Khasiat Durian Belanda, Terbukti Boleh Menyembuhkan Kanser Payudara?

Durian Belanda atau nama saintifiknya Annona muricata Linn adalah sejenis buah tropika yang digemari ramai terutamanya oleh orang Asia. Kulitnya mempunyai duri yang lembut dan isi buah berwarna putih. Rasanya pula manis-manis masam. 

Khasiat durian belanda boleh diperoleh dengan memakannya secara segar ataupun dibuat jus. Ia mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang bermanfaat untuk kesihatan termasuklah vitamin c serta kaya dengan kandungan glukosa dan fruktosa yang memberi rasa manis isi buahnya. 

Mari kita baca lebih lanjut lagi mengenai khasiat durian belanda ini. 

Khasiat Durian Belanda

Khasiat Durian Belanda

1. Baik Untuk Penghidap Kanser Payudara

Durian belanda terkenal dengan manfaatnya untuk kanser payudara. Ia mempunyai kesan penghalang terhadap angiogenesis, iaitu satu proses pembentukan saluran darah baharu yang mana ia merupakan titik pertumbuhan kanser.

Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan, ekstrak buah durian belanda mempunyai sifat anti kanser payudara yang mampu membantu untuk mengurangkan saiz dan berat tumor.

2. Mencegah Skurvi

Kaya dengan kandungan vitamin C, durian belanda sangat bermanfaat untuk mencegah skurvi. 

Skurvi adalah sejenis penyakit disebabkan oleh kekurangan vitamin C yang boleh menyebabkan gusi berdarah, keletihan, kekeringan kulit dan sebagainya. 

100 g buah durian belanda mampu membekalkan sebanyak 26.9 mg vitamin C di mana jumlah ini sudah memenuhi hampir satu per tiga keperluan harian vitamin C kita.

Terdapat banyak lagi manfaat vitamin C yang ada dalam buah ini kepada tubuh badan kita antaranya ialah, melambatkan penuaan, menguatkan sistem imun tubuh, mengurangkan risiko terkena penyakit seperti demam, selesa dan sebagainya. 

3. Kaya Dengan Karbohidrat

100 g buah durian belanda dipercayai mampu membekalkan lebih kurang 65kcal tenaga dan 14.1g karbohidrat. Ditambah pula dengan kandungan gula yang terdapat di dalam buah ini yang akan bertukar kepada sumber tenaga. 

Ini menjadikan buah ini adalah antara buah yang mampu membekalkan tenaga kepada sesiapa yang memakannya dalam kuantiti yang tertentu. Bukan itu sahaja, ia akan menyebabkan anda rasa kenyang dengan cepat. 

Memakan buah durian belanda dengan kuantiti tertentu mampu membuatkan diri anda kekal bertenaga. 

4. Merawat Osteoporosis

Durian belanda juga mengandungi pelbagai jenis nutrisi termasuklah sodium, phosphorus, potasium yang sangat bermanfaat untuk membina tulang yang kuat dan merawat penyakit osteoporosis.

5. Baik Untuk Penghadaman

Seperti buah yang lain, durian belanda juga mempunyai kandungan serat yang agak tinggi. Kandungan serat yang tinggi amat baik untuk sistem penghadaman serta dapat membantu mencegah sembelit dan masalah usus. 

Selain itu, durian belanda juga mengandungi ferum  yang boleh membantu melancarkan sistem penghadaman sekaligus mengurangkan risiko batu karang yang terbentuk daripada mendapan garam galian pada badan kita.

6. Merawat Anemia

Anemia terjadi akibat kekurangan zat besi yang boleh menghalang pembentukan sel darah merah (hemoglobin) yang berfungsi untuk melancarkan perjalanan oksigen dalam darah.

Mengandungi zat besi yang tinggi, durian belanda mampu merawat masalah kekurangan zat besi yang menjadi penyebab anemia. 

Kesimpulan 

Terdapat banyak lagi khasiat buah durian belanda yang tidak dinyatakan di atas seperti boleh bersifat anti-mikrobial, anti-viral dan sebagainya. 

Walaubagaimanapun, pengambilannya haruslah secara bersederhana dan tidak berlebihan. Pastikan anda mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan sekiranya perlu. 

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/, rootofscience.com 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161