mengesahkan keberkesanannya pada kesihatan tubuh.

Penemuan baharu pada masa akan datang boleh meningkatkan lagi reputasi bunga kebangsaan negara ini bukan sahaja sebagai tanaman hiasan, malah untuk mengubati pelbagai penyakit.

Sumber :

Ekstrak Bunga Raya Agen Antikanser

https://www.researchgate.net/publication/248394592

Manfaat Bunga Sepatu untuk Kesehatan Tubuh dan Kecantikan Kulit

https://www.sehatq.com

Leave a comment

Your email address will not be published.