khasiat habbatus sauda

Habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa, adalah merupakan salah satu makanan sunnah yang terkenal dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam khususnya. 

Ia dipercayai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud;  “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati (Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215).”

Sekiranya anda baru pertama kali mendengar nama herba ini, mari teruskan membaca.

Apa itu habbatussauda?

Habbatus Sauda ialah biji jintan hitam yang berasal daripada keluarga Ranunculaceae, dan banyak dijumpai di kawasan Asia Selatan dan Asia Barat. Ia sebenarnya sering digunakan sebagai bumbu penyedap rasa serta sebagai pengawet alami untuk masakan India dan Timur Tengah. 

Selain itu, ia juga dikenali sebagai penawar untuk beberapa jenis penyakit kerana kandungannya yang bermanfaat untuk kesihatan. Mari kita baca khasiat habbatus sauda dibawah!

 Khasiat Habbatus Sauda

1. Meningkatkan Ketahanan Tubuh Badan Daripada Penyakit

Habbatus Sauda mengandungi bahan-bahan yang mampu bertindak sebagai agen anti-radang, antioksidan, dan pengaktif imun. Ini adalah berdasarkan beberapa penyelidikan yang telah dilakukan antaranya ialah penyelidikan yang direkodkan dalam jurnal Asian Journal of Pharmaceutical and Clinical Research. 

Kandungan antioksidannya mampu membantu melindungi tubuh anda daripada pelbagai jenis penyakit dan kerosakan sel. Selain itu, ia juga didapati mengandungi vitamin A, C, E, dan beberapa jenis vitamin B yang boleh membantu menguatkan sistem imun tubuh anda.

2. Melegakan Selesema Dan Hidung Tersumbat

Ia juga seringkali dijadikan sebagai bahan rawatan alami untuk membantu melegakan selesema dan hidung tersumbat. 

Caranya mudah sahaja, anda perlu hancurkannya sehingga menjadi serbuk dan kemudian, balut serbuk habbatus sauda tersebut dengan kain bersih. Dengan menghidu aromanya, ia boleh membantu melegakan selsema akibat cuaca sejuk dan hidung tersumbat. 

3. Membantu Mengawal Tekanan Darah

Sekiranya anda menghidapi penyakit darah tinggi, anda boleh cuba amalkan pengambilan habbatus sauda dalam diet harian. Biasanya, ia dijual dalam bentuk pil selepas diekstrak. 

Walaubagaimanapun, anda hanya boleh gunakannya sebagai bahan rawatan sampingan serta mendapatkan nasihat daripada doktor anda. Pastikan anda dapatkan produk yang diiktiraf dan elakkan membeli secara atas talian. 

4. Melegakan Sakit Gigi

Sakit gigi adalah merupakan salah satu sakit yang tidak tertahan peritnya. Oleh itu, sekiranya anda tiba-tiba sakit gigi dan tidak mempunyai ubat berkaitan, anda boleh cuba gunakan habbatus sauda sebagai bahan rawatan. 

Anda hanya perlu masak ia bersama-sama cuka, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan berkali-kali sehingga sakit gigi anda berkurangan. 

5. Mengatasi Gejala Diabetes Type 1

Habbatus Sauda mengandungi Thymoquinone (TQ) sebagai salah satu sebatian aktif yang utama. Sebatian ini dipercayai merupakan agen terapeutik yang berkesan untuk mengawal diabetes berdasarkan sebuah kajian daripada Asian Pacific Journal of Tropical Medicine. 

Selain itu, terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa campuran ekstrak habbatus sauda dengan herba Timur Tengah seperti myrrh, gum olibanum, dan gum asafoetida berkesan dalam membantu menurunkan paras gula dalam darah.

6. Membantu Merencatkan Pertumbuhan Tumor/Melawan Kanser

Mengandungi antioksidan dan phytochemicals (phytosterol), ia dapat membantu mengurangkan risiko terkena kanser seperti kanser kolon dengan menyahtoksin serta menguatkan sistem imun tubuh badan. 

7. Penggalak Susu (Milk Booster) Untuk Ibu-Ibu

Kaya dengan pelbagai kandungan berkhasiat seperti zink, magnesium, besi, kuprum, vitamin B, lemak tak tepu, protein dan sebagainya, ia sangat membantu untuk melancarkan pengeluaran susu buat ibu-ibu yang baru melahirkan. 

8. Anti Penuaan 

Seperti yang dinyatakan, habbatussauda mengandungi vitamin B dan zat besi yang boleh membantu melambatkan proses penuaan. Ia juga dipercaya dapat mencegah pembentukan pigmen dan kedutan. 

9. Membantu Kurangkan Sindrom PMS & Migrain 

Sekiranya anda sering mengalami sakit kepala serta sindrom-sindrom PMS yang teruk, anda boleh cuba amalkan habbatusauda. Hal ini kerana beberapa kandungan dalamnya mampu melegakan kesakitan anda. 

Kesimpulan

Akhir kata, anda perlu dapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor sebelum mengambil apa-apa bahan rawatan sampingan untuk mengelakkan risiko yang tidak diingini. Perlu diingat, ia hanyalah sebagai salah satu ikhtiar yang anda boleh lakukan tanpa mengabaikan ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital/klinik berdaftar. 

Sumber: hellosehat.com, majalahsains.com, bidadari.my

Leave a comment

Your email address will not be published.