Bukan sekadar herba wangi biasa, sebenarnya khasiat ketumbar cukup banyak untuk kesihatan tubuh.

Tumbuhan dengan nama saintifik Coriandrum sativum ini tergolong dalam keluarga yang sama dengan lobak merah, saderi dan parsli.

 Dari akar sehingga ke bijinya, kesemua bahagian tumbuhan ini sering dipilih sebagai ramuan kerana mampu membangkitkan lagi rasa dan aroma masakan.

Kredit Foto : news-medical.net

Baca Juga : Makanan SUPER Untuk Kencing Manis, Ketahui Khasiat Sebenar Peria!

Nutrisi Penting Dalam Ketumbar

Berdasarkan WebMD, herba wangi ini mempunyai pelbagai vitamin dan mineral penting untuk kesihatan.

Antara khasiat yang terkandung dalam ketumbar ialah vitamin A yang baik untuk kesihatan retina dan membantu dalam memelihara kesihatan mata.

Ia juga kaya dengan Vitamin C yang baik untuk meningkatkan sistem pertahana badan serta Vitamin K yang berfungsi dalam mencegah tulang daripada kereputan menjelang usia meningkat.

 Tak hanya rendah kalori, ia juga padat dengan mineral penting lain seperti zat besi dan kalsium.

1. Baik Untuk Pesakit Diabetes

Penggunaan ekstrak, minyak serta biji ketumbar dilihat dapat menurunkan paras gula dalam darah.

Ia dikatakan sangat berkesan sehingga pesakit diabetes perlulah berhati-hati ketika mengambilnya bagi mengelakkn hypoglycemia atau paras gula terlalu rendah.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus makmal mendapati biji ketumbar dapat dengan menggalakkan aktiviti enzim yang boleh menurunkan kandungan gula dalam darah.

Kajian lain pula mendapati ekstrak biji ketumbar dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan rembesan insulin pada tikus yang alami diabetes.

2. Kaya Dengan Antioksida

Ketumbar mampu membekalkan khasiat antioksida dalam melawan kerosakan sel akibat aktiviti radikal bebas.

Dalam sebuah penelitian, kandungan antioksidanya juga didapati dapat melawan keradangan dalam badan.

Antioksida seperti terpinene, quercetin dan tocopherols dikatakan mempunyai potensi sebagai antikanser, menguatkan sistem pertahanan badan dan mampu melindungi sistem saraf.

Sebuah kajian tabung uji juga mendapati manfaat antioksida dalam ekstrak biji ketumbar dapat mengurangkan keradangan dan memperlahan perkembangan kanser.

3. Berpotensi Untuk Tingkatkan Kesihatan Jantung

Beberapa kajian tabung uji dan tikus makmal mencadangkan potensi ketumbar dalam mencegah penyakit berkaitan jantung seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi dalam darah.

Ekstrak ketumbar didapati memiliki sifat diuretik yang membantu badan menyingkirkan lebihan natrium dan air. Ini dapat membantu pesakit dalam menguruskan tekanan darah.

Kajian lain pula melihatkan potensi ketumbar dalam menurunkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.

4. Baik Untuk Kesihatan Otak

Sebuah kajian tikus makmal mendapati ekstrak ketumbar mempunyai keberkesanan yang hampir sama dengan Diazepam iaitu ubat bagi mengurangkan simptom anxiety.

Kajian lain pula membuktikan potensi herba ini dalam meningkatkan memori menjadikannya tumbuhan ini wajar dikaji dengan lebih mendalam untuk digunakan sebagai penawar bagi penyakit Alzheimer. 

Bukan itu sahaja, komponen antioksidanya juga menujukkan potensi yang tinggi dalam melindungi saraf secara berkesan.

5. Melancarkan Sistem Penghadaman

Sebuah hasil kajian mendapati pengambilan ketumbar dapat mengurangkan sakit abdomen, perut kembung dan ketidakselesaan perut bagi pesakit sindrom iritasi usus (Irritable Bowel Syndrome).

 Ini menunjukkan kebaikan herba ini dalam melancarkan sistem pencernaan dengan berkesan.

6. Bersifat Antibakteria

Komponen antimikrob yang terdalam dalam daun ketumbar dilihat dapat berkesan dalam melawan beberapa jangkitan bakteria.

Komponen bioaktif  bernama docodenal dikatakan dapat melawan serangan bakteria Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan.

Kajian lain juga mendapati biji ketumbar dapat melawan jangkitan kuman yang menyumbang kepada penyakit jangkitan salur kencing (UTI).

7. Baik Untuk Kesihatan Kulit

Tak hanya baik untuk kesihatan dalaman, biji ketumbar juga dikatakan baik untuk menyihatkan kulit.

Sesetengah orang turut menggunakan jus daun ketumbar untuk merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit kering atau berminyak.

Dalam sebuah kajian, khasiat antioksida yang ditemui dalam esktrak ketumbar dilihat mampu mencegah kerosakan sel yang menjadi punca penuaan serta kerosakan kulit akibat radiasi sinaran UV apabila kulit terdedah pada matahari.

Dengan pelbagai manfaat yang dimiliki oleh herba wangi ini, ia bukan sahaja mampu menyerikan lagi hidangan malah ia juga baik untuk diamalkan bagi meningkatkan kesihatan.

Banyak kajian yang menunjukkan potensi tinggi daun ketumbar pada kesihatan seperti menyihatkan kulit, sistem pencernaan serta berupaya dalam mencegah penyakit akibat jangkitan bakteria.

Walaupun kajian mendalam perlu dijalankan bagi membuktikan keberkesanannya pada kesihatan manusia, daun dan biji ketumbar cukup baik untuk diamalkan kerana kandungan vitamin serta mineralnya yang cukup baik.

Sumber :

8 Surprising Health Benefits of Coriander

https://www.healthline.com/nutrition/coriander-benefits

Health Benefits of Coriander

https://www.webmd.com/diet/health-benefits-coriander#1

Leave a comment

Your email address will not be published.