Khasiat delima yang cukup tinggi menjadikannya antara buah yang terbaik di dunia.

Beberapa kajian turut melihatkan potensi yang tinggi bagi buah ini dalam meningkatkan kesihatan badan.

Buah dengan nama saintifiknya Punica granatum ini tergolong dalam kategori buah beri.

Kredit Foto : hindustantimes.com

Secawan isi buah delima mampu membekalkan beberapa nutrisi penting seperti :

  • Serat
  • Protein
  • Vitamin C
  • Vitamin K
  • Folat
  • Kalium

Baca Juga : 10 Manfaat Buah Bidara Pada Kesihatan Tubuh

Khasiat Delima Untuk Kesihatan

1. Sumber Vitamin C Yang Sangat Baik

Jus daripada sebiji buah delima mampu membekalkan sehingga 40% keperluan vitamin C harian anda !

Jus buah delima juga mengandungi kadar antioksida yang lebih tinggi berbanding buah lain.

 Ia juga mengandungi 3 kali lebih antioksida daripada teh hijau dalam melawan radikal bebas, mengurangkan keradangan dan melindungi sel daripada kerosakan.

2. Baik Untuk Kesihatan Kulit

Dua komponen polifenolik utama dalam buah delima iaitu ellagitannins dan anthocyanins berperanan dalam melindungi kesihatan kulit.

Kajian lain juga mendapati produk kecantikan berasaskan buah delima mempunyai potensi tinggi dalam melindungi kulit daripada sinaran UVB matahari.

Kandungan vitamin C yang cukup tinggi dalam buah ini juga menjadikannya baik untuk diamalkan bagi mencegah aktiviti radikal bebas yang boleh menyebabkan simptom penuaan pada kulit.  

3. Mencegah Kerosakan Sistem Saraf

Memetik TheDiagnosa, komponen polifenolik yang tinggi dalam buah delima berpotensi untuk melindungi pesakit yang didiagnos penyakit Alzheimer’s dan hypoxic-ischemic brain injury.

 Hasil kajian mendapati komponen ellagitannins dalam buah delima dapat memainkan peranan dalam melindungi saraf dengan mencegah tekanan oksidatif, mengurangkan penghasilan agen keradangan iaitu cytokines dan protein apoptotic.

4. Membantu Mencegah Keradangan

Keradangan yang kronik boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, kanser, diabetes dan obesiti.

 Kandungan antioksida yang ditemui dalam buah delima iaitu punicalagins didapati dapat melawan keradangan dalam badan.

Hasil kajian tabung uji menunjukkan penggunaan buah delima dapat mengurangkan aktiviti keradangan dalam sistem pencernaan serta beberapa sel kanser.

5. Berpotensi Dalam Mencegah Kanser Prostat

Kanser prostat merupakan penyakit yang sering dialami kaum lelaki.

Satu hasil kajian mendapati pengambilan jus delima secara konsisten dapat memperlahankan perkembangan sel kanser prostat.  

6. Baik Untuk Mengawal Tekanan Darah

Seperti yang kita tahu, tekanan darah tinggi merupakan punca utama bagi penyakit jantung dan strok.

Dalam sebuah kajian, pengambilan 150 ml jus delima selama dua minggu didapati berkesan dalam menstabilkan tekanan darah.

 Kajian lain juga mendapati jus delima memberikan kesan positif pada bacaan tekanan darah sistolik.

Kredit Foto : healthline.com

7. Membantu Merendahkan Paras Kolesterol

Paras kolesterol tinggi dalam badan boleh mengakibatkan penyakit kronik seperti strok dan serangan jantung.

Puninic acid iaitu asid lemak yang terkandung dalam delima dikatakan dapati mencegah risiko sakit jantung akibat kolesterol tinggi.

Dalam sebuah kajian, penggunaan jus delima didapati dapat mengurangkan paras kolesterol jahat dalam darah.

8. Berpotensi Dalam Mencegah Masalah Sendi dan Arthritis

Komponen antiradang yang terkandung dalam buah delima menjadikannya berpotensi dalam merawat arthritis.

Sebuah kajian mendapati ekstrak buah delima berupaya menghalang enzim yang menjadi punca kerosakan sendi di kalangan pesakit osteoarthritis.

Namun, kajian yang lebih terperinci perlulah dijalankan bagi membuktikan keberkesanan buah ini dalam mengatasi masalah sendi.

Kredit Foto : siraplimau.com

9. Membantu Melawan Jangkitan Kuman dan Kulat

Buah delima juga didapati mampu melawan pembiakan beberapa jenis bakteria serta kulat termasuklah Candida albicans yang sering menjadi punca penyakit kulit.

10. Baik Untuk Kesihatan Mulut

Dalam sebuah kajian, jus delima dilihat dapat merencatkan pertumbuhan pathogen yang menyebabkan periodontitis atau penyakit gusi.

Komponen antibakteria dan antikulatnya juga meningkatkan potensi buah delima dalam mencegah keradangan dalam mulut seperti gingivitis dan keradangan gusi akibat pemakaian gigi palsu (denture stomatitis).

Khasiat delima yang cukup tinggi pada kesihatan menjadikannya antara buah yang paling kaya dengan nutrien.

 Ia mengandungi pelbagai komponen bioaktif yang dapat mencegah badan daripada pelbagai penyakit seperti keradangan, jangkitan bakteria dan penyakit sendi.

Buah delima sesuai diamalkan sebagai makanan tambahan bagi melindungi kesihatan anda.

Namun, sekiranya anda mengalami penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi, anda tetap perlu teruskan pengambilan ubat di samping mendapatkan nasihat doktor sebelum amalkan buah ini.

Sumber :

12 Health Benefits of Pomegranate

https://www.healthline.com/nutrition/12-proven-benefits-of-pomegranate

Fifteen health benefits of pomegranate juice

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318385

Leave a comment

Your email address will not be published.