Tak Perlu Beli Ikan Mahal, Makan Sahaja Ikan Kembung!

Tahukah anda, anda tidak perlu beli ikan yang mahal semata-mata untuk sihat? Cukuplah makan ikan kembung! Sebenarnya, ada banyak khasiat ikan kembung yang mungkin ramai tidak tahu. 

Ikan kembung sebenarnya kaya dengan asid lemak omega-3. Kandungan vitamin B12nya pula melebihi 700% keperluan harian badan!

Malah, seekor ikan kembung juga mengandungi mineral seperti selenium, fosforus, magnesium dan zat besi. 

Setiap 100 gram ikan kembung mengandungi 21 gram protein yang dapat memenuhi 40% keperluan harian badan.

Ikan kembung selalu dibandingkan dengan ikan tuna kerana kedua-dua ikan ini mempunyai banyak persamaan.

Selain itu, kedua-dua ikan ini tergolong dalam keluarga Scombridae.

Namun, ikan kembung mempunyai saiz yang lebih kecil. Rasanya juga tidak sekuat ikan tuna.

Sebab itulah, ikan kembung merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Tidak dinafikan, ikan kembung mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Jom ikuti pendedahan kami dalam artikel di bawah.

6 Khasiat ikan kembung terhadap kesihatan

khasiat ikan kembung

Tidak kiralah ikan kembung segar atau ditin, ia mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Antaranya ialah:

1. Bermanfaat terhadap kesihatan jantung

Kajian menunjukkan, ikan kembung kaya dengan lemak sihat seperti asid lemak omega-3, DHA dan EPA.

Lemak sihat amat bermanfaat untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti strok, aterosklerosis dan aritmia.

Dalam masa yang sama, ikan kembung juga mempunyai kadar lemak tepu yang rendah.

Malah, banyak juga kajian lain yang menunjukkan pengambilan suplemen minyak ikan dapat mengurangkan kadar trigliserida dalam badan tanpa meningkatkan kolesterol jenis lain.

Menurut American Heart Association, individu yang sihat amat digalakkan untuk makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Salah satu ikan yang digalakkan ialah ikan kembung.

2. Dapat mengurangkan risiko Alzheimer

Kajian menunjukkan pengambilan makanan laut boleh mengurangkan risiko penyakit kongnitif.

Malah, amalan makan ikan yang kaya dengan EPA dan DHA amat bagus untuk pesakit yang mempunyai masalah Alzheimer.

Malah, ikan kembung juga boleh meredakan masalah mood swing dalam kalangan pesakit depresi. Disebabkan kandungan DHAnya yang tinggi, ia juga dapat membantu individu yang sedang mengambil ubat anti depresi.

3. Mungkin dapat membantu mencegah anemia

khasiat ikan kembung

Antara khasiat ikan kembung ialah mencegah anemia yang berlaku disebabkan kekurangan nutrien. Ikan ini mengandungi zat besi, vitamin B12 dan folat yang baik untuk darah.

Antara simptom anemia ialah lemah otot, masalah penglihatan, keletihan yang amat sangat dan juga komplikasi lain yang lebih serius seperti kemandulan.

National Institutes of Health (NIH) menggalakkan pengambilan makanan seperti ikan dan kerang-kerangan untuk mengelakkan anemia.

Selain itu, anda juga boleh menambah sayur-sayuran yang kaya dengan zat besi ke dalam diet harian.

4. Khasiat ikan kembung, dapat kurangkan risiko diabetes

Selain itu, antara khasiat ikan kembung adalah kemampuannya untuk menurunkan risiko diabetes jenis 2.

Ikan kembung mempunyai kadar lemak poli tidak tepu yang tinggi.

Walau bagaimanapun, pakar masih belum pasti bagaimana pengambilan makanan yang rendah lemak tepu dapat mengurangkan risiko diabetes.

Menurut kajian yang dimuatkan di dalam jurnal The American Journal of Clinical Nutrition, pengambilan asid lemak tidak tepu mungkin dapat mengawal kadar gula dalam darah dan rintangan insulin badan.

Oleh sebab itu, pesakit diabetes amat digalakkan untuk mengambil ikan kembung kerana ia dapat memastikan kadar gula dalam darah sentiasa terkawal.

5. Bagus untuk orang yang berdiet

Walaupun ikan kembung mempunyai kalori yang tinggi, ia juga mempunyai protein yang banyak dan dapat meningkatkan kadar metabolisme badan.

Malah, makanan yang kaya dengan protein juga lebih mengenyangkan dan tidak akan menyebabkan anda makan secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, pastikan kalori yang diambil tidak terlalu banyak! Jika tidak, sia-sialah diet anda.

6. Meningkatkan daya tahan badan antara khasiat ikan kembung

khasiat ikan kembung

Walaupun mempunyai vitamin C yang rendah, ikan kembung masih dapat memberikan impak yang positif terhadap daya tahan badan.

Salah satu komponen yang unik di dalam ikan kembung ialah Coenzyme Q10 yang amat baik untuk sistem imun badan.

Malah, ia juga dapat melindungi badan daripada kerosakan yang berlaku disebabkan tekanan oksidatif.

Kandungan asid lemak omega-3 dalam ikan kembung juga dapat mengurangkan inflamasi dan meningkatkan daya tahan badan.

Rujukan

  1. Health benefits of Mackerel Fish | Saky Foods. Saky Foods Company Limited. Retrieved February 14, 2022, from https://sakyfoods.com/en/seafoods/health-benefits-of-mackerel-fish.html
  2. 9 Health Benefits of Mackerel (and Full Nutrition Facts). Nutrition Advance. Retrieved February 14, 2022, from https://www.nutritionadvance.com/mackerel-nutrition-benefits/
  3. Mackerel Nutrition Facts and Health Benefits. (2020, October 1). Verywell Fit. Retrieved February 14, 2022, from https://www.verywellfit.com/mackerel-nutrition-facts-and-health-benefits-5074868
  4. 9 Amazing Health Benefits of Mackerel Fish (Bangada). Organic Facts. Retrieved February 14, 2022, from https://www.organicfacts.net/mackerel.html
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: