Khasiat Cuka Epal, Boleh Memutihkan Gigi Secara Semulajadi!

Cuka epal ataupun apple cider vinegar sering digunakan dalam masakan sebagai penambah rasa ataupun pengawet dan, juga sebagai bahan alami untuk kecantikan. Ia mempunyai warna kuning yang agak pucat dan rasa yang masam seperti cuka yang lain. 

Tahukah anda, terdapat banyak khasiat cuka epal yang boleh didapati dengan pengambilan secara konsisten untuk kesihatan dalaman dan luaran tubuh anda.

Jom teruskan membaca!

Khasiat cuka epal

Khasiat Cuka Epal

Cuka epal mengandungi asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid) yang memberi rasa masam. Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk tubuh. 

  1. Memutihkan Gigi

Mempunyai sifat ‘menghakis’, cuka epal adalah merupakan agen pembersih yang boleh menghilangkan kotoran degil dan kekuningan pada gigi. 

Bukan itu sahaja, ia juga mampu membunuh bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi tertentu.

  1. Membantu Menurunkan Berat Badan

Dengan kehadiran asid asetik, cuka epal dapat membantu menurunkan berat badan. Asid asetik boleh mengganggu keupayaan tubuh untuk mencerna makanan. Dengan itu, jumlah makanan yang dipecah menjadi kalori dalam aliran darah adalah sedikit dan memberi kesan kecil terhadap berat badan anda.

Walaubagaimanapun, asid asetik boleh menyebabkan sakit tekak. Pastikan anda campurkan cuka epal dengan sedikit air (lebih kurang 250 ml) untuk mengelakkan sakit tekak. 

Apapun, anda hendaklah mengambilnya dengan konsisten tetapi tidak berlebihan. 

  1. Mampu mengurangkan Dan Melegakan Sakit Pedih Ulu Hati 

Sakit pedih ulu hati atau juga dikenali refluks asid boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan. Biasanya ia terjadi apabila asid dari perut terlepas dan bergerak naik ke dalam esofagus anda dan menyebabkan rasa pedih dalam dada atau tekak. 

Cuka epal boleh membantu mengubati pedih ulu hati atau refluks asid dan turut mengandungi sifat-sifat antimikrob yang boleh mencegah masalah usus tertentu yang mungkin menyebabkan refluks asid.

Selain itu, cuka epal juga akan membantu memberikan persekitaran asid yang sama seperti di dalam perut untuk memudahkan makanan dicerna. 

  1. Mengurangkan Kelemumur 

Selain bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan wajah, cuka epal juga memberi manfaat untuk penampilan rambut anda!

Antaranya ialah, ia membantu untuk meningkatkan keliangan (porosity) iaitu keupayaan rambut untuk menyerap dan mengekalkan kelembapan rambut. Selain itu, ia turut membantu untuk menutup kutikel dan membolehkan rambut mengekalkan lebih banyak kelembapan. 

Namun, ia juga boleh menyebabkan rambut anda kekeringan sekiranya digunakan secara berlebihan. Pastikan anda menggunakan pelembab rambut selepas menggunakan cuka epal. 

Satu lagi, cuka epal juga sangat baik untuk merawat kelemumur. Ini disebabkan oleh sifat asid yang dimilikinya. Kulat/bakteria (yang menyumbang kepada kehadiran kelemumur) tidak akan mampu membiak di kulit kepala anda kerana sifat keasidan cuka epal. 

  1. Merawat Ketuat

Anda juga boleh cuba menggunakan cuka epal untuk merawat ketuat. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu sapukan cuka epal di ketuat anda dan tutup kawasan tersebut menggunakan plaster (band-aid). Kemudian, biarkan satu malam. Cabut plaster (band-aid) keesokannya harinya. 

Anda boleh ulangi cara ini sehingga ketuat anda hilang. 

  1. Merawat Luka & Meningkatkan Kekuatan Dan Ketahanan Tubuh 

Tahukah anda, semasa Perang Saudara dan Perang Dunia Pertama, cuka epal digunakan untuk merawat luka-luka tentera yang tercedera semasa berada di medan peperangan.

Ia juga mampu membantu merawat masalah kesihatan seperti batuk, selsema dan sakit tekak. Bukan itu sahaja, ia juga boleh diminum untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh kerana mengandungi asid amino, kalium dan enzim yang membantu untuk menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan.

Kesimpulan 

Cuka epal kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini membuktikan ramai yang telah tahu manfaat dan khasiatnya. Anda boleh mendapatkannya dengan mudah di pusat beli belah ataupun pasaraya berdekatan anda. 

Antara jenama cuka epal yang popular adalah Heinz, Radiant, Bragg, Surya dan macam-macam lagi. 

Selamat mencuba!

Sumber: Hello Doktor

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161